Friday 26 December 2008

:: Hari Kelepasan Am 2009


Tahun Baru 2009
1 Januari - Khamis

Tahun Baru Cina
26, 27 Januari - Isnin, Selasa

Maulidur Rasul
9 Mac - Isnin

Hari Pekerja
1 Mei - Jumaat

Hari Wesak
9 Mei - Sabtu

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
6 Jun - Sabtu

Hari Kebangsaan
31 Ogos - Isnin

Hari Raya Puasa*
20, 21 September - Ahad, Isnin

Deepavali*
17 Oktober - Sabtu

Hari Raya Qurban*
27, 28 November - Jumaat, Sabtu

Awal Muharram 1430H
18 Disember - Jumaat

Hari Krismas
25 Disember - Jumaat

*tertakluk pada perubahan

p/s: Cuti..? ^_^ Ramai yang ternanti-nanti.. Senarai di atas ini tidak termasuk cuti umum yang diperuntukkan bagi peringkat negeri. Yang bagusnya, banyak cuti jatuh pada hari Isnin dan Jumaat, di mana ia bersambung dengan cuti hujung minggu. Lebih mudah nak merancang sekiranya mahu ke mana-mana..

:: Bila ombak menghempas pantai...

Tsunami, kisah sedih yang diratapi oleh sebahagian besar masyarakat dunia menjelangnya hari-hari terakhir kalendar tahun 2004. Empat tahun sudah berlalu, apakah memori ini masih segar dalam ingatan..? Mungkin ada yang sukar untuk melupakannya kerana kehilangan insan-insan tersayang kekal berbekas di hati mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

26 Disember 2004, ombak besar Tsunami yang terhasil oleh gempa berukuran 8.9 pada skala Richter di utara Sumatera telah menerjah pesisiran pantai negara-negara yang terletak di pesisir Lautan Hindi. Indonesia, Sri Lanka dan India merupakan antara yang terjejas teruk dan mendahului senarai kematian yang mencecah angka ratusan ribu. Negara-negara lain yang turut terlibat ialah Thailand, Bangladesh, Myanmar, Maldives serta Malaysia sendiri.

Yang menjadi mangsa hanya mampu mengalirkan air mata menangisi nasib mereka. Bingung dan tenggelam punca, begitulah suasana yang dapat dilihat di kawasan yang ditimpa bencana. Mereka akui, tiada sebarang petanda yang mampu membuatkan mereka bersedia.

Natijah selepas peristiwa ini, ramai yang telah menyuarakan pendapat tentang betapa perlunya diwujudkan satu sistem amaran awal terhadap ancaman tsunami yang lebih menyeluruh dan berkesan di rantau ini sebagai langkah berjaga-jaga. Apakah ia sudah menjadi realiti..? Jangan pula menunggu pisang berbuah dua kali dalam hal-hal yang membabitkan kehilangan nyawa seperti ini...

Kepada mereka yang ditimpa musibah, aku mengucapkan takziah. Harapanku agar mereka terus tabah dan bersabar menghadapi dugaan. Apa jua yang telah berlaku, jadikan ia sebagai iktibar dalam perjalanan kita mencari erti sebuah kehidupan..

p/s: Tahun 2004 mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila ucapan selamat tinggal serta alu-aluan kehadiran tahun baru tidak lagi diiringi dengan konsert hiburan dan acara-acara yang keterlaluan gembiranya. Ia sesuatu tindakan yang sungguh wajar, tetapi.. bagaimana pula dengan tahun ini..?

:: credits to benbeau's photostream@flickr.com

Wednesday 24 December 2008

:: Siapa dia Muntadar al-Zeidi..?

Isu ini memang hangat. Masih tetap hangat walaupun sudah lebih seminggu ia berlalu. Muntadar al-Zeidi. Bukan calang-calang nama yang disebut ini. Beliau disanjung tinggi dan terkenal di pelusuk dunia.

Merupakan salah seorang wartawan bagi saluran televisyen Iraq, apa yang membuatkannya layak diangkat menjadi wira, cumalah berpunca dari sepasang kasut; cenderamata penghargaan yang dibalingnya ke arah Bush, seorang yang punya nama tetapi ramai yang benci untuk menyebutnya.

Kejadian ini berlaku ketika sidang media Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki; (pemimpin boneka yang sangat menyayangi Bush kerana terlihat cuba menangkap kasut-kasut yang dibaling agar tidak terkena pada teman baiknya itu. Kemudiannya pula, memberi arahan agar Muntadar segera ditangkap dan ditahan).

Bush masih sempat bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.” Ahh, angkuhnya dia menyembunyikan malu dalam dada.. sedangkan semua orang dapat menyaksikan wajahnya yang pucat dan seolah-olah tidak percaya akan situasi yang dihadapinya ketika itu.

Apapun spekulasi yang timbul selepas itu, Muntadar al-Zeidi tetap tersenyum puas. Ramai yang bertepuk tangan bersama-samanya sebagai tanda berpuas hati dengan pengakhiran tahun 2008 ini. Pengakhiran yang menyakitkan.. bagi Bush.

Seperti firman-Nya di dalam al Quran:

"...orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin.. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.."
(Q.S. An Nisa': 139)

:: Petua orang kita..

Petua merupakan amalan yang diperturunkan oleh generasi-generasi yang terdahulu dari kita. Ia berkait rapat dengan kecantikan, kesihatan, mahupun hal-ehwal kehidupan. Maklumlah, zaman dahulu manalah ada Watson, Guardian atau yang seumpama dengannya. Bagi aku, kebanyakan orang-orang zaman dahulu, walaupun kuat bekerja, masih kelihatan segar dan sihat manakala para wanitanya pula langsing dan jelita. Cemburu melihat pinggang mereka yang ramping bak kerengga. Apakah petua-petua yang mereka amalkan ya..?

Walaupun zaman telah berubah, kebanyakan dari petua-petua ini masih menjadi ikutan dan ada yang telah diringkaskan agar mudah bagi kita mengaplikasikannya. Semuanya bertitik tolak dari usaha dan kerajinan kita. Jimat, dan mudah. Sememangnya petua-petua ini akan berguna juga bila tiba masanya...

Sebahagian dari petua yang menarik minatku;

.............................................................................

Mencantikkan kulit
-Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan.

Untuk kulit cerah, licin & harum
-Ambil 1-2 biji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan.

Menghilangkan parut jerawat
-Potong kentang nipis-nipis, tidak perlu dibasuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut. Biarkan sehingga kering. Kemudian cuci muka dengan air suam.

Menghilangkan kedut di muka
-Ambil 1/2 batang lobak merah, dibersihkan dan diparut. Kemudian campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan-bahan ini dikacau hingga sebati. Setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam.

Menaikkan seri wajah
-Basuh muka anda menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Khasiat Oat
-Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, isi 2 camca teh oat ke dalam mangkuk, dan gaulkan dengan sedikit susu pembersih/pelembap muka. Kemudian sapu pada kulit yang sudah di scrub terlebih dahulu. Selepas 5 - 10 minit, bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, dan tidak kering.

Melentikkan bulu mata
-Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata dengan sapuan menghala ke atas.. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Hilangkan parut di badan
-Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu.

Menghapuskan kelemumur
-Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapukan pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua kali sebelum mandi. Atau;
-Gosokkan limau nipis di kulit kepala tiga hari sekali sebelum mandi, dan sisir menggunakan sikat. Selepas 15 minit, bilas dengan air bersih.

Memutihkan gigi
-Ambil garam halus sebanyak 1 sudu kemudian campurkannya dengan titisan air, tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja bagi memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat. Beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang akan anda perolehi, deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

Menghilangkan bau badan
-Ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini ke seluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang.

Melangsingkan tubuh
-Ambil 2 batang lobak merah dan sebiji timun. Parut dan perah airnya. Kemudian air itu dicampur dengan air perahan sebiji limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Mengelakkan perut buncit
-Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 2 jam kemudiannya.

Mengatasi masalah penghadaman
-Caranya amat mudah iaitu minum air kopi pahit yang tidak ditambah gula, sebaliknya anda campurkan pula sedikit garam pada kopi tadi. Sesudah dibancuh pekat anda minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi.

Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
-Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kasturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, bagus jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Mengembalikan suhu badan yang normal
-Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.

Agar badan ringan dan bertenaga
-Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis serta lada hitam. Amalkan pada waktu pagi dan malam.

Cengkih penawar sakit gigi
-Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. InsyaAllah, sakit beransur kurang.

Khasiat bawang
-Pening kepala: Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
-Lemah otot: Ambil 3 ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
-Demam selsema: Makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. Dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
-Susah hadam: Rebus bawang merah bersama kulitnya, kemudian kupas kulitnya. Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli untuk dijadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.

.............................................................................

Semua petua di atas, jika diamalkan selalu, InsyaAllah akan mendapat hasil yang memuaskan..Sumber dari internet, terima kasih buat penulis-penulisnya.

p/s: Aku suka minum air limau nipis yang dicampur dengan madu, terutamanya selepas banyak makan daging atau makanan berlemak. Badan akan terasa selesa, dan perut tidak sebu..(macam Eno lah lebih kurang.. ) ^_^

Tuesday 23 December 2008

:: Dunia Maya vs Dunia Realiti..

Aku baru usai makan tengahari. Hari ni makan mi segera sahaja. Tiba-tiba teringin kerana sudah lama tak menjamahnya. Bukan yang '2 minit cepat dimasak' ya.. kerana aku agak rajin untuk menumis bawang dan menambah bahan-bahan perencah yang lain seperti ayam, sayur, fishball, dan tak lupa juga sedikit daun sup serta bawang goreng. Emm, barulah berselera nak makan. Hehe..

Sesudah menghidupkan skrin komputer, yang pertama sekali sudah pasti membaca berita online yang memberi aku persepsi baru tentang perbezaan hari ini dengan semalam. Kemudiannya seperti biasa aku akan membuka blog milikku dan secara tak langsung melihat apa-apa yang terkini tersaji di dalam blog teman-teman yang lain.

Aku suka baca blog. Aku suka meneliti sesebuah laman web. Ia menjadi hobiku sejak dari dulu sinonim dengan tabiatku yang sukakan bahan bacaan, tak kira buku, majalah, atau komik sekalipun. Sehari tak membaca aku akan merasakan diriku seperti katak. Ya, katak di bawah tempurung.. ^_^

Yang sebenarnya, aku mula berminat untuk berblog kerana aku rasa seperti aku bisa mewujudkan sebuah kehidupan lain yang selari dengan kehidupanku di dunia yang nyata ini. Blog berada di dunia maya. Dunia yang istimewa di mana kita boleh berbicara dan mendengar tanpa ada mata-mata yang memandang seperti musang lagaknya. Kita lebih bebas, tapi bukan bebas yang tak bertempat kerana yang pastinya dunia maya ini juga masih ada adat resam dan peraturan yang perlu kita patuhi.

Dulu saja aku ada 2 halaman blog yang akhirnya bersawang kerana ditinggalkan gara-gara sibuk di dunia realiti. Tak sangka ianya masih hidup dan aku tak bisa membuangnya kerana sudah kehilangan kata kunci. Ahh, biarlah ia di situ kerana tiada siapa yang akan mengetuk pintunya lagi. Aku tersenyum. Ya, aku akui aku telah mula menyemai rasa sayang pada blog yang aku 'lahir'kan pada kali ini. Mungkin aku akan memperuntukkan lebih banyak masa untuknya kerana aku pasti rasa bersalah sekiranya aku tidak bertanggungjawab atas apa-apa saja yang menjadi kepunyaanku.

Menyebut tentang kasih dan sayang.. emm, bisa saja orang jatuh cinta di dunia ini, dunia maya. Berkenal-kenalan, berkasih-kasihan dan pada akhirnya cinta itu akan dibawa juga ke dunia nyata. Dunia realiti. Aku dan si dia juga bermulanya begitu 6 tahun dahulu dan kini kami tetap bahagia. Kerana itu aku tak merasa jengkel dengan mereka yang menyemai bibit kasih di alam siber ini. Ia sekadar pengantara, yang penting diri yang berdiri di alam nyata ini perlu bekerja keras untuk membuktikan apa yang terluah di dunia maya itu, bukan sekadar omongan kosong, atau mimpi semata-mata.

Jari-jemari ligat menaip papan kekunci yang terus menerbitkan ayat-ayat yang datangnya dari hati dan juga akal. Dalam masa yang sama aku juga turut membayangkan, pasti ada insan lain yang berada dalam situasi sama seperti aku pada masa ini. Berjuta-juta orang di dalam dunia, janganlah kita ingat kita cuma sendirian dalam melakukan sesuatu. Jika kita fikir kita bijak, ada mereka yang lebih bijak dari kita. Jika kita fikir kita handal, ada yang jauh lebih handal dari kita. Juga pada mereka yang bertanding siapa yang paling hebat. Sesungguhnya hanya Tuhan yang maha sempurna dalam segala-galanya.

Aku dan blogku, kuanggap sekadar cebisan dari sebuah kisah. Kisah yang ada permulaan dan ada pengakhirannya. Di dalam perjalanan itu, aku akan berjalan bersama-sama mereka yang sudi menemaniku. Kadangkala ketawa gembira, sekejap pula redup kerana berduka. Apabila diri terasa lelah, tak mengapa berhenti seketika untuk berehat. Apa yang penting, isi-isi dan pengalaman yang akan kita kutip sepanjang perjalanan. Yang cantik akan kita simpan, dan yang buruk pula akan ditinggalkan di pinggir jalan. Semoga perjalanan ini akan menjadi sesuatu yang indah buat kita semua.

Begitulah pandanganku tentang apa-apa yang tercatat sebelum ini mahupun yang akan datang di dalam ruangan blogku ini. Aku cuma mahu gembira dan jika ada yang mahu berkongsi, aku tiada pula sebarang halangan. Kerana aku juga suka untuk mengintai kehidupan kalian di ruang sana..

Baiklah..aku ingin beristirehat dan memberi masa untuk tugas lain pula. Ya, dunia maya dan dunia realiti perlu berjalan seiringan, barulah kita tidak akan keciciran..(telahku sambil tersenyum lagi). Salam buat semua...

p/s: Apa pendapat kalian tentang dunia maya ini dan sejauh mana ia memberi pengaruh pada kehidupan kalian..? Sudilah kiranya berkongsi denganku kerana kita melalui liku-liku jalan yang sama..

Monday 22 December 2008

:: Ku lari ke pantai kemudian menyanyiku..

Ku lari ke hutan kemudian teriakku
Ku lari ke pantai kemudian menyanyiku
Sepi... sepi..dan sendiri aku benci
Aku mau bingar... aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri...
... Pecahkan saja gelasnya biar ramai...
Biar mengaduh sampai gaduh...
Aih... ada malaikat menyulam
Jaring laba laba belang di tembok
Keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja...
Loncengnya...
Biar terdera
Atau aku harus lari ke pantai
Belok ke hutan...

Hujung minggu yang lalu aku bercuti ke pantai. Langit dan laut.. indah dan mendamaikan...
Harapanku, untuk mengumpulkan semua gambar-gambar pemandangan yang selama ini menjadi kesayanganku untuk aku muatkan dalam sebuah photo blog. Gembira untuk berkongsi bersama kalian.. InsyaAllah..

..Puisi Rangga (filem Ada Apa Dengan Cinta)..

:: Kejamnya seorang Manusia..

SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang panik dan ketakutan selepas melahirkan anak luar nikah dipercayai bertindak kejam dengan menghentak bayi yang baru dilahirkan sehingga mati sebelum mencampaknya ke luar rumah.

Sebelum kejadian di Kampung Bujang, Merbok itu, kira-kira 5 petang kelmarin, remaja itu dikatakan berkurung lama di dalam bilik tanpa disedari oleh keluarganya bahawa dia dalam proses melahirkan anak. Bagaimanapun, tembelangnya akhirnya terbongkar apabila bapanya yang meninjau kawasan di belakang rumah mereka menemui satu mayat bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat.

Menurut sumber, bapa remaja yang mengesyaki ia hasil perbuatan anaknya kemudian menyoal remaja terbabit. Katanya, remaja perempuan itu kemudian dikatakan mengakui perbuatan, menyebabkan keluarganya membawa dia dan bayi yang dilahirkan itu ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan segera.

“Bagaimanapun, doktor yang mengendalikan kes itu di HSAH mengesahkan bayi yang dilahirkan cukup bulan itu sudah meninggal dunia. Siasatan seterusnya mendapati bayi terbabit mati akibat dihentak dengan objek keras sebelum dibuang di belakang rumah. Remaja terbabit kini ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, ketika disoal siasat, remaja berkenaan mengaku dia bertindak demikian kerana lupa diri akibat terlalu bimbang dengan tindakan bapanya jika mengetahui dia melahirkan anak luar nikah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Hashim Ali, yang mengesahkan kejadian itu berkata, remaja perempuan terbabit dirawat di HSAH selepas dibawa oleh bapanya selepas mengetahui perbuatannya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

..hmetro.com.my(21Dis08)..

p/s: aku SEDIH . GERAM . BIMBANG
-Mereka yang kejam ini sekadar bimbang dengan kemarahan manusia.. apakah dalam hati tiada rasa takut akan kemurkaan Tuhan dan balasan yang amat dashyat dariNya..?
-Sesungguhnya hukuman di dunia tidak setimpal dengan dosa-dosa manusia...
Sama-samalah kita berdoa agar kita tergolong dalam golongan mereka yang dikasihi dan dikurniakan syurga olehNya di alam sana. InsyaAllah..

Friday 19 December 2008

:: I'm waiting for the Rise of the Lycans..

Lewat malam tadi aku menonton kembali Underworld I dan II. Sekuel ketiga, Rise of the Lycans pula akan menjengah di pawagam bulan Januari nanti. Semestinya antara filem yang aku nanti-nantikan. Senarai 'menunggu' yang lain;

The Day the Earth Stood Still (Dec) -sudah ditayangkan..
Seven Pounds (Dec) -sudah ditayangkan..
Bedtime Stories (Dec) -Adam Sandler yang lucu!
Revolutionary Road (Dec) -Leonardo & Kate jatuh cinta lagi..
The Curious Case of Benjamin Button (Dec) -ada apa dengan Brad Pitt?
Bride's War (Jan) -komedi romantik..
Friday the 13th (Feb) -takut tak..?
A Perfect Getaway (March) -? layan aje..
X-Men Origins: Wolverine (May) -aku peminat setiamu.. :p
Terminator Salvation (June) -tiada lagi Arnold Schwarzenegger..
Fast & Furious 4 (June) -mm, Vin Diesel pun nak cuba drift?
Ice Age: Dawn of the Dinosaurs (July) -comell!
Harry Potter and the Half-Blood Prince (July) -entahlah.., perlu refresh memori episod-episod yang terdahulu..

Jika mencari judul filem untuk di download, aku senang berkunjung ke laman Internet Movie Database. Pelbagai informasi terkini dan ada juga sinopsis serta ulasan bagi setiap filem. Emm, apa lagi ya cara untuk muat turun yang lebih pantas? Kini aku cuma menggunakan LimeWire.. Maaf ya, jika kelihatannya seperti aku menyokong pula aktiviti cetak rompak.. (dalam hati, "sayanglah duit nak beli yang original..hehe") ^_^

p/s: Suka menonton filem aksi/thriller di pawagam, lebih puas.

:: diet Coke + mentos = B.A.H.A.Y.A !

Melihatkan video di atas, pasti kita rasa gerun membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kita minum Diet Coke (atau lain-lain minuman bergas) bersama-sama dengan Mentos..? Bahaya atau tidak..? Boleh dapatkan jawapannya di http://eepybird.com/science.html...

Namun, terdapat berita dari luar negara yang menyatakan beberapa orang kanak-kanak telah menemui ajal akibat mengambil minuman Coke sambil menelan Mentos. Emm, mungkin kesannya kepada kanak-kanak lebih teruk berbanding kita orang dewasa. Kasihan pada mereka yang malang..

p/s: Mahu cuba eksperimen ini boleh, tapi jangan pula berani mempertaruhkan perut anda! : )

Wednesday 17 December 2008

:: Popcorn pun ada yang berperisa b_bi..

Semalam ada membaca pesanan di bolehblog agar kita lebih berhati hati jika membeli phone cover yang diperbuat daripada kulit.

"Tolong berhati hati bila membeli phone cover kulit. Tolong check that cover carefully. Kalau nampak 3 titik segitiga di kulit itu. Jangan beli. Itu adalah kulit babi. One of my friend beli phone cover ni di Jalan Pasar. Selepas 2 hari memakainya baru dia perasan yang kulit di bahagian dalam phone cover tu ada 3 titik segitiga. Sahih lah ianya dari kulit babi. Beliau membelinya dengan harga RM18. Beliau cuba mencari phone cover lain di KL Sentral dan terkejut, bila jurujual itu menunjukkan phone cover jenis yang sama seperti beliau beli di Jalan Pasar."- etomyam

Emm, nampaknya di Malaysia yang agama rasminya Islam.. masih lagi kita tidak selamat dari unsur-unsur haram sebegini. Di manakah sensitiviti umat Islam di negara kita yang sewenang-wenangnya diperlekehkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab..? Sesuatu perlu dilakukan. Produk-produk di mana status halal haramnya samar-samar seperti ini, harus dihalang dari tersebar luas di pasaran.

Baru-baru ini ada menerima email forward kisah seorang wanita Islam di negara kita. Beliau menyediakan spageti yang kuahnya diperbuat dari sos Prego yang dibeli dari sebuah pasaraya. Siap di masak dihidangkanlah kepada anak-anaknya. Masing-masing makan dengan penuh selera dan salah seorang anaknya turut memuji masakannya yang lebih enak dari biasa. Tetapi mereka ada juga perasan, dalam sos itu ada ketulan-ketulan kecil daging. Mungkin daging itu yang menambah kesedapan perisanya. Si ibu yang kehairanan ini pergilah memeriksa tin sos tersebut kerana setahunya, yang terdapat dalam sos itu hanya cendawan sahaja. Apabila dibelek-belek alangkah terkejutnya beliau apabila salah satu dari ingredients sos yang diimport dari USA itu tercatat minced pork. Habis termuntah mereka dibuatnya. Si ibu merasa berdosa dan amat menyesal kerana kesilapannya yang tidak berhati-hati semasa membeli mengakibatkan benda haram itu masuk ke dalam perut, dan menjadi darah daging..

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, walaupun sesetengah produk itu tidak diklasifikasikan sebagai non-halal, kita sendiri sebagai umat Islam perlu sentiasa berwaspada. Ringankanlah tangan memeriksa isi ramuan yang tercatat serta pastikanlah juga logo halalnya dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Seperti firman-Nya di dalam al Quran:

Katakanlah; "Tidak aku temukan dalam wahyu yang diturunkan kepadaku, sesuatu yang haram untuk memakannya, kecuali bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, sebab semua itu adalah nista (kotor) atau binatang yang disembelih untuk selain Allah; maka barangsiapa kerana keadaan terpaksa dengan tidak menginginkannya lagi tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Rabb-mu Maha pengampun lagi Maha penyayang.
(Q.S. Al-An'aam: 145)

p/s: Aku sendiri pernah nyaris-nyaris terbeli popcorn berperisa bacon yang dijual di pawagam kota Bangkok. Tetapi di negara yang majoritinya non-Muslim ini, kita tidak boleh salahkan sesiapa selain dari diri kita sendiri.. moga senantiasa dilindungi olehNya..insyaAllah..

:: Proton menonjol di Thai

BANGKOK - Proton terus menonjol dalam sektor automotif Thailand apabila menerima 863 tempahan semasa Ekspo Motor Antarabangsa Thailand ke-25 baru-baru ini.

Syarikat pembuat kereta nasional itu menduduki tempat keenam dengan menguasai 5.9 peratus daripada keseluruhan bilangan tempahan, mengatasi jenama terkemuka seperti Mazda dengan 767 tempahan, Mitsubishi (756), Ford (301) dan satu lagi pengeluar Malaysia Naza (154).

Syarikat pembuat kereta terbesar Jepun, Toyota mengekalkan kedudukan teratas selepas menerima 4,193 tempahan, diikuti oleh Honda dengan 2,552 tempahan, Isuzu (1,760), Chevrolet (1,194) dan Nissan (1,008). - Bernama

p/s: Terdapat banyak stesen minyak Petronas di Thailand. Iklan Proton juga boleh didapati di mana-mana. Sebagai rakyat Malaysia, aku tumpang bangga.. ^_^

:: "Siapa tak jatuh cinta pada malam?"



"Siapa tak jatuh cinta pada malam?" tanyamu;

"Aku," jawabku. Sebab aku Matahari. "


p/s: Imej adalah pemandangan yang terakam dari balkoni rumahku seawal pagi. Aku leka menyaksikan hadirnya sang Matahari mewarnai alam. Tak lupa memuji kebesaranNya yang menciptakan langit itu sangat indah. Subhanallah..

:: credits to Eka Budianta ; puisi-indonesia.org

Tuesday 16 December 2008

:: Misteri kehilangan Mereka yang ku sayangi..

Hari ni lewat sedikit aku menambah isi di blogku ini walaupun ada cerita yang dah berlegar di kepala sejak pagi lagi.. Selepas breakfast aku mengambil masa menyambung idea untuk novel. Sedar tak sedar di luar matahari sudah tegak di atas kepala.

Kemudian sempat juga aku meringankan tangan membersihkan akuarium mini milikku. Kasihan ikan-ikan di dalamnya berenang di dalam air yang sudah tidak jernih lagi. Dulu masa mula-mula aku membelinya, agak rajin juga mencuci, tapi semenjak bilangan ikan semakin berkurangan, aku jarang-jarang menukar airnya., cuma rajin memberi makan sahaja..

Ada satu misteri. Dulu pada asalnya ada 26 ekor ikan gapi dalam akuariumku ini. Selang beberapa hari aku akan mengira jumlahnya, manalah tahu ada yang mati tapi aku tak perasan...

Aku dapati, beberapa ekor sudah lesap tapi yang peliknya tiada kesan ditinggalkan yang menunjukkan ia sudah mati. Hari berganti hari.., ada sahaja yang hilang. Aku naik seram. Ada juga temanku pernah menyatakan, barangkali ia dimakan cicak atau serangga lain. Tapi tak pernah pula aku nampak cicak merayap pada dinding dalam rumah.. namun memang aku akui akuariumku yang tidak bertutup ini barangkali memudahkan ikan di permukaan air dipancing oleh cicak. Atau ikan-ikan ini ada yang melompat keluar..? Emm, mustahil...

Nak dijadikan cerita, pada satu hari, salah seekor ikan gapi kesayanganku (yang paling cantik ekornya) hilang lenyap begitu sahaja. Aku naik geram dan bertekad menjalankan misi mengintip.

Pada akhirnya, aku berjaya juga menyelesaikan misteri ini.. Aku telah ternampak seekor makhluk yang tersangatlah gemuk sedang merayap berhampiran dengan akuarium. Rupa-rupanya benarlah seperti yang disangka..

Ianya seekor CICAK!!

Puas ku halau, ia kemudiannya menyelinap keluar melalui pintu beranda yang ku buka. Selepas dari hari itu.., tiada lagi ikan-ikanku yang hilang. Aku lega..

Kesimpulan yang dapat ku buat, aku membela ikan selama ini hanya sebagai santapan kepada si cicak yang 'nakal' itu.. Ikanku berbaki 8 ekor sahaja. 3 ekor memang mati secara normal, yang selainnya pula menjadi mangsa kerakusan makhluk kecil itu.

Mungkin aku akan membeli ikan baru untuk meng'hidup'kan kembali seri akuariumku ini. Pilihanku kali ini biarlah seekor dua sahaja, tapi yang berjenis lebih besar dan sedikit garang. Jadi, tak mudah kalah pada si pemangsa. ^_^ Harap-harapnya begitulah..

Nanti malam akan ku tambah entry yang lain. Kisah ikan ini hanya selingan, cebisan dari diari hidupku. Moga ceria semua...

p/s: Geli pada cicak, lipas, ulat bulu, serangga yang terbang tak tentu arah, dan apa-apa sahaja yang satu spesies dengannya. ; )

Monday 15 December 2008

:: Hendak ke mana Cik..?

Sabtu dan Ahad sudah berlalu dan hari ini, jalan raya kembali sibuk dengan kenderaan bersimpang siur menuju ke destinasi masing-masing. Di kota Bangkok ini, hari-hari bekerja kebiasaannya jalan sedikit sesak berbanding dengan suasana di hujung minggu.

Jangan terkejut jika aku katakan yang pemandu di sini memandu dengan sangat laju. Bayangkan, jika aku mahu menyeberangi jalan di hadapan rumahku ini sahaja sudah memakan masa yang lama. Dengan bilangan kenderaan yang bertali arus dan penunggang motosikal pula suka memecut bagaikan aksi Mat Rempit, melintas jalan sudah menjadi satu hal yang sukar bagiku.

Satu lagi pemandangan yang sinonim di sini, kenderaan awam begitu mudah didapati di mana-mana. Oleh kerana aku dan suami tidak memiliki kereta di sini, kami memang kerap menggunakan servis pengangkutan awam. Mujurlah syarikat suamiku menyediakan kenderaan khas untuknya dan pekerja-pekerja lain bagi kemudahan pergi dan balik dari tempat kerja. Maka, tak perlulah hari-hari mengasingkan tambang untuk ke destinasi tersebut.

Yang selalu ku naiki...
Teksi
. Sangat mudah didapati di mana-mana. Servisnya bagus dan memuaskan hati tambahan pula pemandunya juga peramah. Tapi awas, mereka memandu seperti di litar lumba. Pasanglah seat belt anda..hehe.. Jika teksi bermeter, tambang bermula dari 35 baht, lebih kurang RM3.50 (mungkin sedikit mahal berbanding di Malaysia).. namun begitu, meter yang bergerak seterusnya akan dicaj dengan nilai tambang yang berpatutan..

Minibus / trak pikap. Kalau mahu pergi ke pasar atau lokasi-lokasi berdekatan dengan rumah, aku lebih senang memilih perkhidmatan ini. Lebih murah (80 sen tambangnya). Selain dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa, ia juga memudahkan aku melihat pemandangan di luar kerana ruang penumpangnya yang agak terbuka. Tak dapat aku bayangkan aku menaiki kenderaan ini di Kuala Lumpur. Mungkin tiada privacy, anggapan segelintir orang kita. Yang pastinya, masyarakat di sini memang 'sempoi'.. : )

Jika mahu pusing-pusing di dalam bandar pula, LRT jadi pilihan. Sistemnya lebih kurang sama dengan yang ada di negara kita. Jarang penumpang menghadapi masalah perlu beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket kerana semua perlu membelinya di mesin automatik yang banyak disediakan di stesen-stesen. Cuma gunakan wang syiling 10baht/RM1 atau 5baht/50 sen. Jika tiada syiling boleh di tukar di kaunter.

Alternatif lain..
Seingat aku baru beberapa kali aku menaiki bas. Pertama kali, semasa berkunjung ke Pattaya, kawasan peranginan yang letaknya hampir 2 jam perjalanan dari rumahku. Dengan aircond yang bermasalah, penumpang yang padat macam tin sardin.. hmm, memang malang ketika itu kerana tersilap menaiki bas 'koboi'. Nasib baik selepas itu kami sudah tahu jenis-jenis bas yang memberikan servis yang lebih baik.

Tuk-tuk pula salah satu pengangkutan yang popular di kalangan pelancong. Untuk destinasi yang berdekatan, ia sesuai untuk dinaiki kerana mudah untuk kita menikmati perjalanan sambil berkomunikasi dengan pemandu yang kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris. Pemandu tuk-tuk ini memang suka memperkenalkan tempat-tempat menarik untuk dilawati kerana jika mereka membawa pelancong ke tempat tersebut, kadangkala mereka memperolehi tips tambahan sebagai 'orang tengah'. Pengangkutan jenis ini mudah didapati di pusat bandaraya.

Sekali sahaja aku pernah membonceng motor-taxi.. itupun kerana terpaksa.. ^_^ Dari jalan besar atau jalan utama banyak terdapat pecahan lorong-lorong yang jauh ke dalam di mana di kiri kanan lorong itu terdapatnya kawasan perumahan. Dalam terik matahari, aku terpaksa menumpang salah satu motosikal ini untuk ke rumah temanku. Pemilik-pemilik motosikal ini biasanya akan memenuhi simpang ke lorong-lorong perumahan terutamanya ketika waktu puncak orang pulang dari bekerja bagi mendapatkan pelanggan. Tambangnya sekitar RM1 ke atas bergantung pada jauhnya perjalanan. Beca juga ada, tapi jarang-jarang kelihatan.

Di Thailand, banyak juga penempatan yang dibina di tepi sungai. Maka sebilangan dari penduduk di sini menggunakan alternatif sampan dan bot sebagai penghubung. Mereka juga turut menjadikan sungai sebagai sumber rezeki. Tidak lama dulu, aku pernah menaiki express boat menyusuri sungai Chao Phraya , ia satu pengalaman yang sungguh berharga..

Jika kalian melawat Bangkok jangan lupa singgah di pasar terapung seperti yang terdapat di Damnoen Saduak. Pasti ia menjanjikan pemandangan yang menarik dan istimewa..


Baiklah.. setakat ini dulu yang dapat dikongsi bersama.. ^_^ Ramai rakyat Malaysia yang sudah melawat Bangkok, dan aku yakin apa yang aku coretkan di sini tidak asing lagi bagi kita. Di lain masa, aku akan bercerita lagi tentang pengalaman hidupku di sini.. InsyaAllah..

p/s: Apa sekalipun, aku tetap rindukan Sabtu dan Ahad di Kuala Lumpur. Sarapan pagi di warung dengan roti canai & teh tarik, juga sepetang di KLCC.. Tak sabar nak balik...!

Saturday 13 December 2008

:: Cuti-cuti Malaysia..

Pejam celik pejam celik bertemu lagi aku dengan Sabtu. Bukan Encik Sabtu ya tapi hari Sabtu, salah satu dari hari kegemaranku. ^_^

Kebiasaannya, pada hari ini, ramai yang menarik nafas lega kerana dapat lari seketika dari bebanan kerja yang sinonim bagi mereka yang bekerjaya. Sesiapa yang bidang kerjanya bukanlah diperuntukkan dari Isnin-Jumaat atau Ahad-Khamis (negeri-negeri tertentu) pasti merasakan yang biasa-biasa saja dengan hari Sabtu ini. Lebih-lebih lagi golongan surirumahtangga sepenuh masa. Tatkala hari cuti sebeginilah, seisi keluarga dapat berkumpul bersama di rumah.. anak-anak rancak bermain seronok tidak perlu ke sekolah, suami pula mungkin mengambil peluang bersantai sambil menonton TV, namun kelihatannya wanita-wanita ini masih setia dengan tugas yang sudah terpikul di bahu sejak sekian lama. Memasak, membasuh, berkemas dan macam-macam lagi. Barangkali tiada istilah cuti bagi mereka. Namun, bibir masih tersenyum manis, kerana kasihnya mereka pada keluarga di depan mata..

Si ayah pula ada yang awal-awal lagi sudah merancang mahu menggembirakan anak-anak dengan membawa ke tempat-tempat yang menarik sempena cuti ini. Berkelah ke pantai, berkunjung ke pusat membeli belah, tak kurang juga ada yang pulang ke kampung untuk mengisi cuti yang sekejap cuma. Walaupun singkatnya masa yang mencemburui, ianya sangat berbaloi kerana anak-anak cukup bahagia jika ibu bapa memberi perhatian yang khusus kepada mereka terutamanya di waktu hujung minggu kerana sudah lumrah anak-anak, jiwa mereka penuh dengan harapan.

Di Malaysia memang terlalu banyak destinasi yang istimewa. Aku sendiri pun belum puas lagi jika menyebut tentang aktiviti 'berjalan' ini. Banyak lagi tempat yang belum dikunjungi. Pada pendapatku, kalau nak berjalan eloklah buat serba sedikit perancangan, kerana semua sudah sedia maklum, hal kewangan tidak boleh ditolak tepi.. bak kata orang, zaman sekarang ni, baru setapak melangkah, sudah keluar duit.. itu belum lagi panjang langkah, mengalirlah duit jawabnya..

Bergantung pada situasi, sekiranya kurang mampu, masih banyak alternatif lain yang boleh mengisi masa lapang kita sekeluarga selain pergi bercuti ke pusat-pusat peranginan yang menuntut sedikit lebih dari segi kos. Fikir-fikirkanlah...
Akhir sekali, salam hujung minggu buat semua.. Moga ceria bersama keluarga.. ^_^

p/s: Cuti tahun baru nanti, rancanganku mahu ke Bukit Tinggi bersama keluarga. Emm, sesiapa yang pernah pergi.., best tak tempat tu? (prefer yang berdekatan KL, jimat masa & tenaga..hehe)

:: Terima kasih Teman


Teman,
Dewasa bersama kalian memberiku seribu pengalaman..
lewat memori nan lalu, kita berjalan seiringan,
bercanda tawa dengan girangnya..
Dan kini.. saat itu terlakar menjadi sebuah RINDU,
yang pasti takkan berkesudahan...

Don't walk in front of me, I may not follow..
don't walk behind me, I may not lead..
just walk beside me and be my friend...

:: credits to reybronx's photostream@flickr.com

Friday 12 December 2008

:: Sedekah yang pahalanya terus mengalir..


Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :

"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo'akannya"
(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut sebahagian dari cara kita boleh beramal jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberinya telah wafat :

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapat kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapat kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapat kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau memakan buahnya, anda mendapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air (water cooler) di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang membangun kepada seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
10. Kongsikan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, anda mendapat kebaikan sampai hari Qiamat.

SADAQAH JARIAH – KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
InsyaAllah..

Thursday 11 December 2008

:: Menjala ikan di jalan raya..?


Banyakkah ikan yang boleh dijala di sini..? Emm, kalau bernasib baik...

Tak pasti ia realiti atau sekadar mainan fotografi, namun imej ini mengingatkan aku tentang suasana banjir di Pantai Timur negara kita. Apa khabar orang-orang di sana..? Moga-moga banjir sudah surut, dan memberi kelegaan pada semua..Bencana alam memang bukan kuasa kita yang menentukan..ia adalah salah satu ujian dariNya. Sesungguhnya bumi ini pinjaman semata-mata dan sebagai manusia kita perlu akur, bukannya angkuh membangga diri..

Dari menuding jari menyalahkan sesiapa, lebih wajar jika kita bersabar, dan cuba berfikir dari sudut yang positif. Berilah sokongan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam mencuba pelbagai alternatif lain agar kesan banjir yang melanda di masa hadapan tidak seburuk yang kita alami kini. Kita manusia di anugerahkan akal yang bisa berfikir dan satu hari nanti, pasti ada idea-idea yang mampu meminimumkan kerugian dan derita akibat masalah banjir ini. InsyaAllah..

p/s: Imej diambil dari salah satu laman Fotopages kegemaranku, sirloinskipper.fotopages.com..banyak entry menarik di dalamnya--

Wednesday 10 December 2008

:: Kisah telefon..

Baru sebentar tadi aku menambah nilai kredit untuk handphoneku.. asyik bersembang dengan adikku di Malaysia, panggilan tiba-tiba terputus. Hmm, selalu juga aku mengalami situasi sebegini. Sila tambah nilai untuk membuat panggilan..lah jawabnya.

Kalau nak diikutkan, aku bukanlah dari kategori yang suka ber'gayut' di telefon. Rasa sayang juga nak berhabis-habisan untuk aktiviti yang satu ini. Lagi-lagi kalau menggunakan handphone, naik panas telinga dibuatnya.. : ) tapi kalau mengenangkan zaman remajaku dulu.. kerap kali juga aku yang menjadi punca bil telefon rumahku naik. Asal pulang bercuti, mulalah tangan rajin mendail nombor kawan-kawan sekadar untuk bersembang kosong. Bila ibuku menjeling, aku tahu itu isyaratnya yang aku sebenarnya dah terlalu lama berbual. Membazir katanya. Lagipun melihat aku terkekeh-kekeh ketawa sambil bercerita tanpa membuat sebarang kerja membuatkannya sedikit geram.

Tersenyum aku mengingatkan kenangan dulu.. Kini bila dah berjauhan dengan keluarga, aku kerap menelefon ke rumah dan kadang kala berbual juga dengan teman-teman baikku sekadar untuk mengubat rindu. Sekejap-sekejap bolehlah, kalau ada yang perlu diceritakan panjang lebar, aku lebih senang menggunakan Yahoo Messenger.. lebih jimat kan..? ^_^

Namun begitu, aku tetap berterima kasih kepada pembangun teknologi tanpa wayar seperti ini. Cuba bayangkan, kalau telefon dan internet tiada.. bagaimana pula kehidupan kita sekarang. Mesti ramai yang hebat bersastera untuk mengutus surat pada yang tercinta, tak kurang pula yang terputus hubungan dengan yang jauh di mata. Yang bagusnya jika handphone tak dicipta, kes-kes lafaz cerai melalui SMS sudah pasti takkan terjadi. Hmm, 'mudah'nya hidup orang zaman sekarang..kan?

Okey, tamat sudah kisah telefon..kelak kita bicara hal yang lain pula. Aku titipkan kisah lucu di bawah sebagai penutup kata. Salam buat semua..

...................................................................

Kisah Bibik dan Telefon..

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami telah memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang..

Suami : Ini dah melampau.. gunakan telefon rumah sesuka hati. Ayah tak guna pun telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja sahaja.
Isteri : Saya pun sama, gunakan telefon office sahaja...
Anak : Oh sorry..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!….

p/s: Hati-hatilah dengan bibik anda..hehe.. mana tau serupa macam ni juga.. ;p

Monday 8 December 2008

:: Sehari di hari raya..


6.15am: Di pagi yang hening, kedengaran lagu raya rancak berkumandang. Syahdu terasa mengenangkan hari raya yang disambut di perantauan. Pagi ini pagi raya. Selalunya waktu-waktu begini aku sudah bangun dan bersiap-siap. Maklumlah kalau menyambut raya di kampung, kena tunggu giliran pula untuk masuk ke bilik air, so kenalah bangun awal sedikit. : )
Tapi tahun ini memang sudah rezekiku untuk menyambut Aidiladha di kota Bangkok bersama suami dalam suasana yang sedikit berbeza..Masyarakat di sini kebanyakannya tidak tahu apa itu Aidiladha, kerana mereka sedang sibuk dengan persiapan Krismas yang bakal menjelang.. : )

6.45am: Aku sudah siap menyediakan bekalan untuk suamiku. Popia goreng berintikan sardin. Sangat simple. Walaupun hari ni raya, kerja tetap kerja. Mulanya dia ingin bercuti sahaja, tapi banyak pula hal urgent yang perlu dibereskan. Tak mengapa, petang nanti kita beraya.. Sempat jugalah kami bersalam-salaman sebagai tradisi lebaran.

7.45am: Tinggal aku seorang di rumah. Aku menelefon keluargaku dan juga mertua untuk berkongsi suasana meriah di pagi raya. Semalam pun dah bertanya khabar, pagi ini aku berbual lagi.. Mereka sedang bersiap-siap hendak ke masjid. Memang seronok berhari raya di kampung. Kali ini keluargaku pulang ke Mersing (kampung ibuku) kerana pada Aidilfitri yang lalu, cuma sambut di KL sahaja. Yang pastinya, suasana kampung lebih istimewa, dan lebih bermakna, kerana dapat berjumpa dengan ramai sanak saudara.

9.00am: Aku tak lupa menunaikan solat sunat Aidiladha. Usai solat aku mengemas rumah apa yang patut. Bukannya ada orang yang berjanji nak datang pun. Hehe.. Teman-temanku di sini, Kak Siti dan Izah juga sekadar menyambut raya di rumah masing-masing kerana suami mereka juga bekerja.

10.00am: Selepas breakfast, aku buka internet. Melihat video takbir raya di YouTube, membaca berita dan loading drama-drama raya yang ada dalam list Youtube ku itu. Leka menonton lakonan Rosyam Nor dalam drama Beras Kunyit di Pagi Syawal dan Takbir Sepi, sedar tak sedar hampir 3 jam juga aku di depan komputer.

1.30pm: Menelefon lagi ibuku bertanyakan menu apa yang mereka nikmati di rumah sanak saudara. Emm, ada nasi tomato, nasi impit, kuah kacang, rendang, sate, nasi lemak dan macam-macam lagi yang membuatku tiba-tiba terasa lapar. Namun, aku sekadar mengalas perut dengan biskut kerana petang nanti aku mahu memasak. Sementara itu aku keluarkan daging dan ayam dari peti ais untuk proses nyahbeku.

2.00pm: Sesudah solat Zuhur, mata rasa mengantuk lalu aku pun terlelap..(sempat juga tu..!) ; )

3.00pm: Bangun dan menyediakan menu untuk hidangan. Semalam sudah merancang untuk menyediakan nasi minyak berlauk (untuk mendapatkan feel raya kononnya)..
Aku pun mula memasak. Sambil-sambil itu, membelek juga buku resepi kerana ada juga antara menu itu aku pertama kali membuatnya. : )
So, inilah juadah rayaku kali ini..
-nasi minyak, kerutuk daging, ikan kerapu masam manis, ayam goreng madu dan acar mentah..
-air ; sirap jer.. ^_^
-biskut raya peninggalan Aildilfitri yang lalu dan sedikit buah-buahan.

5.00pm: Siap memasak aku cuma duduk-duduk saja melayan internet. Tak lama kemudian, suamiku dan abangnya pulang dari kerja. Maka makanlah kami bertiga sebagai meraikan Aidiladha dengan penuh rasa kesyukuran..
.......................................................................

Hari raya Aidiladha memberi seribu makna kepadaku. Sama-samalah kita mensyukuri nikmat dan rezeki yang dikurniakanNya kepada kita. Jika diperhatikan, banyak hikmah di sebalik ibadat korban yang dituntut dalam agama Islam ini. Selain dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, ibadat ini juga dapat mengeratkan silaturrahim, dan membuka ruang meningkatkan sikap peka serta prihatin terhadap kebajikan sesama insan, terutama golongan fakir dan miskin. Segala yang baik kita kerjakan, sudah pasti mendapat balasan yang lebih baik dariNya..InsyaAllah..

:: Salam Aidiladha..


Salam Aidiladha buat semua yang bertandang ke blog ini,
maaf zahir & batin..
Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan, semoga kita senantiasa dinaungi rahmat Allah SWT. InsyaAllah...

Sunday 7 December 2008

:: Selamatkah Bukit Antarabangsa?

Salam takziah buat keluarga 4 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang baru-baru ini. Kejadian ini mengulang kembali kisah sedih tragedi Highland Towers yang tumbang ekoran tanah runtuh pada 11 Disember 1993, di mana ia melibatkan sejumlah besar kehilangan nyawa. Jarak di antara dua lokasi ini cuma dalam lingkungan 1.5 km sahaja. Ini bermakna kawasan sekitarnya juga kini boleh dikategorikan sebagai kawasan yang tidak selamat dan boleh mengancam nyawa.

Kediaman keluargaku terletak berhampiran dengan Bukit Antarabangsa ini. Dari kawasan rumahku, aku dapat melihat deretan rumah mewah di lereng-lereng bukit, kondominium yang tersergam di puncaknya, juga tinggalan 2 blok Highland Towers yang dibiarkan tidak berpenghuni sehingga kini. Bukit Antarabangsa yang dulu gah dengan namanya, kini seolah-olah sepi. Orang ramai mula menjauhkan diri.

Aku sangat bersimpati terhadap nasib penduduk di sekitar kawasan kejadian. Pasti hati mereka tidak tenteram kerana tak mustahil kejadian seperti ini akan berulang di masa hadapan sekiranya tiada tindakan susulan oleh pihak yang bertanggungjawab. Samada mereka perlu berpindah dan meninggalkan kediaman mereka yang sekian lama diduduki, atau terus menunggu dan mengharap pada nasib yang tak pasti. Semoga mereka tetap tabah.

p/s: Pasaran hartanah di kawasan Bukit Antarabangsa berisiko untuk merosot.Yang ingin menjual unit kediaman mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan pembeli, berikutan orang ramai mulai sangsi dengan status keselamatan kawasan terbabit.

..kosmo.com.my..

Friday 5 December 2008

:: the King of Kingdom..

Hari ini cuti umum sempena ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej, penaung kerajaan Thailand yang kini telah pun berusia 81 tahun.

Kebiasaannya sepanjang 62 tahun memerintah negara, baginda akan menyampaikan ucapan kepada rakyat jelata sempena sambutan ini, yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh stesen radio dan televisyen tempatan. Namun, ini merupakan kali pertama baginda tidak dapat berucap kerana kesihatannya yang kurang baik tidak mengizinkan baginda menghadiri upacara tradisi berkenaan.

"Baginda mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatannya dan baginda berharap semua rakyat berada dalam keadaan baik dan sihat," kata Putera Mahkota Vajiralongkorn yang mewakili ayahandanya.

"Long Live The King.." bisik hati rakyat jelata yang sememangnya sangat menghormati dan menyayangi raja mereka ini. Walaupun telah berlaku kekacauan politik yang agak serius di dalam negara, namun institusi diraja langsung tidak terjejas kerana rakyatnya tetap meletakkannya di kedudukan yang teratas.

Moga Raja Bhumibol kembali sihat dan dapat terus memerintah dan mencurahkan bakti kepada bumi Thailand. Begitulah harapan semua rakyat pada hari yang berbahagia ini. Salam Ulangtahun.

p/s: Masih lagi berkira-kira mahu keluar ke mana. Planning bercuti ke pantai nampaknya tidak menjadi.. ^_^

Thursday 4 December 2008

:: Love Quotes..

Never take someone for granted. Hold every person
close to your heart because you might wake up
one day and realize that you've lost a diamond
while you were too busy collecting stones...

Never be sad for missing whatever you expected but
be happy because God has planned to give
another one better than what you expected...
Have a good day...

:: Low back pain..

Dari semalam lagi aku rasa sengal-sengal belakang. Mungkin aku tak banyak bergerak kerana leka di hadapan komputer menambah helaian cerita untuk 'novel'ku. Bila tiba masa nak tidur barulah terasa lenguhnya. Emm, muda-muda lagi dah lenguh sana-sini, getusku dalam hati. Memang tak selesa kalau ia berlarutan berhari-hari, maka, bangun saja dari tidur pagi ini aku membuat senaman ringkas yang mungkin boleh membantu memulihkan keadaanku ini. Alhamdulillah lega sedikit. Semalam pun aku tidur berlapikkan dua biji bantal. Satu di kepala dan satu di bawah betis.

So, bagi mereka yang selalu sakit belakang, ini sedikit info untuk kalian. Baik untukku berkongsi kerana kesihatan yang cemerlang boleh menceriakan hari-hari kita, kan? Eloklah berjaga ketika usia masih muda ni, kerana bila dah berusia nanti, tak mendatangkan masalah pada kita.

-Firstly, bila kita mengangkat barangan yang berat, contohilah postur yang betul seperti di bawah (gambar kanan). Dengan cara ini ia tidak membebankan tulang belakang kita.


-Duduk, berdiri, dan tidurlah dengan postur yang betul.



-Sekiranya banyak aktiviti berat yang dilakukan, semasa berehat bolehlah kita lakukan seperti yang di bawah. Ternyata ia boleh melegakan stress di bahagian belakang badan.



-Amalkanlah senaman menguatkan belakang badan secara berkala.

-Ambil masa untuk berehat seketika selepas duduk atau berdiri terlalu lama.
-Gunakan kerusi yang boleh menyokong bahagian belakang badan dan pangkal leher.
-Elakkan kekerapan menggunakan kasut tinggi.
-Berjumpalah dengan doktor sekiranya perlu.

Selain itu, aku juga mengamalkan minum susu Anlene sebagai sumber bekalan kalsium, maklumlah umur dah meningkat, perlu juga zat-zat tambahan.. : )
Moga-moga kita memperolehi kesihatan yang bagus kerana ia sangat berharga dan tidak boleh ditukar ganti. InsyaAllah, dengan izin dariNya..

Wednesday 3 December 2008

:: Salam buat Teman..

Assalamualaikum..Sangat baik jika di antara sesama kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran..
Beberapa kata renungan dari al Qur'an;

Orang Yang Tidak Mengerjakan Solat :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali...
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya...
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

:: Angan dalam Sedar..

Hampir setahun di negara orang ini, aku berkira-kira mahu pulang ke Malaysia pula dan mencuba sesuatu yang baru. Emm, dalam hati dah lama menyimpan hajat nak memiliki perniagaan sendiri.. tapi aku tak pasti bagaimana mahu mengorak langkah di peringkat permulaan. Kalau bermula dari bawah, jenis perniagaan apa pula bakal menjadi pilihanku..?

Dulu berangan-angan mahu memiliki satu unit kedai yang memberi servis komputer & internet (termasuk faks, printing, dll) selain boleh dijadikan mini cafe tempat pengunjung bersantai menikmati menu yang ringkas-ringkas. Sambil-sambil itu boleh juga menjual suratkhabar, majalah, buku, dan alatulis..Sasaran pengunjung pula terdiri dari kalangan remaja dan mereka yang berkerjaya. Yang bestnya, kerana ia agak relaks, dalam masa yang sama mungkin aku masih lagi boleh menulis kerana itu adalah hobiku..

Adikku pula pernah mengajakku mencuba business roti dan kek. Aduh, bukan aku tak tertarik, tetapi kami perlu mendalami dulu selok belok bagaimana mahu membikin semuanya itu..Aku tak pasti samada aku ada bakat atau tidak dalam hal-hal mengadun tepung ini. Tapi yang ini mungkin jadi pilihanku yang terakhir sekiranya aku tak memperoleh idea lain lagi bagi meneruskan cita-citaku ini.

Satu lagi yang menarik perhatianku, perniagaan sistem francais. Aku dapati kelebihannya, kita akan dibantu oleh francaisor yang bertanggungjawab dalam memastikan kita sebagai francaisi, disediakan sistem operasi serta mendapat program latihan dan khidmat sokongan secukupnya sebelum memulakan perniagaan. Kini aku sedang mengintai-ngintai laman siber yang khusus untuk perniagaan jenis ini bagi mengumpul maklumat yang berkaitan.



Namun begitu, setelah memiliki perniagaan yang memungkinkan kita meraih keuntungan, kebarangkalian menanggung risiko kegagalan juga tetap ada. Belum cuba belum tahu, yang penting modal kena cukup dan bijak dalam menguruskan perniagaan kita yang baru bertapak itu..

Rugi rasanya aku tak ambil bidang perniagaan semasa di universiti dulu kerana sekurang-kurangnya aku ada asas untuk berniaga. Tapi tak mengapa, kerana rezeki itu anugerah dariNya. Sekiranya ada bahagian untukku, InsyaAllah jalanku dipermudahkan olehNya..Jika ada yang sudi berkongsi tips dan idea, sangatlah dialu-alukan..TQ..

p/s: Kalau ikutkan salasilah keluarga, kebanyakannya kaki business, tapi tak menurun pula aura itu kepadaku..hehe..

Tuesday 2 December 2008

:: the smiling Moon..

Cantik kan bulan malam ini..seolah-olah tersenyum di apit Musytari dan Kejora. Ketiga-tiganya berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga. Di Malaysia bulan kelihatan seperti ini, juga pemandangan yang serupa dapat dilihat oleh kami di Bangkok. Bukankah bumi cuma dikelilingi oleh bulan yang sama..? ; )

Walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak. Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri) pula mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai ke bumi..manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu..

Subhanallah..memang indah langit dihiasi bulan, ditaburi bintang di malam hari..dan tak selalu kita dapat melihat pemandangan seperti ini. Syukurlah, kita diberi kesempatan olehNya..

credits to mr.shah@ falak-online.net & sodazaa.com for the info & images

Monday 1 December 2008

:: Yang baik kita kongsikan..

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum.......

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen..tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan...either belen makanan mak atau abah...tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain...samada kami perasan atau tidak...So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah. Mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu...

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...samalah ceritanya.. Dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik...


Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka...solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib...kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam...kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat...ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali...tak caya try buat...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib...dapat semua waktu lagi baik... Sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly)...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih


p/s: 'Air tangan' ibu yang disusuli dengan doa itu InsyaAllah ada berkatnya buat anak-anak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails