Saturday, 13 December 2008

:: Cuti-cuti Malaysia..

Pejam celik pejam celik bertemu lagi aku dengan Sabtu. Bukan Encik Sabtu ya tapi hari Sabtu, salah satu dari hari kegemaranku. ^_^

Kebiasaannya, pada hari ini, ramai yang menarik nafas lega kerana dapat lari seketika dari bebanan kerja yang sinonim bagi mereka yang bekerjaya. Sesiapa yang bidang kerjanya bukanlah diperuntukkan dari Isnin-Jumaat atau Ahad-Khamis (negeri-negeri tertentu) pasti merasakan yang biasa-biasa saja dengan hari Sabtu ini. Lebih-lebih lagi golongan surirumahtangga sepenuh masa. Tatkala hari cuti sebeginilah, seisi keluarga dapat berkumpul bersama di rumah.. anak-anak rancak bermain seronok tidak perlu ke sekolah, suami pula mungkin mengambil peluang bersantai sambil menonton TV, namun kelihatannya wanita-wanita ini masih setia dengan tugas yang sudah terpikul di bahu sejak sekian lama. Memasak, membasuh, berkemas dan macam-macam lagi. Barangkali tiada istilah cuti bagi mereka. Namun, bibir masih tersenyum manis, kerana kasihnya mereka pada keluarga di depan mata..

Si ayah pula ada yang awal-awal lagi sudah merancang mahu menggembirakan anak-anak dengan membawa ke tempat-tempat yang menarik sempena cuti ini. Berkelah ke pantai, berkunjung ke pusat membeli belah, tak kurang juga ada yang pulang ke kampung untuk mengisi cuti yang sekejap cuma. Walaupun singkatnya masa yang mencemburui, ianya sangat berbaloi kerana anak-anak cukup bahagia jika ibu bapa memberi perhatian yang khusus kepada mereka terutamanya di waktu hujung minggu kerana sudah lumrah anak-anak, jiwa mereka penuh dengan harapan.

Di Malaysia memang terlalu banyak destinasi yang istimewa. Aku sendiri pun belum puas lagi jika menyebut tentang aktiviti 'berjalan' ini. Banyak lagi tempat yang belum dikunjungi. Pada pendapatku, kalau nak berjalan eloklah buat serba sedikit perancangan, kerana semua sudah sedia maklum, hal kewangan tidak boleh ditolak tepi.. bak kata orang, zaman sekarang ni, baru setapak melangkah, sudah keluar duit.. itu belum lagi panjang langkah, mengalirlah duit jawabnya..

Bergantung pada situasi, sekiranya kurang mampu, masih banyak alternatif lain yang boleh mengisi masa lapang kita sekeluarga selain pergi bercuti ke pusat-pusat peranginan yang menuntut sedikit lebih dari segi kos. Fikir-fikirkanlah...
Akhir sekali, salam hujung minggu buat semua.. Moga ceria bersama keluarga.. ^_^

p/s: Cuti tahun baru nanti, rancanganku mahu ke Bukit Tinggi bersama keluarga. Emm, sesiapa yang pernah pergi.., best tak tempat tu? (prefer yang berdekatan KL, jimat masa & tenaga..hehe)

6 comments:

@tune® said...

nadine, musim ujan nih macam xsyiok nk g part yg ade bukit bukau nih..kalau Jusco bukit tinggi kt kelang mungkin la ok...hihi

nadinezuharra said...

@tune-->btul ke ujan lagi la nih..?kat bangkok ni bukan main panas..hehe..
kalau camtu bolehla bagi idea mane lg ek tempat yg sesuai..gathering one family je,1-2 hari..kalau nk p pantai pun ujan2 tk best gak kan.. : )

Anonymous said...

Bukit Tinggi? memang best, rasa macam kat negeri mat saleh la pulak, surrounding dia yg nyaman n building yg unik..elok sangat tuh...

ataupun cuba la kelainan pulak, join homestay ke, macam Kuala medang Homestay, banyak aktiviti yg depa sediakan

Arin said...

bukit tinggi?kalau pegi..alang2 biar bermalam sehari le kat situ..kalau banyak2 sgt hari tade byk sgt aktiviti yang boleh di buat..
bab makan?mahal sket..bawak le jajan2 extra..
last few weeks, kami ke bukit tinggi..dari tol gombak ke bukit tinggi dlm 40 minit je..dekat..

nadinezuharra said...

etomyam & Arin-->thanx for the info..nih yg semangat nak gi bkt tinggi nih..hopenye cuaca baik nnti.insyaAllah nak bermalam jg 1 hr..
ps:dekatla ngan kl kalo camtu..lebih kurang genting kan..best2 ^_^

Anonymous said...

betul kata arin..bab makan mmg mahal...skrg ni musim hujan mungkin tak banyak aktiviti yang boleh di buat, tak kan nak duduk terperok dlm bilik saja

p/s - TQ add kak jie, kak jie dah linkback..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails