Friday 29 August 2008

:: Salam Ramadhan

Ramadhan bakal menjelang.. kali ini aku menyambutnya di perantauan..InsyaAllah dapat kusempurnakan dengan penyatuan rasa kesabaran dan keinsafan yang dipupuk dalam hati.Tanggal 27 September,barulah pulang ke Malaysia untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri di samping keluarga tersayang.Selamat berpuasa untuk semua umat Islam, dan semoga kita senantiasa dilimpahi rahmat Allah di sepanjang bulan yang mulia ini.Amin.

Saturday 16 August 2008

:: How to Love..?

Love is a strange thing. It can be the most amazing feeling in the world, or it can really hurt, but in the end love is something most, if not all of us, will face. While there are many different ways to define love and there are many different ways to love someone (even yourself), here is a general guide to loving.





1.. Say it. When you say the words "I Love You," do they carry it with them the desire to show someone you love them or do they carry it with them is it what you want to feel? And when you say it make sure you really mean it and are willing to do anything for that special person.



2.. Empathize. Put yourself in someone else's shoes. Rather than impose your own expectations or attempt to control them, try to understand how they feel, where they come from, and who they are; and realize how they could also love you back just as well.



3.. Love unconditionally. If you cannot love another person without attaching stipulations, then it is not love at all, but deep-seated opportunism (one who makes the most of an advantage, often unmindful of others). If your interest is not in the other person as such, but rather in how that person can enhance your experience of life, then it is not unconditional. If you have no intention of improving that person’s life, or allowing that person to be themselves and accepting them as they are, and not who you want them to be, then you are not striving to love them unconditionally.



4.. Expect nothing in return. That doesn't mean you should allow someone to mistreat or undervalue you. It means that giving love does not guarantee receiving love. Try loving just for loving's sake. Realize that someone may have a different way of showing his or her love for you; do not expect to be loved back in exactly the same way.



5.. Realize it can be lost. If you realize that you can lose the one you love, then you have a greater appreciation of what you have. Think how lucky you are to have someone to love.



..wikiHows..
p/s: L.O.V.E is C.A.R.E , so..take care! ; )

Monday 11 August 2008

:: Menyusuri keunikan Chao Phraya

Hari demi hari, minggu bersilih ganti ..cuti hujung minggu yang singkat, kami ambil peluang keluar bersiar dan menjelajah ke destinasi baru di kota Bangkok yang saban hari sentiasa sibuk. Semalam sempat kami bertiga, aku, suami dan rakan kami Daniel menghabiskan masa sepetang mencuba pengalaman baru, menyusuri Sungai Chao Phraya..

Dengan menaiki express boat (tiket sungguh berpatutan,120 baht/rm12 untuk pas perjalanan sehari), perjalanan kami bermula agak lewat..matahari sudah tegak si atas kepala dan kami dapat merasakan bahang sinarnya tambahan pula jumlah penumpang yang ramai di hujung minggu..mm, berpeluh juga dibuatnya.. : ) tetapi pengalaman baru masih membuat perasaanku teruja..



Bermula dari Sathorn Pier, tempat di mana kami tiba dengan BTS Skytrain, bot bergerak perlahan menongkah arus sungai yang agak deras.. tak tahulah berapa kedalaman sungai ini,namun airnya tidaklah begitu menarik perhatianku kerana warnanya yang kuning dan keruh. Namun pemandangan di sepanjang tebing yang unik membuatkan kami leka.Tak lama selepas itu, bot singgah di Oriental Pier. Sebilangan penumpang yang turun berganti pula dengan yang baru naik. Bot menyambung perjalanan ke The Si Phraya Pier. Di sini, terdapat pusat jualan yang dinamakan River City yang memberi pilihan kepada pelancong untuk membeli barangan kraf dan antik, serta pelbagai pilihan sutera Thai yang menarik hati.

Perhentian seterusnya, Ratchawongse Pier. Pengunjung boleh menjelajahi China Town yang popular dengan majoriti kaum Cina yang aktif berniaga. Namun kami tidak turun singgah di sini kerana ingin terus ke destinasi yang berikutnya.

Selepas melepasi Memorial Bridge yang dibina oleh King Rama VII,kami turun dari bot di The Tien Pier. Perkara pertama, rehat dan makan. Mm, seronok menikmati 'phad thai' -kuey tiow yang digoreng bersama udang kering, kacang tanah , tauhu, tauge dan perencah lain. Sedikit manis namun menyelerakan. Tambahan lagi air kelapa untuk meredakan tekak yang haus. Usai mengisi perut Daniel menambah menu dengan pisang, ubi dan popia goreng.. sedap sekali..!



Selepas itu kami berjalan ke kawasan berdekatan. Banyak deretan kedai lama yang dibina kira-kira seabad yang lampau.. Aku membeli snek ikan sebagai buah tangan. Terdapat juga Wat Pho, kuil yang paling besar dan tertua di Bangkok. Kami tak berpeluang masuk ke dalam kerana pada waktu itu terdapat upacara keagamaan yang sedang dijalankan. Justeru, kami berpatah balik ke jeti untuk menaiki bot bagi menyambung perjalanan.

Kami tak sempat singgah di Maharaj Pier di mana terletaknya muzium, serta binaan kuil-kuil yang bersejarah kerana kesuntukan waktu. Perhentian terakhir kami Phra Arthit Pier, selepas itu bot berpatah balik ke Sathorn Pier. Kami singgah di Wang Lang Pier, dan meluangkan sedikit masa membeli cenderahati dan barangan untuk dibawa pulang. Pasarnya besar, dan aneka barangan dijual di sini, dari keperluan harian, bunga-bungaan, kain pasang, kraftangan, makanan, dan ada juga hiburan sampingan dari artis jalanan. Asyik berjalan sedar-sedar bot terakhir untuk trip ini akan tiba dalam sedikit masa. Terus kami bergegas menunggu di jeti.



Lewat petang, kami tiba di Sathorn Pier dan selepas itu kami bergerak menuju ke pusat bandar dengan menaiki tren. Sempat lagi mengajak suamiku berkunjung ke sini lagi di lain hari kerana belum puas rasanya menjelajah tempat-tempat menarik di sepanjang sungai Chao Phraya ini. Lain kali pergi awal pagi agar perjalanan lebih teratur. Window shopping di MBK dan makan malam di Nana. Aku memilih nasi beriyani..mm, aku sudah addicted barangkali..kalau pergi ke Nana mesti pekena nasi beriyani dan lauk wajib ayam BBQ.. patutlah bertambah berat badanku! : )

Pulang ke rumah.. mood yang bagus sedikit tercalar kerana air-cond tak menjadi.. gas habis mungkin. Panas sampai ke pagi namun disebabkan letih tak kupedulikan sangat ketidakselesaan itu. Pagi tadi technician datang membuat servis dan kini semuanya kembali okey.. dapatlah aku meluangkan masa membuat catatan pengalamanku semalam dengan hati yang ceria.. sekian, sampai bertemu lagi kerana aku mahu menyiapkan makan malam.. bye..! ; )

Saturday 9 August 2008

:: Beijing 2008 Olympic Games..

Meriah sungguh Olympic Games opening ceremony kali ini..menerusi siaran langsung di tv,sempat ku saksikan dentuman bunga api dan pembakaran obor perasmian yang mereka persembahkan dengan penuh gemilang..mmg..warga China telah berkerja keras untuk membuka mata dunia dengan memastikan sukan bertaraf dunia ini berjalan dengan sukses sekali..Tahniah buat mereka.,tak lupa juga pada negara tercinta..moga Malaysia memperolehi pencapaian yang memberangsangkan..all the best!


view this site :
http://en.beijing2008.cn/

Thursday 7 August 2008

:: sinar matamu

Masa berjalan dan aku masih lagi setia..usai kerja rumah, mataku sedikit layu..tapi aku belum puas lagi mencari tips2 penting yang aku mahu jadikan pedoman untuk memulakan karyaku..Aduhai..bukan senang juga ya kalau kita bermula dari 0.. : ) namun sedikit sebanyak petua yang aku dapatkan,berjaya mengurangkan gusar dlm dada..

sambil menyusun file2 yang bercelaru dalam sistem,aku terjumpa gambar yang membuatku tersenyum..si comel sepupuku..tenang sekali bila melihat wajahnya..ternyata,hembusan aura si kecil boleh membuatkan kita lupa segala masalah..Matanya yang jernih itu terus kutatap tanpa rasa bosan... : ) sungguh, aku pun berharap agar segera bergelar ibu..kerana yang pasti si kecil, senantiasa penyejuk hati dan harta berharga ayah dan ibu..InsyaAllah...

:: Tips yang Membina

Tiga petua mahu menjadi penulis yang berpengaruh.. -Nazli Jaafar(penulis skrip)-

Pertama, “Setiap hari saya akan memastikan diri saya mengenali seorang individu baru.”

Kedua, “Sebagai penulis kita tidak boleh mudah menilai dan menghukum orang melalui penulisan.”

Ketiga, “Setiap orang mempunyai buku dalam diri mereka masing-masing. Pelbagai tajuk dan pelbagai genre. Unik, penulis perlu belajar mengenainya.”

p/s: di perantauan,sukar nak mengenal individu baru setiap hari..jurang komunikasi membataskan,namun kemudahan Internet banyak membantu..banyak yg dapat ku cari dan kekosongan terisi dalam mengupas idea2 yg kadang2 aku sendiri tak terfikirkan.. : )

:: it's me! mm,maybe..

MyHotComments.com
MyHotComments

Wednesday 6 August 2008

:: Bahtera Kehidupan

" Di dalam menempuh jalan hidup janganlah cuba menjarak dari Tuhan kerana kendali yang sebenarnya terpegang di tanganNya. Betapa pun kita memegang kemudi bahtera menuju pelabuhan yang dicita- cita namun yang menentukan arah angin adalah Dia. " -Hamka-

:: when you love someone..

when you love someone...you'll do anything
you'll do all the crazy things that you can't explain
you'll shoot the moon...put out the sun
when you love someone....

you'll deny the truth...believe a lie
there'll be times that you'll believe you could really fly
but your lonely nights...have just begun
when you love someone...

when you love someone...you'll feel it deep inside
and nothin else can ever change your mind
when you want someone...when you need someone...when you love someone...

when you love someone...you'll sacrifice
you'd give it everything you got and you won't think twice
you'd risk it all...no matter what may come
when you love someone
you'll shoot the moon...put out the sun
when you love someone

:: Curhat dariku untukmu..

Salam perkenalan..blog ini khas kuciptakan untuk mengisi masa lapangku,dan minatku yg mendalam dalam karya-karya sastera..mungkin akan kuabadikan hasil seni indah, karya dari insan-insan terpilih untuk kumuatkan dalam blog ini..Yang cantik di mataku,mungkin tidak dimatamu..tapi sangat ku harapkan,kita sama-sama berbahagia membaca riwayat cerita yg tidak pernah berakhir..salam kasih- NadineZuharra

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails