Friday, 28 November 2008

:: Buih sabun yang mengganggu..

Lewat 3 pagi..

"Emm, pernah tak nampak buih sabun..?"

(Ingatkan dah tidur, rupanya belum) "Mestilah pernah. Kenapa?"

"Buih sabun...penuh dalam besen."

(Tergelak kecil) "Yelaa..kenapanya dengan buih sabun tu..?"

"Macam tu lah sekarang dalam kepala. Pejam mata je, nampak buih sabun. Banyak. Susah nak tidur.." (Tersenyum)

"Hehe.. banyak benda berlegar-legar lagi dalam kepala kot, so bila pejam mata benda-benda tu jadi macam buih-buih sabun..?"

"Lebih kuranglah. Kadang-kadang terbayang anak mancis juga. Penuh dalam kotak. Terjatuh dari tangan, berterabur. Jenuh nak kutip satu-satu. Lagilah lambat boleh dapat tidur."

"Hmm, bahaya tu..Kalau susah nak tidur, beristighfar banyak-banyak. InsyaAllah boleh tidur lepas tu..Yang lain tu, kita fikir lagi esok-esok pulak, okey..?"

"Emm,Okey.."

5 minit selepas itu...(zZzzzZzZzZzZzZZzzzzZ...)

...............................................................................

Pernah tak kalian rasa mengantuk dan letih, tapi di saat nak memejamkan mata, ada saja perkara tak semena-mena melintas dalam fikiran. Maka kalian terus saja melayan perkara itu. Kadang-kadang sampai terlena. Tapi ada juga yang langsung tak dapat tidur selepas itu. Mungkin perkara dah jadi bertambah rumit dalam kepala...

Terpulanglah pada individu, tapi sekurang-kurangnya, refsreshlah otak kita sementara kita dapat peluang lena dan berehat seketika di waktu malam. Di siang hari pula biarlah ia bekerja semaksimum yang mungkin. Di sini aku ada sedikit info tambahan bagaimana strategi mahu mendapatkan tidur yang berkualiti;

Kerap berlatih atau membuat senaman
Terdapat bukti yang menunjukkan rutin senaman dan latihan yang dilakukan termasuklah membuat senaman regangan dan aktiviti aerobik memperbaiki tidur yang terganggu. Walaupun begitu, anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum waktu tidur.

Gunakan sarung kaki
Bila anda menyarungkan sarung kaki atau sarung tangan, rasa panas atau suam pada tangan dan kaki akan melebarkan saluran darah dan memudahkan perjalanan darah ke seluruh anggota badan. Ia juga boleh membantu tubuh anda untuk memindahkan haba ke tubuh badan yang lain seterusnya membuatkan anda berasa tenang dan memudahkan anda untuk tidur dengan nyenyak. (aku juga memakai sarung kaki, tu yang terlebih nyenyak tu..)

Jangan tidur dalam keadaan lapar
Rasa lapar membuatkan tidur anda terganggu. Anda akan kerap terjaga jika anda tidak makan dengan cukup sepanjang hari. Kadar gula dalam darah anda akan menjadi rendah tatkala anda tidur hingga menyebabkan adrenalin dibebaskan ke dalam darah. Ini akan membuatkan anda terjaga, dan biasanya di sekitar jam 3 atau 4 pagi. Simpan sedikit kalori untuk snek jika anda terjaga dari tidur, seperti telur rebus atau sepotong kecil keju.

Buat "Undang-undang" di bilik tidur
Buat undang-undang di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda senyap dan sunyi serta cukup gelap untuk membantu anda tidur. Menurut Lisa Helmanis, penulis buku Sleep of Better Naturality, tidur di dalam bilik yang gelap meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang membuatkan anda rasa ingin tidur. Tip lain yang mungkin boleh membantu adalah gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja. Jangan gunakan ia untuk makan, menonton televisyen dan aktiviti-aktiviti lain.

..credits: info dari Majalah Mingguan Wanita keluaran 15hb Ogos 2008.

p/s: terlebih tidur pun bahaya...!

2 comments:

Unknown said...

hurm..aku bru taw klu pakai stokin bleh kasi tido lagi nyenyak..nak try lah..besanya pakai bile sejuk je kan..informative :) thanks embe..

nadinezuharra said...

Kite orang perempuan ni mmg tak elok kalau biarkan kaki dlm keadaan sejuk.Nanti perjalanan darah tk lancar..lagi2 kalau yang dlm pantang tu,eloklah berstokin,bertungku,berpilis dll yang bagus utk kesihatan dalaman..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails