Thursday, 27 November 2008

:: Kami mahu terbang keluar dari sini..

Pagi ini aku cuba dapatkan perkembangan baru tentang situasi pertikaian di Bangkok yang belum lagi berkesudahan. Apa yang aku fahami, PM mereka, Somchai Wongsawat serta kerajaannya telah menolak usul dari pihak tentera yang mencadangkan agar beliau meletak jawatan sahaja demi menamatkan tentangan yang nampaknya masih utuh hingga saat ini.

Bagi PAD(People's Alliance for Democracy) pula, selagi Somchai enggan menurut kehendak mereka, selagi itu mereka tidak mahu berundur dari lokasi-lokasi utama seperti Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Rumah Kerajaan dan sebagainya. Mereka tetap berkeras demi cita-cita mereka di mana siri tentangan ini sudah bermula sejak dari bulan Ogos lagi.

Penyokong kerajaan pula dengar-dengarnya kian ligat membuat serangan balas secara berkumpulan di jalanan. Peristiwa membaling kayu dan batu ke dalam kenderaan pihak lawan kerap terjadi. Ini sudah tentu memberi imej dan kesan buruk pada industri pelancongan mereka walhal selama ini industri inilah yang banyak membantu menjana ekonomi Thailand.


Yang kasihannya, penumpang yang terkandas di lapangan terbang. Ada yang sudah mula bosan menunggu kerana sudah dua malam terpaksa tidur di sana menanti kepastian yang masih belum nampak bayangnya. Cuba lihat pakcik yang berkopiah itu, aku sangat kasihan dengannya...Entah-entah dia dan rombongannya mahu berangkat menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah agaknya..(kalau melihat dari bagasi-bagasi di belakang itu) Wallahualam..

p/s: Mumbai pula bergolak dengan serangan pengganas. Sasarannya warga asing, 82 orang maut malam tadi dan beratus lagi cedera. Apa nak jadi dengan dunia..
..credits to Yahoo images..

4 comments:

13may said...

kesiannya terkandas kat airport...

Mohd Juhari jaffar @ Joema said...

Keadaan nmpknya makin tegang di bangkok..harap dapt pulang bila ada peluang..zeli masih boleh kuar ke tempat kerja ke?

@tune® said...

aiseh...stress la skang ni mcm² pergolakan kn?

nadinezuharra said...

hopenya Malaysia masih aman.Itupun macam2 jenayah dah berlaku saban hari.'Aneh' kan manusia zaman sekarang..?berlumba-lumba nak buat kejahatan,sedangkan kiamat makin dekat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails