Menu yang terlintas di fikiranku hari ini berasaskan ketam kerana bila ku ingat-ingat, sudah lama aku tak merasanya. Aku cuma beli tiga ekor yang bersaiz besar. Cukuplah untuk kami bertiga makan. Setengah kilo harganya 120baht bersamaan lebih kurang RM12. Emm,boleh tahan mahalnya..Ketam jenis apa pun aku tak tahu, sepitnya berwarna kebiru-biruan. Janji ketam.Hehe..
Sampai di rumah, aduh, tak tertahan tekak menahan haus. Ku lihat dalam freezer, masih berbaki minuman aiskrim soda di dalam botol. Ku teguk sedikit. Selebihnya aku campurkan dengan bahan lain di bawah, dan 10 minit selepas itu, aku sudah siap sedia untuk menikmatinya bersama roti canai pisang+raisin yang ku beli tadi...Slurrpeeee...!
Lime Crush
1/2 biji limau nipis (jus)
1/4 biji lemon (jus)
250ml ais krim soda
Air gula secukup rasa
Ketulan ais
Cara membuatnya;
-Campur semua bahan ke dalam pengisar.-Kisar dan hidangkan. Hias ikut kesukaan. ^_^
p/s: Gambar sekadar hiasan, tapi lebih kurang gitulah hasilnya.. ; ) Selamat mencuba..
6 comments:
boleh cube nih..kekeke
Kamu masih bolih keluar shopping ke ? Ada dengar dari Berita, PM seru rakyat Malaysia supaya jangan melawat Bkk kecuali urusan penting. Mas and asia sudah cancell flight. Do take care.
Warmest Regards,
kbguy
waaa, tengah2 hari cerita pasal minum ni....nak kena pegi beli gak nih..
fuhh.sungguh refreshing!kat sini kan, lemon agak murah..:) i loike!hehehe..slurpilicious!
jap... bertiga?
cubalah buat..walaupun sekadar minuman tp dah boleh save cost jika buat sendiri..hehe
Anonymous-->bertiga termasuk my brother in law.. his wife dah blk M'sia,so kami mkn sama-samalah.. : )
Post a Comment