Saturday 29 November 2008

:: love | Vampire?

Cerita cinta remaja. Begitulah yang aku dapat simpulkan dari imej yang tertera. Ada yang mengatakan tak sabar-sabar nak menonton movie ini di pawagam. Namun begitu, terselit juga komen-komen negatif yang dikeluarkan oleh pengulas filem yang dah melihat dan menilai cerita ini. Emm, yang pastinya esok aku bercadang mahu menontonnya. Tak kisahlah sama ada menarik atau sebaliknya, tapi aku memang suka cerita yang ada vampire..hehe. Dulu aku berulang kali menonton filem Interview With The Vampire lakonan mantap Brad Pitt dan Tom Cruise. Juga filem Underworld, Van Helsing, Blade serta beberapa filem lain yang aku tak ingat judulnya. Namun begitu tidaklah sampai terlalu teruja dengan perkara yang tak masuk akal ini. Sekadar lakonan yang jalan ceritanya direka oleh mereka yang suka berimaginasi. Mana ada manusia yang menjadikan darah sebagai makanan untuk hidup. Manusia 'cekik darah' adalah.. : )

Yang sebenarnya minggu lepas aku dan temanku di sini, Kak Siti sudah merancang Ahad ini mahu ke Safari World, Bangkok bersama seisi keluarga. Safari World tempat di mana pengunjung dapat menyaksikan haiwan liar hidup dalam persekitaran yang terbuka dan bebas. Terdapat juga pertunjukan haiwan laut, western cowboy stunt, orang utan ber'boxing' dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Namun, yang dirancang tak menjadi kerana keadaan tak mengizinkan. Mungkin kami tangguhkan dulu trip ini ke masa yang lain bila mana semua kekecohan di kota ini kembali reda. Keselamatan diri yang paling utama, so cukuplah jalan-jalan cari makan di kawasan yang berdekatan sahaja. : )

Okey, setakat ini sahaja coretanku untuk minggu ini, kita jumpa lagi di minggu hadapan. Salam buat semua, have a nice day! ^_^

:: Cintailah Cinta


Cintailah Cinta - DEWA 19


Tuhan anugerahi sebuah cinta
Kepada manusia untuk
Dapat saling menyayangi
Bila kebencian meracunimu
Takkan ada jalan keluar
Damai hanya jadi impian

Kita takkan bisa berlari
Dari kenyataan bahwa kita manusia
Tempatnya salah dan lupa
Jika masih ada cinta di hatimu
Maka maafkanlah segala kesalahan
Cintailah cinta

Bila kamu bisa 'tuk memaafkan
Atas kesalahan manusia
Yang mungkin tak bisa dimaafkan
Tentu Tuhan pun akan memaafkan
Atas dosa yang pernah tercipta
Yang mungkin tak bisa diampuni

..dewa19..

:: Tenang dan tabah..

Sebahagian dari mereka yang tetap tenang menghadapi ujianNya. Walaupun kini operasi di lapangan terbang Suvarnabhumi masih lagi tiada perkembangan positif akibat demostrasi para penentang kerajaan, khabarnya Thai Airways telah mengaturkan satu penerbangan khas pada Jumaat lepas bagi membantu ratusan bakal haji yang terkandas di lapangan terbang utama di sini. Alhamdulillah..moga-moga mereka selamat tiba di Mekah seterusnya menyelesaikan ibadat haji dengan sempurna. Selamat pergi dan selamat kembali...InsyaAllah..

Friday 28 November 2008

:: Buih sabun yang mengganggu..

Lewat 3 pagi..

"Emm, pernah tak nampak buih sabun..?"

(Ingatkan dah tidur, rupanya belum) "Mestilah pernah. Kenapa?"

"Buih sabun...penuh dalam besen."

(Tergelak kecil) "Yelaa..kenapanya dengan buih sabun tu..?"

"Macam tu lah sekarang dalam kepala. Pejam mata je, nampak buih sabun. Banyak. Susah nak tidur.." (Tersenyum)

"Hehe.. banyak benda berlegar-legar lagi dalam kepala kot, so bila pejam mata benda-benda tu jadi macam buih-buih sabun..?"

"Lebih kuranglah. Kadang-kadang terbayang anak mancis juga. Penuh dalam kotak. Terjatuh dari tangan, berterabur. Jenuh nak kutip satu-satu. Lagilah lambat boleh dapat tidur."

"Hmm, bahaya tu..Kalau susah nak tidur, beristighfar banyak-banyak. InsyaAllah boleh tidur lepas tu..Yang lain tu, kita fikir lagi esok-esok pulak, okey..?"

"Emm,Okey.."

5 minit selepas itu...(zZzzzZzZzZzZzZZzzzzZ...)

...............................................................................

Pernah tak kalian rasa mengantuk dan letih, tapi di saat nak memejamkan mata, ada saja perkara tak semena-mena melintas dalam fikiran. Maka kalian terus saja melayan perkara itu. Kadang-kadang sampai terlena. Tapi ada juga yang langsung tak dapat tidur selepas itu. Mungkin perkara dah jadi bertambah rumit dalam kepala...

Terpulanglah pada individu, tapi sekurang-kurangnya, refsreshlah otak kita sementara kita dapat peluang lena dan berehat seketika di waktu malam. Di siang hari pula biarlah ia bekerja semaksimum yang mungkin. Di sini aku ada sedikit info tambahan bagaimana strategi mahu mendapatkan tidur yang berkualiti;

Kerap berlatih atau membuat senaman
Terdapat bukti yang menunjukkan rutin senaman dan latihan yang dilakukan termasuklah membuat senaman regangan dan aktiviti aerobik memperbaiki tidur yang terganggu. Walaupun begitu, anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum waktu tidur.

Gunakan sarung kaki
Bila anda menyarungkan sarung kaki atau sarung tangan, rasa panas atau suam pada tangan dan kaki akan melebarkan saluran darah dan memudahkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan. Ia juga boleh membantu tubuh anda untuk memindahkan haba ke tubuh badan yang lain seterusnya membuatkan anda berasa tenang dan memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak. (aku juga memakai sarung kaki, tu yang terlebih nyenyak tu..)

Jangan tidur dalam keadaan lapar
Rasa lapar membuatkan tidur anda terganggu. Anda akan kerap terjaga jika anda tidak makan dengan cukup sepanjang hari. Kadar gula dalam darah anda akan menjadi rendah tatkala anda tidur hingga menyebabkan adrenalin dibebaskan ke dalam darah. Ini akan membuatkan anda terjaga, dan biasanya di sekitar jam 3 atau 4 pagi. Simpan sedikit kalori untuk snek jika anda terjaga dari tidur, seperti telur rebus atau sepotong kecil keju.

Buat "Undang-undang" di bilik tidur
Buat undang-undang di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda senyap dan sunyi serta cukup gelap untuk membantu anda tidur. Menurut Lisa Helmanis, penulis buku Sleep of Better Naturality, tidur di dalam bilik yang gelap meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang membuatkan anda rasa ingin tidur. Tip lain yang mungkin boleh membantu adalah gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. Jangan gunakan ia untuk makan, menonton televisyen dan aktiviti-aktiviti lain.

..credits: info dari Majalah Mingguan Wanita keluaran 15hb Ogos 2008.

p/s: terlebih tidur pun bahaya...!

Thursday 27 November 2008

:: Lime Crush yg 'cool'..

Cuaca hari ini begitu panas ('raun mark mark' -bahasa Thai ^_^ ). Sebentar tadi aku keluar ke shopping mall yang berdekatan dengan rumahku, Imperial World atau lebih dikenali sebagai Big C. Selepas membeli sedikit barang keperluan di situ, aku langsung ke pasar yang berdekatan. Di sini ada menjual daging dan ayam yang halal untuk pengguna Muslim. Jadi, tak begitu sukar untuk aku mendapatkan bahan untuk memasak.

Menu yang terlintas di fikiranku hari ini berasaskan ketam kerana bila ku ingat-ingat, sudah lama aku tak merasanya. Aku cuma beli tiga ekor yang bersaiz besar. Cukuplah untuk kami bertiga makan. Setengah kilo harganya 120baht bersamaan lebih kurang RM12. Emm,boleh tahan mahalnya..Ketam jenis apa pun aku tak tahu, sepitnya berwarna kebiru-biruan. Janji ketam.Hehe..

Sampai di rumah, aduh, tak tertahan tekak menahan haus. Ku lihat dalam freezer, masih berbaki minuman aiskrim soda di dalam botol. Ku teguk sedikit. Selebihnya aku campurkan dengan bahan lain di bawah, dan 10 minit selepas itu, aku sudah siap sedia untuk menikmatinya bersama roti canai pisang+raisin yang ku beli tadi...Slurrpeeee...!

Lime Crush
1/2 biji limau nipis (jus)

1/4 biji lemon (jus)

250ml ais krim soda

Air gula secukup rasa

Ketulan ais

Cara membuatnya;
-Campur semua bahan ke dalam pengisar.
-Kisar dan hidangkan. Hias ikut kesukaan. ^_^

p/s: Gambar sekadar hiasan, tapi lebih kurang gitulah hasilnya.. ; ) Selamat mencuba..

:: Kami mahu terbang keluar dari sini..

Pagi ini aku cuba dapatkan perkembangan baru tentang situasi pertikaian di Bangkok yang belum lagi berkesudahan. Apa yang aku fahami, PM mereka, Somchai Wongsawat serta kerajaannya telah menolak usul dari pihak tentera yang mencadangkan agar beliau meletak jawatan sahaja demi menamatkan tentangan yang nampaknya masih utuh hingga saat ini.

Bagi PAD(People's Alliance for Democracy) pula, selagi Somchai enggan menurut kehendak mereka, selagi itu mereka tidak mahu berundur dari lokasi-lokasi utama seperti Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Rumah Kerajaan dan sebagainya. Mereka tetap berkeras demi cita-cita mereka di mana siri tentangan ini sudah bermula sejak dari bulan Ogos lagi.

Penyokong kerajaan pula dengar-dengarnya kian ligat membuat serangan balas secara berkumpulan di jalanan. Peristiwa membaling kayu dan batu ke dalam kenderaan pihak lawan kerap terjadi. Ini sudah tentu memberi imej dan kesan buruk pada industri pelancongan mereka walhal selama ini industri inilah yang banyak membantu menjana ekonomi Thailand.


Yang kasihannya, penumpang yang terkandas di lapangan terbang. Ada yang sudah mula bosan menunggu kerana sudah dua malam terpaksa tidur di sana menanti kepastian yang masih belum nampak bayangnya. Cuba lihat pakcik yang berkopiah itu, aku sangat kasihan dengannya...Entah-entah dia dan rombongannya mahu berangkat menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah agaknya..(kalau melihat dari bagasi-bagasi di belakang itu) Wallahualam..

p/s: Mumbai pula bergolak dengan serangan pengganas. Sasarannya warga asing, 82 orang maut malam tadi dan beratus lagi cedera. Apa nak jadi dengan dunia..
..credits to Yahoo images..

Wednesday 26 November 2008

:: Aku yang Risau

Perasaan risau sudah mula bertunas di dalam hati sebaik sahaja aku mendapat tahu yang para penyokong anti-kerajaan telah menceroboh masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok semalam. Semua jadual penerbangan telah dibatalkan dan kini ramai penumpang yang terkandas akibat kejadian tersebut.

Aku bimbang sekiranya rusuhan itu merebak pula ke kawasan kediamanku kerana jarak dari sana ke tempatku cuma 25 minit sahaja jauhnya. Aku mahu keluar rumah pun sudah teragak-agak, namun akan ku beranikan jua diri ini, kerana kalau duduk diam saja di rumah, harus saja dapurku tidak berasap!

p/s: Doakanlah semoga kami warga Malaysia di sini selamat dari apa-apa bahaya ..InsyaAllah..

:: Dunia baru Obama

Sokongan padu untuk Obama. Begitulah yang dapat disaksikan di dalam gambar ini yang menceritakan seribu rasa. Melihat lautan manusia yang sanggup berhimpun dan membawa sepanduk-sepanduk yang berupa sokongan moral itu, cukup membuktikan bahawa Barack Obama sememangnya bakal presiden yang didambakan oleh mereka demi menyahut satu perubahan. Perubahan dari segi apa, kita nantikan tahun hadapan. Moga Obama mampu memberi impak positif pada semua isu yang selama ini mendapat tentangan dari masyarakat dunia umumnya.

Tuesday 25 November 2008

:: Lovers in Paris..

Hari ini mungkin hari 'bermalas-malasan' untukku. Maklumlah, curhat untuk novelku tidak bertambah-tambah isinya, malah aku bersenang-lenang pula menonton siri drama Korea yang ada dalam koleksi simpananku. 'Lovers in Paris'..begitulah tajuknya. Aku sudah berjaya menghabiskan tontonan 11 keping cd, masih berbaki 9 keping lagi. Aduhai, panjang sungguh ceritanya, tapi sangat menarik.

Aku suka drama-drama Korea kerana kebanyakannya termuat gabungan hal-hal yang sedih, lucu, bahagia, dan romantis. Secara tak langsung juga aku dapat memahami serba sedikit tata cara hidup mereka kerana aku juga ada menyimpan hajat untuk berkunjung ke Korea suatu hari nanti. Teringin nak singgah di lokasi penggambaran Winter Sonata yang cantik itu. ^_^

"Have faith in your dreams and someday
your rainbow will come smiling thru
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
the dream that you wish will come true"

Monday 24 November 2008

:: Yang terkini..

Pagi tadi ku luangkan sedikit masa membaca naskhah berita secara online. Antara yang terbaru dan menarik perhatianku;
.............................................................................

Perjuangan terakhir


BANGKOK -Lebih sepuluh ribu penunjuk perasaan menyertai satu perhimpunan besar-besaran semalam yang disifatkan sebagai usaha terakhir sepanjang kempen enam bulan mereka bertujuan untuk menumbangkan kerajaan.

Bantahan yang diadakan di Rumah Kerajaan, Bangkok itu menyebabkan situasi di negara berkenaan semakin meruncing selepas menyaksikan peningkatan dalam keganasan selama seminggu.

Seruan supaya diadakan bantahan terbaru disertai dengan perarakan ke Parlimen menjelang sesi persidangan hari ini dibuat selepas berlakunya satu siri serangan di Rumah Kerajaan.

Bangunan berkenaan menempatkan pejabat-pejabat menteri dan diduduki oleh kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan sejak penghujung Ogos lepas.

"Kami akan berarak ke Parlimen untuk menutup semua laluan esok (hari ini), bermula pada awal pagi," kata seorang pemimpin penunjuk perasaan, Chamlong Srimuang.

Seorang lagi ketua penunjuk perasaan, Sondhi Limthongkul berkata, para penyokong mereka akan dibahagikan kepada sejumlah kumpulan dan berada di lokasi berbeza di Bangkok.

"Ia akan menjadi hari yang panjang untuk kita. Pemimpin-pemimpin kita sudah merancang taktik kita, kita akan merampas semula ibu kota kita," katanya yang disahut sorakan sejumlah penyokong di Rumah Kerajaan.

"Penunjuk-penunjuk perasaan, tolong jangan rosakkan negara ini," kata Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat pula menerusi televisyen dari Peru di mana beliau sedang menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Kira-kira 2,000 anggota polis dikerahkan mengawal sekitar bangunan Parlimen manakala 2,000 askar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak berulangnya pergaduhan. - AFP

nadinezuharra- Kerana kami ini orang luar dan aku sendiri belum mengkaji susur galur sejarah di bumi Thailand ini, aku tidak mahu mengulas apa-apa. Cukuplah sekadar aku mengetahui info-info terkini apalagi yang membabitkan isu keselamatan kerana kini aku juga merupakan salah seorang 'penghuninya' walaupun cuma sementara.

Memang Bangkok tengah 'panas' namun tidaklah sampai menjejaskan kehidupan kami. Kawasan tempat tumpuan orang awam berlibur bersama keluarga masih aman seperti biasa. Tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Malang tidak berbau, maka langkah berhati-hati harus juga diambil. Kami tidak berkunjung ke kawasan yang terbabit dengan perhimpunan seperti ini jika 'api yang marak masih belum lagi terpadam sepenuhnya'. Moga-moga Bangkok kembali aman.

.............................................................................

Ada pegawai jabatan agama pengikut ajaran sesat - Mufti


KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.

Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.

"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan 'lembap' daripada segi siasatan oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan Ajaran MLM yang didakwa mempunyai ciri-ciri bersamaan dengan ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi.

Gerakan Pemuda Al-Khafi sebelum ini didakwa berjaya menarik puluhan ribuan ahli di Malaysia dan di Indonesia yang mengimpikan membina kerajaan Islam tulen yang mana kosnya menelan belanja kira-kira RM452.5 juta.

Dalam pada itu, Mohd. Asri turut mendedahkan, terdapat juga sesetengah pegawai agama yang terlibat dalam amalan tarekat tertentu bertegas tidak menyenaraikan ajaran yang diikuti sebagai haram meskipun menyedari ia bertentangan dengan ajaran Islam.

nadinezuharra- Kejahilan yang merugikan. Institusi Islam di Malaysia perlu bangkit kerana ajaran seperti ini umpama barah. Jika tak dirawat daripada awal, ia akan merebak, dan pengakhirannya, tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

........kosmo.com.my..........................................

Friday 21 November 2008

:: Berkorban Apa Saja..

Berkorban Apa Saja - P. Ramlee


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..

................................................................................

Lagu nostalgia ini sering membuai perasaanku..Sesungguhnya, pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah dilakukan oleh setiap insan yang bergelar manusia.

Sebesar mana pengorbanan seorang ayah menggagahkan diri keluar mencari rezeki untuk sesuap nasi anak-anaknya di rumah, sesuci hati seorang ibu yang sanggup bersengkang mata demi anak-anaknya yang tersayang, keikhlasan dan kejujuran yang terlahir dari hati seorang suami atau isteri dalam memberi kebahagiaan pada pasangannya, dan banyak lagi contoh pengorbanan yang sungguh menyentuh hati. Malah ada yang sanggup menggadaikan nyawa demi kasih yang abadi.

Mungkin ramai yang telah berkorban untuk kita..Namun, adakah kita sudah membalasnya atau sekurang-kurangnya menghargainya..?

Insafilah diri, dan selagi kita masih bernyawa, buktikanlah nilai sebuah pengorbanan itu bukan sia-sia. Jika ia ke arah kebaikan, sudah pasti akan mendapat balasan yang baik di alam sana. Renung-renungkanlah..

Thursday 20 November 2008

:: Diam dalam Dunia itu....

Salam buat semua..
Lewat petang semalam aku lega kerana telah berjaya menyiapkan satu bab dalam karya pertamaku yang entah bila akan menemui penamatnya. Moga-moga ia akan selesai dengan jayanya satu hari nanti. Kekeringan idea kadangkala mengekang 'mood'ku untuk terus-terusan menulis. Berhenti sebelum apa yang tercipta lari dari landasannya.

Aku kagum dengan pengurusan idea dan masa oleh sepupuku, penulis Dina Najat. Walaupun dikelilingi tiga anak kecil dan urusan rumahtangga yang pasti tidakkan berkesudahan, beliau masih mampu menulis. Pelbagai genre karya kreatif dan hampir 4 buah novel telah dihasilkannya. Maka sewajarnya beliau menjadi sebahagian dari inspirasiku.

Pada mulanya aku tertarik dengan identiti seseorang yang bergelar penulis setelah melihat betapa gembiranya kakak sepupuku itu bila mana satu persatu karyanya menjengah pasaran. Ini bukan soal kerjaya semata-mata. Yang penting bagiku, aku anggap penulis itu ada medan dan dunianya tersendiri yang berbeza dari realiti insan-insan lain. Maka aku pun mula berjinak-jinak walaupun aku tiada asas sekelumit pun. Apakah satu hari nanti aku akan dapat menyertai mereka? Mungkin ya jika mendapat keizinanNya..

Baru-baru ini seorang temanku mengusulkan agar aku memiliki koleksi dari penulis tersohor, Ramlee Awang Murshid. Sejujurnya aku belum pernah membaca tulisan dari beliau. Cuma sesekali menjengah ke blog-blog pengikut setianya. Menurut temanku, karyanya unik dan lain dari yang lain. Kita sebagai pembaca akan turut tenggelam dalam jangkaan dan persoalan yang sentiasa bermain dalam setiap liku-liku ceritanya. InsyaAllah, pulang bercuti ke Malaysia nanti akan kudapatkan kesemua judul itu.


Emm, tiba-tiba perutku berbunyi minta diisi. Cukup buat waktu ini, waktu petang kelak akan ku sambung lagi. Aku mahu keluar ke pasaraya terdekat, untuk membeli sedikit keperluan dapur. Jika rajin aku akan memasak, jika sebaliknya, cukuplah membeli kudapan sahaja. Tengoklah nanti.. ^_^

:: Sushi & me..


Aku tak tau kenapa aku sangat addicted pada sushi dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Kalau keluar, nampak saja sushi, aku mesti beli. Kadangkala suamiku bising kerana dia risaukan aku akan sakit perut. Tetapi setakat ini aku yakin yang 'gila sushi' tak memudaratkan. Cuma adikku yang pernah sakit perut gara-gara sushi kerana mungkin dia termakan yang sudah tidak elok.

Macam-macam jenis, ada yang simple, ada yang menggunakan bahan mentah (aku kurang suka), tapi aku paling suka unagi. Sedap dan unik. Siapa-siapa yang tahu mem'bikin' sushi silalah beri tunjuk ajar padaku kerana aku kepingin nak membuatnya sendiri sesuai dengan seleraku. Setahuku bahannya tidak susah namun skill membuatnya yang sedikit remeh.

Aku kerap juga memborong sushi semenjak aku di Bangkok ni kerana harganya murah. 12 ketul baru 50baht. Lebih kurang RM5. Entahlah,tak tau sampai bila aku akan menjadi peminat setia menu dari Jepun ini. Hidupp sushi!! :p

Wednesday 19 November 2008

:: Menu yang simple!

Saban hari memasak kadang-kadang aku kehabisan idea dalam memilih menu. Maka sekarang aku sibuk mencari himpunan resepi yang mudah-mudah, sedap, dan yang boleh menjimatkan masa untuk menyediakannya. Semalam, aku cuba satu menu baru. Salad daging ala Thai. Mudah ya puan-puan cara menyediakannya (hehe...)

Salad Daging ala Thai


Daging -(digaul dengan sedikit garam, kemudian dibakar)
2 biji bawang besar- (dihiris nipis-nipis)
1 batang serai -(dipotong halus)
Daun salad -(dihiris)
Kobis -(dihiris)
Timun -(dipotong kecil)
Tomato ceri/tomato biasa -(dipotong kecil)
Lobak merah -(dipotong kecil)
Sedikit daun ketumbar -(dihiris nipis)
Sedikit daun pudina (jika ada)
3 tangkai cili padi (dihiris)
1/2 cawan perahan limau nipis
3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos cili pedas+manis
1/3 cawan gula pasir

Cara menyediakannya;
-Bakar daging di atas dapur atau di dalam oven. Setelah masak, hiris nipis-nipis.
-Semua bahan yang lain dicampurkan di dalam mangkuk.
-Masukkan daging bakar dan gaul rata.
-Sedia dihidangkan.
Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga dihidangkan bersama nasi.

Satu lagi menu yang mudah, ikan rebus asam. Aku beli ikan kembung dalam kuantiti yang banyak, 10-15 ekor kerana setelah direbus ia boleh bertahan selama 1-2 minggu di dalam peti sejuk. Sedap sebagai penambah hidangan, dan juga menjimatkan masa. : )

Ikan Rebus Asam


10 ekor ikan kembung / beberapa potong ikan tongkol
4-5 keping asam keping
Sedikit lengkuas (dihiris)
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya;
-Ikan dibersihkan dan dipotong. (Jika ikan kembung, tak perlu dipotong)
-Rebus ikan bersama asam keping, sedikit lengkuas, sedikit gula melaka dan garam.
-Untuk merebus cuma masukkan sedikit sahaja air. Bila air rebusan kering dan ikan telah masak, biarkan ia sejuk.
-Kemudian ikan itu bolehlah di simpan di dalam bekas tertutup. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk supaya rasa asam tadi meresap ke dalam isi ikan.
Ikan rebus ini sedap digoreng begitu sahaja bersama hirisan bawang dan cili kering, atau dimasak lemak cili api /sambal kicap. Rasanya unik, masam-masam manis

Dua menu ini sahaja sebagai info dariku buat hari ini. Mungkin tak seberapa kerana aku bukanlah pakar masakan. Moga-moga ada teman-temanku yang sudi mencuba resepi ini terutamanya mereka yang berkerjaya dan tak punya banyak masa di dapur. Selamat mencuba..!


Tuesday 18 November 2008

:: Yang ku Rindui..

Salam bertemu kembali..dua tiga hari yang lepas aku agak sibuk sedikit,walaupun idea dan cerita baru sesekali menjengah fikiran dan ingin dikongsi bersama teman-teman, namun masa mencemburui kita..tak mengapa..yang dah lepas biarkan ia berlalu..bukankah hari esok masih ada..? : )
Kali ini cukuplah gambar yang menceritakan lebih tentang apa yang aku fikirkan buat waktu ini. Terima kasih buat Hawa di mana gambar-gambar menarik di bawah ini ku ambil dari laman Friendsternya, sementelah beliau sendiri anak jati Pulau Pinang.Kenangan yang aku amat rindui masih lagi tertinggal di sana walaupun diriku sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripadanya..


...Jambatan Pulau Pinang sentiasa menyambut mesra kedatangan semua. Dulu aku dua bulan sekali akan melalui jambatan ini, menuju ke USM sekembali dari bercuti bersama keluarga di Kuala Lumpur. Aku cukup suka jika tiba di sini dalam waktu remang-remang senja kerana pemandangannya sangatlah indah. Kerlipan lampu yang sayup-sayup menghiasi bandar di seberang, memang melekakan. Jika waktu pagi aku suka menaiki feri di Butterworth, kerana cuaca yang berangin dan nyaman. Siapa yang belum pernah berkunjung ke sini, memang aku alu-alukan kerana pengalamanku selama hampir lima tahun bermastautin di sini, aku yakin, masa yang dilaburkan untuk melancong di sini pasti berbaloi.


...Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi..warisan bangunan-bangunan bersejarah, jalan-jalan lama yang menjadi tumpuan peniaga dan pelancong asing, Bukit Bendera yang boleh dijadikan tempat beriadah, pantai tempat bersantai..'port makan' dan macam-macam lagi..


...Yang suka ber'shopping', pusat membeli-belah kerap mengadakan jualan murah. Aku memang suka berkunjung ke tempat sebegini tapi membeli itu ada hadnya. Aku lebih suka melihat pelbagai ragam manusia, dan cukuplah sekadar 'window shopping' sahaja..asalkan hujung mingguku terisi.


...Sesiapa penggemar makanan pula jangan susah hati. Macam-macam ada. Kegemaranku, mee goreng mamak dan nasi kandar Pelita. Bila sudah kembali menetap di Kuala Lumpur, itulah yang aku rindukan. Memang di KL ada kedai mamak, tapi bila ku jamah, rasanya tak serupa.. : ) suasananya juga berbeza..


...Rakan-rakanku sebahagiannya masih ada di Pulau Pinang. Usai belajar dapat peluang bekerja di sana. Sesekali dapat pulang ke Malaysia, aku tak sempat nak berjalan dan meneroka tempat baru. Bangkok memanglah tak jauh dari Malaysia, tapi waktu yang tak mengizinkan. Entah bila pula dapat ke Pulau Pinang lagi. Dengar cerita jambatan kedua bakal dibina. Kalau ya,mungkin satu hari nanti aku akan ke sana dan mengutip kembali sisa-sisa kenanganku... : )

Coretanku berakhir di sini kerana ada hal lain pula yang perlu ku selesaikan.. jumpa lagi..

Friday 14 November 2008

:: Cinta Sejati Langit dan Laut..

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran...

..tentangcinta.com..
p/s: so sweet...

Saturday 8 November 2008

:: Curhat dariku..



~Bukankah dengan cinta kita akan gembira?Bukankah dengan sayang kita akan bahagia?Rupanya derita dan air mata yang kunjung tiba.Apakah akhirnya cinta itu akan adil padaku..?


Imran Mikhail ~
"Jika ini ketentuanNya,aku tetap rasa bahagia walaupun kau tak di sisiku.Aku anggap aku sedang menunggumu.."


Sara Nurdina ~
"Aku takkan merasa bahagia lagi setelah dia pergi.Warna-warni telah memudar,dihakis takdir yang telah terpateri."


Megat Ameer Zufri ~
"Kaulah segalanya,Sara."


Imran Mikhail-Sara Nurdina-Megat Ameer Zufri
~cerita cinta dari NadineZuharra~

Saturday 1 November 2008

:: The Dream ::


Love, if I weep it will not matter,

And if you laugh I shall not care;
Foolish am I to think about it,
But it is good to feel you there.
Love, in my sleep I dreamed of waking...,
White and awful the moonlight reached
Over the floor, and somewhere, somewhere,
There was a shutter loose, -- it screeched!
Swung in the wind, -- and no wind blowing...!
I was afraid, and turned to you,
Put out my hand to you for comfort...,
And you were gone! Cold, cold as dew,
Under my hand the moonlight lay!
Love, if you laugh I shall not care,
But if I weep it will not matter...,
Ah, it is good to feel you there!

credits to...Edna St. Vincent Millay

..poetry.com..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails