Thursday, 20 November 2008

:: Sushi & me..


Aku tak tau kenapa aku sangat addicted pada sushi dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Kalau keluar, nampak saja sushi, aku mesti beli. Kadangkala suamiku bising kerana dia risaukan aku akan sakit perut. Tetapi setakat ini aku yakin yang 'gila sushi' tak memudaratkan. Cuma adikku yang pernah sakit perut gara-gara sushi kerana mungkin dia termakan yang sudah tidak elok.

Macam-macam jenis, ada yang simple, ada yang menggunakan bahan mentah (aku kurang suka), tapi aku paling suka unagi. Sedap dan unik. Siapa-siapa yang tahu mem'bikin' sushi silalah beri tunjuk ajar padaku kerana aku kepingin nak membuatnya sendiri sesuai dengan seleraku. Setahuku bahannya tidak susah namun skill membuatnya yang sedikit remeh.

Aku kerap juga memborong sushi semenjak aku di Bangkok ni kerana harganya murah. 12 ketul baru 50baht. Lebih kurang RM5. Entahlah,tak tau sampai bila aku akan menjadi peminat setia menu dari Jepun ini. Hidupp sushi!! :p

3 comments:

Anonymous said...

fara,kitorg kat germany ni buat sushi sendiri je.senang ikut selera sendiri.tapi memang sushi yg dah modified habis lah dgn kitorg.beli je beras sushi tu,masak dlm rice cooker.pastu kat kedai asia kat sini ada mcm stau paket perasa sushi.takyah lah kita nak campur sendiri bahan2 perasa dia.terus campur je dlm nasik tu.pastu beli seaweed tu,letak nasik atas dia,letak segala perkara yg kita nak letak mcm timun ke apa ke pastu gulung dan potong.dah siap dah.kalau nak belaja cane nak buat,search je dlm google.byk je site yg ajar.ada tu yg ada video lagi.

nadinezuharra said...

thanx a lot..!ni auni hamimi kn,lame tak dgr khabar berita..ade blog tk auni..?
mm,haah kan,mesti lam youtube ade videonye..nnti kite try carik perasa sushi tu ek..kalo tak silap kt pasaraya mcm ade ternampak cuka sushi utk diisi dlm nasik..yang itu pun boleh pakai ke ek..

Unknown said...

embe...aku tahu buat sushi! aku pon penggemar sushi gak! ehehe....slalu aku beli Sumo Rice yang utk Sushi tu and pegi kat Jusco....kat situ ada byk seaweed (siap ngan perisa) and bahan2 utk buat sushi. Alt, ko leh pegi Carrefour...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails