.............................................................................
BANGKOK -Lebih sepuluh ribu penunjuk perasaan menyertai satu perhimpunan besar-besaran semalam yang disifatkan sebagai usaha terakhir sepanjang kempen enam bulan mereka bertujuan untuk menumbangkan kerajaan.
Bantahan yang diadakan di Rumah Kerajaan, Bangkok itu menyebabkan situasi di negara berkenaan semakin meruncing selepas menyaksikan peningkatan dalam keganasan selama seminggu.
Seruan supaya diadakan bantahan terbaru disertai dengan perarakan ke Parlimen menjelang sesi persidangan hari ini dibuat selepas berlakunya satu siri serangan di Rumah Kerajaan.
Bangunan berkenaan menempatkan pejabat-pejabat menteri dan diduduki oleh kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan sejak penghujung Ogos lepas.
"Kami akan berarak ke Parlimen untuk menutup semua laluan esok (hari ini), bermula pada awal pagi," kata seorang pemimpin penunjuk perasaan, Chamlong Srimuang.
Seorang lagi ketua penunjuk perasaan, Sondhi Limthongkul berkata, para penyokong mereka akan dibahagikan kepada sejumlah kumpulan dan berada di lokasi berbeza di Bangkok.
"Ia akan menjadi hari yang panjang untuk kita. Pemimpin-pemimpin kita sudah merancang taktik kita, kita akan merampas semula ibu kota kita," katanya yang disahut sorakan sejumlah penyokong di Rumah Kerajaan.
"Penunjuk-penunjuk perasaan, tolong jangan rosakkan negara ini," kata Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat pula menerusi televisyen dari Peru di mana beliau sedang menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Kira-kira 2,000 anggota polis dikerahkan mengawal sekitar bangunan Parlimen manakala 2,000 askar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak berulangnya pergaduhan. - AFP
nadinezuharra- Kerana kami ini orang luar dan aku sendiri belum mengkaji susur galur sejarah di bumi Thailand ini, aku tidak mahu mengulas apa-apa. Cukuplah sekadar aku mengetahui info-info terkini apalagi yang membabitkan isu keselamatan kerana kini aku juga merupakan salah seorang 'penghuninya' walaupun cuma sementara.
Memang Bangkok tengah 'panas' namun tidaklah sampai menjejaskan kehidupan kami. Kawasan tempat tumpuan orang awam berlibur bersama keluarga masih aman seperti biasa. Tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Malang tidak berbau, maka langkah berhati-hati harus juga diambil. Kami tidak berkunjung ke kawasan yang terbabit dengan perhimpunan seperti ini jika 'api yang marak masih belum lagi terpadam sepenuhnya'. Moga-moga Bangkok kembali aman.
.............................................................................
Ada pegawai jabatan agama pengikut ajaran sesat - Mufti
KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.
Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.
"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan 'lembap' daripada segi siasatan oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan Ajaran MLM yang didakwa mempunyai ciri-ciri bersamaan dengan ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi.
Gerakan Pemuda Al-Khafi sebelum ini didakwa berjaya menarik puluhan ribuan ahli di Malaysia dan di Indonesia yang mengimpikan membina kerajaan Islam tulen yang mana kosnya menelan belanja kira-kira RM452.5 juta.
Dalam pada itu, Mohd. Asri turut mendedahkan, terdapat juga sesetengah pegawai agama yang terlibat dalam amalan tarekat tertentu bertegas tidak menyenaraikan ajaran yang diikuti sebagai haram meskipun menyedari ia bertentangan dengan ajaran Islam.
nadinezuharra- Kejahilan yang merugikan. Institusi Islam di Malaysia perlu bangkit kerana ajaran seperti ini umpama barah. Jika tak dirawat daripada awal, ia akan merebak, dan pengakhirannya, tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.
........kosmo.com.my..........................................
3 comments:
kawan pun x berapa tahu sejarah Thailand ni, cuma yg kawan tahu dulu Raja depa tipu Sultan Pattani supaya sign agreement, ditulis dlm bahasa siam, kononya utk berdamai rupanya bila ditranslate tak pasal2 Pattani jadi wilayah Siam....bertuah sungguh. Dan kalau dekat airport Bangkok, ada patung pahlawan perempuan Siam, x berbaju belah atas cuma berkain jer, itu yg depa boleh menang dalam peperangan....dasat yer
hehe,kelakar comment encik etomyam nih..pernah dtg sini jalan2 ye..
Subjek sejarah memang dari dulu saye tak boleh nak score..asyik ingat2 lupa jer.. :p
huhuhu.. betul tu etomyam.. saya pun aderr terima cerita tu dari kekawan thailand... tak kire perang aper pun sume tu psyco...
Post a Comment