Aduhai, pagi-pagi lagi dah panas hati.. semuanya gara-gara spam emails yang tersesat masuk ke dalam mailbox yang dah lama tak ku jengah. Ada satu email yang membuatku rasa seperti .... emm, sukar nak describe dengan kata-kata. Macam boleh percaya, tapi hati masih berat mengatakan yang ianya sama saja seperti email-email terdahulu yang tak perlu ku ambil pusing.
Wahh, kalaulah betul-betul aku menang 1,000,000.00 pound British, siapa yang tak seronok.. Tapi yang pertama sekali terlintas dalam fikiran aku yang masih waras ini;
1.. bila masa pula aku ambil bahagian dalam apa-apa pertandingan dalam Internet ni..?
Kemudiannya..;
2.. winner of E-mail electronic online Sweepstakes..? organized by Microsoft? Mengapa hadiahnya tak logik dek akal.. Bukan senang nak menang sejuta macam En. Samerin dalam More Jutaria tu.., berpeluh-peluh juga dia memerah otak untuk mencari jawapan bagi soalan.. Tapi yang ini, percuma saja ditabur duit berjuta.. oh, tidak mungkin..!
3.. sila hubungi Mr. Gregory Jude Omar, Foreign Transfer Manager, MICROSOFT Security Department, bla..bla..bla.. untuk menuntut hadiah anda. Sertakan sekali serial number yang diberikan dan segala bagai... Anda diberi masa 29 hari berikutnya untuk membuat pengesahan, sekiranya gagal, tawaran hadiah akan terbatal. (taktik untuk buat kita lebih percaya)
Yang lucunya dia ni ejen di South Africa.. (mm, terus terbayang lanun-lanun yang menawan kapal MISC satu ketika dulu..) ish ish, tak perlu pergi jauh.. di Malaysia pun dah terserlah 'sisi gelap' mereka.. selalu bikin kecoh dan mengganggu ketenteraman masyarakat setempat.
4.. sah! Sebelum membuat entry ini, aku search Gregory Jude Omar di Yahoo.. dan hasilnya membawa aku ke sini. Anda pun boleh baca untuk menambah ilmu pengetahuan am yang mungkin boleh membantu satu hari nanti. Bukan apa, aku kesal setiap kali membaca Harian Metro yang muka depannya terpampang kisah mereka yang dah tertipu bulat-bulat dek kerana percayakan sindiket terancang seperti ini. Mahu kaya sekelip mata, harta sendiri lebur entah ke mana.
5.. mungkin ini salah satu dari tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan kita, umat manusia.. Selalunya dalam kes-kes sebegini, kita mudah dikaburi oleh limpahan wang dan harta, serta janji-janji manis yang menggoda.
.........................................................................
Dan akhirnya...,
email ini ku pindahkan ke trash bin seperti biasa. Selesai.
Kesimpulannya, carilah rezeki dengan cara yang halal. Usah melontarkan diri anda dalam pelaburan yang diragui. Lagi pula mungkin saja terdapat unsur-unsur haram di sebaliknya. Moga-moga aku dijauhkanNya dari perkara semacam ini. Juga kalian semua.. InsyaAllah...
p/s: Jika kita selalu mengingati akhirat dan tidak terlampau taksub dengan harta dunia, nescaya kita akan merasa lebih tenang hati.. (pesanku jua untuk diri sendiri yang kadangkala lalai dan leka..)
12 comments:
ye... itu semua bohong semata.
tiada jalan mudah untuk berjaya...
tiada jalan mudah untuk kaya ... melainkan keluarga kita mmg dah kaya..
hurmmmm... jgn mudah tertipu... selalunya, org yg tertipu ni sbb nak kaya cepat :)
yup.
dahulu selalu dapat email begini.
waris kapal terbang terhampas konon.
Setuju. Tak payahla nak taksub sgt nk kaya. Apa2 kerja kena ada kluar peluh.(ada usaha)..klw bg modal je..halalkah rezeki tu?
salam ziarah
salam nadine..
selalunya bila berita ala-ala camni sampai kat saya atau kengkawan bawa kepada saya...
saya hanya pakai satu sifir ajer..
sifirnya kalau cerita itu jatuh bawah kategori "too good to be true..." maka takyahlah susah-susah hati...atau pening memikirkannya...
apapun...memang ramai yang terkena..
moga nadine & famili terpelihara dari perkara2 camni..
:-)
aku pon ade byk email cenggitu..lagho tol!
izman-->suka juga layan cerita bohong yang kelakar..tp yg ni tak buat kite gelak pun kan..?
ku tak sempurna-->Alhamdulillah kalau kita kaya dr sumber yang halal
mr. hafis-->jarang ade yang sng2 nak share harta kan..?
fazemy-->salam perkenalan..
hmm,keluar peluh lagi baik..smbil2 menyihatkan badan,dpt jg hasilnya..hehe
Sifu Mirza-->betul kate sifu..thanks..
*mari kita belayar sifir ramai2 bersama sifu mirza..! ; )
@t00neY r00neY®-->selalunye dpt email cmni tak bace sampai abis..tapi kali ni,terlagho plak..sib baik tk terpedaya..
spam mail macam ni memang banyak. berbagai taktik digunakan kerana wang mempunyai pengaruh yangcukup besar dalam hidup manusia. No money no talk.
Taktik licik macam ni bukan sahaja terdapat dalam internet tetapi juga mobile phone. Natijahnya, jika kelabu mata tengok angka yang banyak selepas $ atau RM bermakna seseorang itu akan kerugian lebih banyak $$$$$$ atau RM........
jangan terpedaya janji kosong ^^ kalo baca testimoni mcm ye ye je kita boleh dapat duit free camtu je kan??
p/s: penah keja ngan company MLM..jd tahu la selok beloknya ^^
Bila kita berusaha mencari rezeki halal dan rasa letih, jauh lebih bermakna dan kita akan berasa lega, puas dan bersyukur.
dah banyak kali akak dapat email macam tu.. ada beratus kali kot.. ke beribu heheh..
tapi akak dengan senang hati terus click spam! habis cerita..
mana ada orang nak bagi duit senang gitu kan..
nak bagi 1000 pun orang berkira2...
apa jadik pada samerin tuh ek?
Post a Comment