Tuesday, 27 January 2009

:: Anak itik Tok Wi.. jatuh dalam longkang~

Kasihan pada si ibu itik.. anak-anaknya jatuh ke dalam longkang. Harapnya adalah manusia budiman membantu menyelamatkan anak-anaknya.. (Atau.. semuanya sudah terhanyut dibawa arus dalam ruang sempit itu..?)
Ibu itik tak mampu bersuara.. cuma mampu memandang sayu..

*Simpati*
Melihat itik-itik ini, terlintas pula nostalgia di zaman kanak-kanak. Aku jumpa lagu ini di YouTube. Lalu hati pun terbuai..

anak itik Tok Wi
mandi dalam kolam
buat apa Tok Wi
ubat limau lelam

sakit apa Tok Wi?
sakit sendi tulang
ubat apa Tok Wi
ubat sengal tulang

dalam paya orang berakit
buluh layu patah sebatang
dalam dada terasa sakit
sakit rindu abang seorang

letak dulang berhias tepi
bunga perca rebah bertindih
dengar abang adik menyanyi
lagu resah orang berkasih

harap-harap tumbuhnya padi
tapi lalang tumbuh sebendang
harap-harap kasih menjadi
sampai masa tinggal seorang

kalau padi katakan padi
jangan hampa tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi
jangan kita ternanti-nanti

Friday, 23 January 2009

:: Dilema bersuamikan seorang doktor..

Pasti ada di antara kalian yang terbayangkan jejaka bercermin mata segak berseragam putih berdiri di tepi katil sambil mencatat sesuatu. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dan yang terbaring di katil itu memandang dengan penuh harapan.

Itu mungkin personaliti seorang doktor yang dapat kita lihat di kaca TV.. contohnya dalam siri House; yang amat aku minati. Tapi realitinya, ada juga yang tidak berperwatakan menarik, sekadar cukup-cukup makan sahaja hinggakan ada kata yang terpacul dari mulut kita.. "Dia itu doktorkah? Wajah serupa orang sakit.." : ) Hmm, sudah lumrah dunia, tiada apa yang sempurna.

Kalau bersuamikan seorang doktor sejati, memanglah bahagia. Sakit pening ada si dia boleh tolong ubatkan..
Tapi ceritaku di sini kali ini, bukanlah dunia anganan para wanita, tapi mungkin sesuatu yang menyedihkan, dan tak semua dapat menyelami dunia mereka.. Suami mereka sangat asyik dalam kerjaya yang satu ini.. sesat dalam terang, begitulah yang terjadi.. Dilema isteri seorang penagih dadah! 'Doktor' yang mengheret diri sendiri ke lembah kegelapan..


Kes 1
Seawal perkahwinan, semuanya manis belaka. Temberang di depan mata ditelan bulat-bulat. Selepas beberapa tahun, A akhirnya dapat menghidu yang suaminya itu terlibat dalam gejala dadah. Sabar dan tetap sabar, 3 orang anak menjadi bukti mereka masih lagi punya bahagia. Tapi makin lama dibiarkan keadaan makin parah.

Suatu hari, A pulang ke kampung merajuk hati. Anak yang ditinggal di rumah lantas menelefon mengadu. Ayah bawa kawan-kawan berkumpul dalam bilik. Nampak asap di sebalik pintu, serta terjumpa puntung rokok dan jarum suntikan di atas lantai bila semua mereka telah pergi.

Oh, apakah nasibku..? Ingatkan suami mahu memujuk, rupanya makin bermaharaja lela.. Adakah dia tak mampu lagi berfikir dengan waras? Bagaimana dengan anak-anak? Nak membuat laporan polis hati serba salah, ditambah pula sekelumit rasa sayang yang masih tertanam di jiwa. A berdialog sendirian..

Maka A sanggup bersusah payah. Ke sana ke mari mencari sesuap rezeki untuk anak-anak setelah suami tidak lagi punya hati. Menyimpan rasa derita dan kecewa. Cemburu melihat orang lain yang bahagia berkeluarga. Mengapa nasibnya tidak seperti mereka..?

Dan lelaki itu masih lagi terus mengganggu atas alasan dia punya hak. Dia seorang suami, dia bapa kepada anak-anak. Tapi di manakah tanggungjawabnya?? A selalu menjerit dan memberontak, tapi ianya sekadar bergema dari dalam hati.. Dia takut untuk membuat keputusan;

Berpisah?
...Itu bermakna dia akan menjadi janda.. Dia tahu, itu bukan satu keputusan yang mudah. Masa depannya kabur. Dia merasakan dia tak mampu memikul semua tanggungjawab itu seorang diri..
Anak-anak? Walaupun yang sulung sudah mengerti akan penderitaan ibunya tapi yang masih kecil pula bagaimana..? Malam-malam mahu tidur sering tercari-cari ayahnya. Kerana si suami tetap seorang ayah yang penyayang. Mesra dengan anak-anak. Walaupun kadangkala amanah itu diperlekehkan.

A masih buntu mencari jawapan..

Kes 2
B sebelum berkahwin lagi sudah tahu yang suaminya telah terjebak dalam gejala yang tak bermoral ini. Tak sangka dia akhirnya ikut sama terpengaruh. Mereka berdua tenggelam dalam dunia khayal yang mengasyikkan.. dan apa yang lebih teruk, kediaman mereka turut dijadikan markas untuk teman-teman seangkatan berkumpul dan menikmati segala jenis dadah..

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pada suatu malam, mereka terperangkap dalam serbuan oleh pihak polis. B dan suaminya terpisah, masing-masing disumbatkan ke pusat serenti berasingan bagi proses pemulihan.

Kini, B sudah insaf. Dalam hatinya masih berharap, agar dia dan suaminya dapat membina hidup baru selepas keluar dari pusat pemulihan. Moga suaminya telah berubah, dan tidak kembali lagi ke lembah hitam itu.

Kes 3
Saudara mara sudah banyak menabur kata. Ibu bapa juga jenuh menasihati. Berpisah jalan terbaik. Tapi rasa cinta mengatasi segala-galanya. C tidak mahu meninggalkan si suami yang amat disayangi. Biarlah dia hisap dadah, biarlah dia ketagih syabu.. dia sedikitpun tak mengganggu kehidupan kalian.. C menolak kata mereka mentah-mentah.
Cinta itu buta, memang ada benarnya. Mungkin satu hari nanti dia akan berubah, harapnya bertahun-tahun sudah.

Satu hari, C berjumpa doktor setelah mengatur temujanji. Kebelakangan ini, dia sering berasa tidak sihat. Banyak ubat telah ditelan, namun badannya masih lemah. Tiba di sana, doktor menyusun bicara..

"Hasil pemeriksaan darah, maaf, saya harap puan bersabar."

"Mengapa?" C masih keliru.

"Puan disyaki HIV positif. Tapi sebelum apa-apa, kami mahu tahu sejarah puan. Mungkin dari situ kami dapat menentukan bagaimana puan boleh dijangkiti.."

"Tak mungkin.. tak mungkin Doktor.." jawab C sambil terketar-ketar..

"Kami boleh jalankan pemeriksaan kali kedua. Untuk lebih kepastian."

C sepertinya mahu pengsan di situ.

Suaminya ada berkata dia tak berkongsi jarum suntikan. Lagi pula dia tidak pernah terserempak lelaki itu berpeleseran bersama teman-teman 'gelap'nya. Tapi itu apa yang ada dalam pemerhatiannya. Yang dia tidak tahu..? Dan tidak nampak..?

Nasi sudah menjadi bubur, menangis air mata darah sekalipun tidak lagi berguna. Warna kehidupan menjadi pudar, dan C tidak mampu menyalahkan takdir. Dia yang silap kerana terlalu percayakan suami.

.............................................................................

Terdapat kira-kira sejuta penagih dadah dalam negara kita. Sebahagian besar darinya mungkin saja sudah berkeluarga dan punya anak-anak yang mengharapkan jagaan. Jadi, tak mustahil kes-kes di atas juga turut melibatkan pasangan-pasangan lain. Tidakkah ia menjejaskan institusi kekeluargaan yang selama ini kita anggap penting..?

Apa yang harus dilakukan oleh para isteri ini? Atau para suami, yang mana pasangan mereka terjebak dalam penagihan dadah. Patutkah mereka berundur.. ataupun tetap setia memberi sokongan dengan harapan teman hidup mereka itu akan berubah..?

Yang kita takuti, terjadi pengakhiran seperti kes C. Sebuah pengorbanan yang sia-sia... Fikir-fikirkanlah..

p/s: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM300 juta setahun bagi menyelenggara dan mengendali pusat-pusat pemulihan dadah di seluruh negara. Rm 300 juta.

Tuesday, 20 January 2009

:: Bukan senang nak menang sejuta macam En. Samerin..

Aduhai, pagi-pagi lagi dah panas hati.. semuanya gara-gara spam emails yang tersesat masuk ke dalam mailbox yang dah lama tak ku jengah. Ada satu email yang membuatku rasa seperti .... emm, sukar nak describe dengan kata-kata. Macam boleh percaya, tapi hati masih berat mengatakan yang ianya sama saja seperti email-email terdahulu yang tak perlu ku ambil pusing.

Wahh, kalaulah betul-betul aku menang 1,000,000.00 pound British, siapa yang tak seronok.. Tapi yang pertama sekali terlintas dalam fikiran aku yang masih waras ini;

1.. bila masa pula aku ambil bahagian dalam apa-apa pertandingan dalam Internet ni..?

Kemudiannya..;

2.. winner of E-mail electronic online Sweepstakes..? organized by Microsoft? Mengapa hadiahnya tak logik dek akal.. Bukan senang nak menang sejuta macam En. Samerin dalam More Jutaria tu.., berpeluh-peluh juga dia memerah otak untuk mencari jawapan bagi soalan.. Tapi yang ini, percuma saja ditabur duit berjuta.. oh, tidak mungkin..!

3.. sila hubungi Mr. Gregory Jude Omar, Foreign Transfer Manager, MICROSOFT Security Department, bla..bla..bla.. untuk menuntut hadiah anda. Sertakan sekali serial number yang diberikan dan segala bagai... Anda diberi masa 29 hari berikutnya untuk membuat pengesahan, sekiranya gagal, tawaran hadiah akan terbatal. (taktik untuk buat kita lebih percaya)

Yang lucunya dia ni ejen di South Africa.. (mm, terus terbayang lanun-lanun yang menawan kapal MISC satu ketika dulu..) ish ish, tak perlu pergi jauh.. di Malaysia pun dah terserlah 'sisi gelap' mereka.. selalu bikin kecoh dan mengganggu ketenteraman masyarakat setempat.

4.. sah! Sebelum membuat entry ini, aku search Gregory Jude Omar di Yahoo.. dan hasilnya membawa aku ke sini. Anda pun boleh baca untuk menambah ilmu pengetahuan am yang mungkin boleh membantu satu hari nanti. Bukan apa, aku kesal setiap kali membaca Harian Metro yang muka depannya terpampang kisah mereka yang dah tertipu bulat-bulat dek kerana percayakan sindiket terancang seperti ini. Mahu kaya sekelip mata, harta sendiri lebur entah ke mana.

5.. mungkin ini salah satu dari tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan kita, umat manusia.. Selalunya dalam kes-kes sebegini, kita mudah dikaburi oleh limpahan wang dan harta, serta janji-janji manis yang menggoda.

.........................................................................

Dan akhirnya...,
email ini ku pindahkan ke trash bin seperti biasa. Selesai.

Kesimpulannya, carilah rezeki dengan cara yang halal. Usah melontarkan diri anda dalam pelaburan yang diragui. Lagi pula mungkin saja terdapat unsur-unsur haram di sebaliknya. Moga-moga aku dijauhkanNya dari perkara semacam ini. Juga kalian semua.. InsyaAllah...

p/s: Jika kita selalu mengingati akhirat dan tidak terlampau taksub dengan harta dunia, nescaya kita akan merasa lebih tenang hati.. (pesanku jua untuk diri sendiri yang kadangkala lalai dan leka..)

:: Can you read this?

See if you can read the following paragraph.

Only great minds can read this.

This is weird, but interesting!


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too..

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?

Sunday, 18 January 2009

:: K.E.R.J.A, aku ingin melamarmu...



Rancang dengan apa yang ada di tangan...

Emm, lirik lagu ini memberikan inspirasi. Tak lama lagi aku harus kembali bekerja. Di mana lokasinya, apa skop tugasannya, juga cabaran yang bakal menjelma, tercorak oleh takdir masa depanku. Segala yang baik itu datang dariNya, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Semoga jalanku dipermudahkan.. InsyaAllah..

Friday, 16 January 2009

:: Awan gelap di Gaza..

Air mata kita banyak yang tumpah melihat derita mereka. Sekadar santapan gambar-gambar yang 'berdarah' sudah membuat aku terasa lemah. Jika diletak aku di bumi Gaza mendengar hiruk pikuk tangisan dan melihat sekujur tubuh separa hancur terbaring kaku, mungkin saja aku akan jatuh pengsan tidak berdaya. Aku akui aku gementar. Aku takut akan kesakitan dan kekejaman. Mereka di Palestin itu sangat kuat dan tabah. Semoga Syurga tempat mereka, mengecap bahagia yang abadi...

Thursday, 15 January 2009

:: Memori Bukit Tinggi..

Tercapai juga hajatku nak melawat destinasi yang satu ini. Walaupun perancangan pada mulanya hampir tak menjadi, namun pagi 31 Disember yang lalu kami benar-benar ada kelapangan, dan aku, suami serta tiga orang adikku berpeluang menghabiskan sedikit masa bersantai menikmati panorama yang menarik dan memukau di Bukit Tinggi ini. Aku titipkan serba sedikit catatan kenangan yang masih segar dalam ingatan..

7.30am: Menyiapkan sedikit bekalan untuk dibawa bersama. Kononnya hendak picnic sambil menghirup udara segar di pinggir bukit. Menu yang mudah-mudah saja; spaghetti with sauce, egg & tuna sandwich serta sedikit makanan ringan.

9.00am: Semua telah bersiap lalu kami memulakan perjalanan. Dari Plaza Tol Gombak, kami memasuki Lebuhraya Karak. Sambil berbual, mata leka menikmati keindahan alam sekeliling.

9.40am: Oh, sudah sampai kami di Bukit Tinggi.. terasa perjalanan begitu sekejap, lebih kurang 40 minit saja dari KL. Cuaca di tanah tinggi ini terasa dingin dan nyaman. Kami terus menuju ke main entrance pusat peranginan Berjaya Hills . Bayaran masuk yang dikenakan RM10 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. (Kalau percuma, sudah pasti ia menarik lebih ramai pengunjung.)

9.50am: Kini kami berada di kawasan Colmar Tropicale. Mengambil inspirasi dari Colmar Village yang terletak di Alsace, Perancis, binaan-binaan klasik bangunan (yang turut dijadikan hotel penginapan) di sini membuatkan kami berasa seperti berada di luar negara.. sungguh menarik dan mempersonakan.

Kami banyak menghabiskan masa di Colmar Square, berjalan santai sambil menyusuri keunikan setiap bangunan yang mengelilingi kawasan ini. Terdapat juga Clock Tower, kolam buatan yang mengelilingi kastil (habitat angsa-angsa jinak), dan pelbagai lagi elemen-elemen yang memikat hati. Emm, sedar tak sedar, hampir dua jam juga kami berjalan.

12:00pm: Bermain dengan arnab di The Rabbit Park. Kami tiba di sini dengan menaiki shuttle truck yang disediakan khas untuk membawa para pelancong menjelajah kawasan sekitar. Selain arnab-arnab yang comel, terdapat juga keldai dan juga rusa. Tak lama kami di sini, kerana adikku yang bongsu memberi isyarat perutnya sudah berbunyi. Kasihan, kerana dia tak sempat bersarapan sebelum bertolak dari rumah tadi lalu kami kembali semula ke Colmar Tropicale.

12:45pm: Pusing-pusing sebentar di Colmar Tropicale. Nampaknya tiada tempat yang sesuai untuk kami berehat sambil menjamah makanan. Selepas mengambil kereta di parking, kami bergerak menuju ke satu lagi kawasan tarikan pengunjung, Japanese Village. Jaraknya cuma 5 minit jauhnya dari Colmar Tropicale.

Setibanya di kawasan letak kereta Japanese Village, kami berjaya mencari port yang sesuai. Juga tiada kemudahan bangku dan meja di sini, lalu kami mengambil alternatif lain dengan membentang tikar sebagai alas duduk. Kemudian aktiviti makan pun bermula dengan jayanya.^_^.

1:20pm: Berjalan kaki mendaki cerun yang sedikit curam untuk sampai ke Japanese Garden Village. Hutan rimba di tebing bukit menemani kami sepanjang pendakian yang sedikit meletihkan. Maklumlah, perut sudah kenyang, langkah pun jadi semakin perlahan.

1:30pm: Irasshaimase..!(Welcome) ^_^

Japanese Garden seolah-olah menyambut kami dengan senyuman. Aku akui, keunikan budaya Jepun terlihat jelas dalam senibina lanskap tamannya yang cantik dan terancang .

Di taman ini, kami berpeluang memberi makan kepada ikan-ikan koi yang bebas berenang di dalam kolam yang berair jernih. Tidak jauh dari kolam, terdapat Japanese Tea House, di mana pengunjung boleh menyewa kimono sekiranya mahu ikut serta dalam upacara minum teh yang menjadi tradisi masyarakat Jepun.

2.30pm: Sesudah puas mengelilingi Japanese Garden, kami singgah sebentar di Botanical Garden yang terletak bersebelahan dengannya. Aku jatuh cinta dengan kehijauan flora yang menghiasi taman ini. Sejuk mata memandang..

3:00pm: Botanical Garden menjadi perhentian terakhir kami. Petang itu, kami sudah ada agenda lain, maka setakat ini saja kunjungan kami pada hari ini. Pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang gembira walaupun cuma sekejap masa yang dapat diluangkan di sini. Ada rezeki, kami akan kembali lagi di masa akan datang.. InsyaAllah..

p/s: Bukit Tinggi dah berjaya didaki, tapi bila pula nak merasa manisnya strawberry di Cameron Highland? ^_^

:: Tanya apa saja, dan terima kasih untuk awards itu..

Ruangan ini aku khaskan untuk tags juga awards dari teman-teman semua.. Ada kelapangan, juga senang sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan/pesanan.. Sila tinggalkan di ruangan komentar ya..? ^_^



:: Fantastic Four tagging game dari Ummi Mien -15 Jan 2009

Pagi yang gelap, kini sudah terang.. tapi kedinginan yang mencengkam belum lagi hilang. Cuaca masih lagi membekukan urat sarafku yang sedikit alah pada kesejukan. Kalau boleh nak bergulung saja dalam selimut tapi takkanlah sampai tengahari..? Hehe..

Baiklah, aku mulakan hari yang ceria ini dengan melunaskan hutang tag ummi Mien. Soalannya dalam bahasa Inggeris, tapi aku jawab menggunakan bahasa 'kita' sahaja ya Mien.. ^_^


4 jobs I have had in my life

*tahun 2003; jadi minah kilang selama 3 bulan di Bosch Bhd sementara menunggu semester baru bermula. Pengalaman yang amat berharga..
*tahun 2004; staf jualan di KawanKu Electronics, KL selama 7 bulan. Emm, pernah juga aku menjadi pemegang sales terbanyak untuk satu bulan. Komisyen.. itu yang penting! : )
*semasa aku di U (2005), sempat bekerja sambilan sebagai staf jualan di kiosk makanan ringan Leomag. (waffle, corn in cup, aiskrim, dan macam-macam lagi. Yummy!) Hampir setahun juga aku menghabiskan masa dari jam 1 tengahari hinggalah 9 malam memberi khidmat setiaku pada para pembeli. Cuti sehari dalam seminggu dan gaji, boleh tahan juga.. tapi yang tak bestnya, berat badanku naik gara-gara waffle coklat bertoppingkan aiskrim itu..isk isk
*guru tadika (subjek Bahasa Inggeris & Sains); jawatan sementara yang memberi seribu makna pada diriku. Setahun (2007) aku menjadi pendidik, apa yang terkesan, aku menjadi lebih sensitif dalam isu kanak-kanak. Yang pasti aku amat senang didampingi oleh insan-insan cilik dan comel ini.

p/s: alang-alang, aku sertakan juga antara pekerjaan lain yang pernah aku buat sepanjang usiaku ini; staf sambilan di cyber cafe (setahun), pembantu emak di gerai ayam goreng KLFC (3 tahun), dan staf jualan tiket di lrt PUTRA..(Thaipusam day only.. haha) meriah tak jobs aku?


4 movies/tv series I could watch over and over

*Titanic; jangan gelak ya..
*Kuch Kuch Hota Hai; aku peminat fanatik Shah Rukh Khan ketika filem ini 'meletup' dulu. Sekarang tidak lagi.. ^_^
*CSI
*Prison Break


4 places I've lived in

Banyak. Tapi ini sebahagiannya..
*Keramat, Kuala Lumpur; (1992-present)
*Raub, Pahang; belajar di sebuah SBP. Sekolah yang cantik. Kenangan yang manis, 5 tahun lamanya.
*Pulau Pinang; 4-5 tahun juga. Dunia remaja yang penuh warna-warni.
*Bangkok, Thailand; tak pernah terjangka dalam fikiran aku akan menetap di sini. Genap setahun pada Mac nnti, kami akan kembali ke Malaysia dan mencari rezeki di sana pula.


4 places I've been to

Aku suka bercuti ke pantai..
*lovely island; Pulau Pemanggil, 4 jam menaiki bot nelayan dari jeti Mersing.. wooossh,
sepanjang perjalanan ditemani ombak yang mempersonakan..
*Pulau Pangkor; boleh tahan.
*Pattaya; pusat peranginan popular yang terletak hampir dua jam perjalanan dari Bangkok.
*Koh Larn; pulau yang terdiri dari 6 pesisir pantai. Puas bermandi-manda di sini.


4 main sources of emails

*email forward dari merata-rata sumber
*Jobstreet dan yang seangkatan dengannya.
*dari website yang aku sertai, seperti Friendster, imeem dll.
*para sahabat


4 of my favourite food

*sup daging/tulang
*nasi ayam
*seafood
*char kuey teow


4 places I would rather be right now

*umrah ziarah di tanah suci Mekah
*rumah family
*kampungku di Endau, Mersing. Lama tak pulang bercuti.. rindu.
*Negara yang bersalji.


4 people to tag -sesiapa saja yang berminat..




:: Tag dari Shemmi -15 Jan 2009


1. The rules of the game get posted at the beginning

2. Each player answers the questions about themselves

3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog


Name : Nadine Zuharra (nama sebenar dirahsiakan.. :D)

Sisters : 4 orang adik perempuan yang manis..

Brothers : Tak merasa ada adik lelaki.. : )

Shoe size : 7

Height : 163 sm

Where do you live : Bangkok-Kuala Lumpur-Jertih


Have you ever been on a plane : Ya, pengalaman yang menarik

Swam in the ocean : Sudah pasti, aku suka laut..

Fallen asleep at school : Pernah juga sehingga ada cikgu yang 'hot' denganku.. hehe

Broken someone’s heart : Emm, kisah sedih.. tapi mungkin sudah tiada jodoh..

Fell off your chair : Hampir-hampir.. paling segan kalau di kedai makan; lantai tidak rata mungkin~

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Oh, tidak.. aku tidak suka ber'gayut'

Saved e-mails : Pernah kalau ada email yang penting/menarik


What is your room like : Ringkas dan kebiasaannya ada warna tema.. : )

What’s right beside you: Mangkuk bekas cornflakes sarapan tadi.. : )

What is the last thing you ate : Cornflakes+susu+madu


Ever had…

Chicken pox : Pernah masa kecil

Sore throat : Kalau musim panas-sejuk tak menentu

Stitches : Tidak.. (takut!)

Broken nose : Tak pernah


Do you

Believe in love at first sight : Suka ya, cinta tidak..

Like picnics : Sudah pasti.. itu momen yang ceria..!


Who was/were…

The last person you danced with : Menari seorang diri saja.. : )

Last made you smile : Membaca komen di blog sebentar tadi..

You last yelled at : Lama dah tak berbuat begitu..


Today did you…

Talk to someone you like : Ya

Kissed anyone : Belum lagi

Get sick : Tidak, Alhamdulillah sihat..

Talk to an ex : Oh, tidak.. :D

Miss someone : Ya, ibu bapa dan keluarga


Who do you really hate: Tiada.. lupakan yang keruh, ambil yang jernih

Do you like your hand-writing : Kurang.. sebab nampak tak matang

Are your toe nails painted : Tak suka

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Keluarga..?

What color shirt are you wearing now : Merah jambu

Are you a friendly person : Sederhana


Do you have any pets : Ikan gopi yang comel²

Do you sleep with the TV on : Kadang-kadang kalau cerita menarik pun terlelap juga sebab mengantuk yang amat

What are you doing right now : Menjawab tag.. :D

Can you handle the truth : The truth is out there, terpaksa juga hadapinya..

Are you closer to your mother or father : Kedua-duanya, tapi lebih banyak berkongsi cerita dengan emak yang selalu ada di rumah..

Do you eat healthy : Belum mencapai tahap yang memuaskan hati

Do you still have pictures of you & your ex : Tiada

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Diri sendiri, menyepi seketika

Are you loud or quiet most of the time : Sederhana

Are you confident : Bergantung pada situasi


5 things I was doing 10 years ago :-

1. Belajar di sekolah berasrama
2. Gembira dengan dunia remaja
3. Sibuk dengan kawan-kawan
4. Membuat persiapan untuk SPM
5. Masih confuse dengan cita-cita


5 things I would do if I were a billionaire :-

1. Berbuat lebih banyak kebajikan
2. Membuka peluang perniagaan kepada golongan yang susah
3. Mengembara ke seluruh dunia
4. Memberi kesenangan kepada keluarga
5. Berhenti berangan.. :D


5 of my bad habits :-

1. Tidur lambat
2. Suka aiskrim dan makanan manis
3. Agak kuat makan / mudah berselera
4. Agak lambat bersiap kalau mahu keluar ke mana-mana
5. Jarang memakai tali pinggang keledar semasa memandu


5 places I’ve lived/living :-

Sama seperti jawapan di tag Ummi Mien, ditambah satu lagi..
~Jitra, Kedah selama hampir 4 tahun


5 people to tag this survey -sesiapa saja yang beminat..




:: Award dari Sdr Ismail N -4 Feb 2009







:: Award dan tag dari Mama Hannah -5 Feb 2009


1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.


2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

**** dari Lydzar~ mama Hannah Marissa, rakan di SBP dulu.. ^_^ ****


3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum menyampaikannya kepada pemenang seterusnya.

^1^ fakta - aku seorang wanita : )
^2^ fakta - aku dipanggil Kak Long oleh adik-adikku
^3^ fakta - aku menyambut hari jadi pada 31 Oktober setiap tahun :D
^4^ fakta - aku sangat suka ice-blended
^5^ fakta - Astro dan Internet sepertinya agak penting untukku..
^6^ fakta - aku suka berjalan tapi mudah penat.. hehe
^7^ hobi - menghias sudut/ruang untuk diri sendiri
^8^ hobi - menonton filem
^9^ hobi - window shopping di kedai perabot dan barangan hiasan dalaman
^10^ hobi - membaca dan menulis..


ingin aku sampaikan award ini kepada -sesiapa saja yang berminat..




:: Warkah Cinta; berkongsi pengalaman bersama Abang Long.. -26 Feb 2009



Terima kasih Abang Long kerana mengembalikan memori saya yang satu ini. Sebenarnya tiada apa yang istimewa sangat tentang warkah cinta saya, tapi saya percaya perutusan warkah merupakan salah satu medium yang mampu mendekatkan hati di antara dua insan. Masakan dalam filem-filem karya seniman P.Ramlee dulu pun banyak menonjolkan elemen sebegini.. : )

Mungkinkah zaman kini kurang romantiknya kerana cara ini tidak lagi menjadi keutamaan..? Haa, itu perlu ditanya kembali kepada Abang Long; pakar cinta yang lebih arif.. hehe

Ini soalan dari Abang Long, saya jawab yang mana masih terlintas di ingatan ya Abang Long..? : )

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
~ zaman cinta monyet dulu.. sekolah menengah agaknya.. :D

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
~ tiada puisi/sajak dll, cuma yang paling diingati satu warkah yang berisi potret saya yang dilukis menggunakan pensel..

3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
~ tidak.. (bukankah selalunya orang perempuan yang menabur bedak dalam lipatan warkah..? ^_^ )

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
~ ada yang hilang.. simpan dalam hati cukuplah.. :D

5 - Ada disertakan gambar ?
~ tidak, sekadar sekeping surat dan catatan ringkas.. tak macam orang lama yang hebat mengarang berjela-jela.. hehe

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
~ tidak.. (hilang tercicir ke mana agaknya..?)

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
~ ulang baca 2-3 kali sebelum disimpan kemudian hilang..

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
~ tak ingatlah Abang Long.. kalau yang zaman budak2 dulu tak dikira cinta kan..?
kalau email dari si 'dia', sekitar Oktober 2002

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
~ tidak..

10- Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
~ semuanya bisa mendebarkan.. bergantung pada isinya.. dan juga orangnya.. hehe

* Akhirnya saya bertemu jodoh dengan insan yang tidak pernah berutus warkah walau satu pun, kerana pada masa itu sudah ada Internet dan SMS.. (tidak seperti Abang Long.. yang hebat berpujangga di lembaran kertas.. hehe) Harap Abang Long berpuas hati dengan jawapan saya ya.. : )


Sekian, bersambung lagi di lain hari.. : )

:: Batman & Superman

Emm, sebenarnya hari ini aku bercadang nak berkongsi serba sedikit kenangan manisku di Bukit Tinggi, salah satu destinasi yang sempat dilawati semasa cuti tempoh hari. Namun hasrat terbantut kerana siang tadi, line internet bermasalah pula. Oh, ada satu lagi yang hampir aku terlupa, tag dari teman yang sudah agak lama belum berjawab. Esok ya Mien. Promise. Hehe..

Sudah lewat malam, aku tinggalkan kisah ini sahaja.. Tadi muncul dalam kotak emailku. Lucu. Tapi dalam hati, terdetik juga rasa kasihan.. :p

Location: Airport security

Customs Official : "May I know your name?"

Arriving passenger : "Batman"

Customs Official : "What's your name!?"

Passenger : "My name is Bat-man"

Customs Official : "Trying to be funny!? What's your surname?"

Passenger : "Super-man"

Customs Official : "So you 're telling me your name is Batman Superman?"

Passenger : "Yes"

Customs Official : "Arrest the guy... "

When they had him in custody, he was asked to show identification;


p/s: (^_^) Tak pasti ia benar atau sekadar helah dari proses editing, tapi moral dari kisah ini; kepada para ibubapa sekalian, hadiahkanlah nama yang indah dan membawa maksud yang baik kepada anak-anak kita. Selain manis untuk disebut, maknanya juga seakan menjadi cerminan keperibadian mereka di masa hadapan.. InsyaAllah~
*maaf ya En. Batman (kalau anda terbaca blog ini), jangan marah dengan publisiti di atas. :p

Tuesday, 13 January 2009

:: Anda memang genius!

Setelah dua minggu ketinggalan isi cerita di blog teman-teman, aku mengambil peluang singgah dan meluangkan masa membaca segala apa yang terbaru buah tangan dari mereka. Dan aku telah tertarik dengan salah satu entri di blog Nuaeman. The Blog Readability Test.. Beliau saja-saja mencuba; dan ujian ini bertujuan mengenalpasti tahap pembaca untuk sesebuah blog berdasarkan isi kandungan blog tersebut (kononnya). Just for fun, aku pun membuka laman ini dan memasukkan URL blogku.. Tergelak aku melihat hasilnya..

blog readability test

Mm, aku tak rasa yang blog aku ini banyak fakta-fakta ilmu dan sebagainya. Sekadar karya ringan yang biasa-biasa. Tapi tak mengapa, bagus juga kalau ia menyatakan yang teman-teman pembaca semua dari kalangan yang genius. Takkan aku nak menafikannya pula, kan? Bagi aku, semua kita memang bijak dalam cara yang tersendiri.. ^_^

p/s: Mungkin kalian boleh mencuba.. sekadar hiburan sambil-sambil kita melayan blog.. Okay.., stop di sini dulu, nak pergi ke pasar.. (banyak kerja menanti tapi masih sempat mencuri masa untuk berblogging..hehe) : )

:: Dingin..

Semalam, kami tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok lebih kurang jam 11.30 malam. Airport sedikit lengang kerana sudah lewat malam. Selepas melepasi pintu keluar terminal, kami menunggu dalam barisan bagi mendapatkan khidmat teksi untuk pulang ke rumah. Aku dapat merasakan yang angin malam begitu dingin. Tak pernah aku rasa sesejuk ini. Pada mulanya aku fikir hembusan aircond yang telah menyusup keluar dari celahan pintu kaca yang terbuka, tapi lama-kelamaan aku menyedari yang cuaca Bangkok ketika ini sememangnya dingin.

Sampai saja di rumah, tak sabar nak merehatkan badan. Bila tapak kaki menyentuh lantai balkoni dan juga bilik air, aduh..!terasa benar sejuknya. Belum lagi air di pili, selepas membasuh muka, hilang terus rasa mengantuk.. tidur pula tidak perlu menghidupkan aircond. Sudah cukup dingin dan nyaman.

Ketika bersembang selepas makan malam tadi, abang iparku ada mengatakan yang cuaca sebegini sementara cuma. Mungkin untuk beberapa minggu seiring dengan peralihan bulan. Beriklim monsun tropika, musim sejuk dan kering (15-27 darjah Celcius) biasanya bermula dari November hingga pertengahan Mac. Sekitar April, cuaca akan bertukar menjadi panas sehingga boleh mencecah lebih 40 darjah Celcius. Tahun lepas, ketika musim panas terik ini, sempat juga aku berkongsi kemeriahan mereka menyambut pesta Songkran~ pesta air yang sangat meriah. Harus sporting sekiranya ada percikan air mengenai kita tatkala keluar bersiar ke mana-mana..

Mm, antara cuaca panas dan sejuk, aku lebih senang dengan cuaca panas. Persekitaran yang hangat membuatkan aku tak betah duduk diam maka banyak perkara yang dapat dilakukan. Sejuk pula bagiku sinonim dengan mengantuk dan bermalas-malasan.. hehe.. Seperti malam ini, cepat saja mataku jadi berat.
........zZzZzZ, baiklah, aku berhenti di sini saja kerana tidur itu lebih nikmat. ^_^ Selamat malam semua.. Have a nice dream..~

Friday, 2 January 2009

:: (^_^) Senyum Tahun Baru..

Azam 2009 Cita.Cinta

Berhajat mahu menyaksikan bunga api di tengah kota.. namun cuma berkesempatan melihat warna-warni cahaya yang berkerlipan itu di kaca TV. Ya, cuma duduk santai di rumah saja menyambut kedatangan tahun baru 2009.

Kebelakangan ini, ramai memperkatakan tentang azam baru. Kalau bukan kerana tahun baru, perkataan AZAM ini jarang disebut-sebut.. ^_^ Apapun, dengan memiliki azam, ia sedikit sebanyak mendorong kita memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Alhamdulillah, mengimbas kembali masa-masa yang telah berlalu, ia sudah cukup membahagiakan. Kini tiba pula masa untuk mencorak sesuatu yang baru. Pastinya pelbagai azam sudah tertanam dalam minda kita semua. Aku? Kadangkala aku tidak menaruh harapan yang tinggi dapat menyempurnakan apa yang dirancang itu mengikut masa yang sebetulnya. Berdasarkan pengalamanku, adakalanya, sesuatu akan muncul tanpa diduga dan ia sudah pasti akan mengubah sedikit sebanyak haluan sesebuah perjalanan itu.

Kadangkala aku sekadar berangan, hidup akan menjadi begini dan begitu, tapi jika cuma duduk diam tanpa menggerakkan apa-apa ke arah 'sesuatu' itu, maka ia tetap akan menjadi angan-angan yang kabur dan kelam. Walaupun berangan itu memang indah.. ah, ia tetap menyesakkan dada kerana kita takkan pernah puas dengan segala apa yang ada. Sudah dapat apa yang kita mimpikan, kita akan mengharap pada yang lain pula.. begitulah seterusnya sampai hari kita menutup mata.

.Aku mahu berhenti berangan.
..Aku mahu lebih bersyukur.
...Aku mahu menebus kembali angan-anganku yang sudah-sudah.
Apa ya anganku itu? Pertama; cita-citaku sebagai novelis. Aku perlu lebih positif memotivasikan diri, serta berusaha agar lebih fokus ketika menulis.
Dan yang kedua, malah lebih penting dari apa pun; cinta pada rumahtangga. Moga-moga aku sukses membentuk diri menjadi isteri yang berilmu dan solehah..

Maka, cukup saja ini semua menjadi azamku buat tahun ini, kerana aku tahu aku tidak terdaya jika senarainya ditambah lebih panjang. Moga Tuhan memberkati usiaku dan mempermudahkan haluanku di masa hadapan. InsyaAllah.

Azam tahun baru kalian pula pastinya lebih menarik. Setiap dari kita berbeza peribadi dan juga pendapat, namun kita tetap berkongsi matlamat yang sama. Kebahagiaan dan juga kejayaan..
Akhir sekali, salam tahun baru buat semua.. all the best!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails