Perasaan risau sudah mula bertunas di dalam hati sebaik sahaja aku mendapat tahu yang para penyokong anti-kerajaan telah menceroboh masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok semalam. Semua jadual penerbangan telah dibatalkan dan kini ramai penumpang yang terkandas akibat kejadian tersebut.
Aku bimbang sekiranya rusuhan itu merebak pula ke kawasan kediamanku kerana jarak dari sana ke tempatku cuma 25 minit sahaja jauhnya. Aku mahu keluar rumah pun sudah teragak-agak, namun akan ku beranikan jua diri ini, kerana kalau duduk diam saja di rumah, harus saja dapurku tidak berasap!
p/s: Doakanlah semoga kami warga Malaysia di sini selamat dari apa-apa bahaya ..InsyaAllah..
7 comments:
Insya Allah selamat semuanya...kita ada Allah S.W.T, biaq pi depa nak bergaduh sesama sendiri
Hati2..bahaya tetap ada..semoga semuanya selamat..amin..
take care ok! risau lak aku dgr berita tadi. tetibe teringat kat ko!
yeah take care ko kat sana..apepon doa selalu agar dilindungi allah dr bahaya peperangan manusia yg tak bersyukur
Semoga semuanya selamat sejahtera buat anda sekeluarga di sana. :)
take care embe. we hope u can survive. Lepas kuar umah tu baca ayat Kursi. Insya-Allah dilindungi-Nya.
Thanx buat semua..Alhamdulillah,keadaan nampaknya masih okey..tak semua dari mereka sewenang-wenangnya membuli orang awam.Suasana agak tenang,cuma ada segelintir dari orang kita bernasib kurang baik terkandas mahu pulang ke Malaysia.. : (
Post a Comment