Monday, 15 December 2008

:: Hendak ke mana Cik..?

Sabtu dan Ahad sudah berlalu dan hari ini, jalan raya kembali sibuk dengan kenderaan bersimpang siur menuju ke destinasi masing-masing. Di kota Bangkok ini, hari-hari bekerja kebiasaannya jalan sedikit sesak berbanding dengan suasana di hujung minggu.

Jangan terkejut jika aku katakan yang pemandu di sini memandu dengan sangat laju. Bayangkan, jika aku mahu menyeberangi jalan di hadapan rumahku ini sahaja sudah memakan masa yang lama. Dengan bilangan kenderaan yang bertali arus dan penunggang motosikal pula suka memecut bagaikan aksi Mat Rempit, melintas jalan sudah menjadi satu hal yang sukar bagiku.

Satu lagi pemandangan yang sinonim di sini, kenderaan awam begitu mudah didapati di mana-mana. Oleh kerana aku dan suami tidak memiliki kereta di sini, kami memang kerap menggunakan servis pengangkutan awam. Mujurlah syarikat suamiku menyediakan kenderaan khas untuknya dan pekerja-pekerja lain bagi kemudahan pergi dan balik dari tempat kerja. Maka, tak perlulah hari-hari mengasingkan tambang untuk ke destinasi tersebut.

Yang selalu ku naiki...
Teksi
. Sangat mudah didapati di mana-mana. Servisnya bagus dan memuaskan hati tambahan pula pemandunya juga peramah. Tapi awas, mereka memandu seperti di litar lumba. Pasanglah seat belt anda..hehe.. Jika teksi bermeter, tambang bermula dari 35 baht, lebih kurang RM3.50 (mungkin sedikit mahal berbanding di Malaysia).. namun begitu, meter yang bergerak seterusnya akan dicaj dengan nilai tambang yang berpatutan..

Minibus / trak pikap. Kalau mahu pergi ke pasar atau lokasi-lokasi berdekatan dengan rumah, aku lebih senang memilih perkhidmatan ini. Lebih murah (80 sen tambangnya). Selain dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa, ia juga memudahkan aku melihat pemandangan di luar kerana ruang penumpangnya yang agak terbuka. Tak dapat aku bayangkan aku menaiki kenderaan ini di Kuala Lumpur. Mungkin tiada privacy, anggapan segelintir orang kita. Yang pastinya, masyarakat di sini memang 'sempoi'.. : )

Jika mahu pusing-pusing di dalam bandar pula, LRT jadi pilihan. Sistemnya lebih kurang sama dengan yang ada di negara kita. Jarang penumpang menghadapi masalah perlu beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket kerana semua perlu membelinya di mesin automatik yang banyak disediakan di stesen-stesen. Cuma gunakan wang syiling 10baht/RM1 atau 5baht/50 sen. Jika tiada syiling boleh di tukar di kaunter.

Alternatif lain..
Seingat aku baru beberapa kali aku menaiki bas. Pertama kali, semasa berkunjung ke Pattaya, kawasan peranginan yang letaknya hampir 2 jam perjalanan dari rumahku. Dengan aircond yang bermasalah, penumpang yang padat macam tin sardin.. hmm, memang malang ketika itu kerana tersilap menaiki bas 'koboi'. Nasib baik selepas itu kami sudah tahu jenis-jenis bas yang memberikan servis yang lebih baik.

Tuk-tuk pula salah satu pengangkutan yang popular di kalangan pelancong. Untuk destinasi yang berdekatan, ia sesuai untuk dinaiki kerana mudah untuk kita menikmati perjalanan sambil berkomunikasi dengan pemandu yang kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris. Pemandu tuk-tuk ini memang suka memperkenalkan tempat-tempat menarik untuk dilawati kerana jika mereka membawa pelancong ke tempat tersebut, kadangkala mereka memperolehi tips tambahan sebagai 'orang tengah'. Pengangkutan jenis ini mudah didapati di pusat bandaraya.

Sekali sahaja aku pernah membonceng motor-taxi.. itupun kerana terpaksa.. ^_^ Dari jalan besar atau jalan utama banyak terdapat pecahan lorong-lorong yang jauh ke dalam di mana di kiri kanan lorong itu terdapatnya kawasan perumahan. Dalam terik matahari, aku terpaksa menumpang salah satu motosikal ini untuk ke rumah temanku. Pemilik-pemilik motosikal ini biasanya akan memenuhi simpang ke lorong-lorong perumahan terutamanya ketika waktu puncak orang pulang dari bekerja bagi mendapatkan pelanggan. Tambangnya sekitar RM1 ke atas bergantung pada jauhnya perjalanan. Beca juga ada, tapi jarang-jarang kelihatan.

Di Thailand, banyak juga penempatan yang dibina di tepi sungai. Maka sebilangan dari penduduk di sini menggunakan alternatif sampan dan bot sebagai penghubung. Mereka juga turut menjadikan sungai sebagai sumber rezeki. Tidak lama dulu, aku pernah menaiki express boat menyusuri sungai Chao Phraya , ia satu pengalaman yang sungguh berharga..

Jika kalian melawat Bangkok jangan lupa singgah di pasar terapung seperti yang terdapat di Damnoen Saduak. Pasti ia menjanjikan pemandangan yang menarik dan istimewa..


Baiklah.. setakat ini dulu yang dapat dikongsi bersama.. ^_^ Ramai rakyat Malaysia yang sudah melawat Bangkok, dan aku yakin apa yang aku coretkan di sini tidak asing lagi bagi kita. Di lain masa, aku akan bercerita lagi tentang pengalaman hidupku di sini.. InsyaAllah..

p/s: Apa sekalipun, aku tetap rindukan Sabtu dan Ahad di Kuala Lumpur. Sarapan pagi di warung dengan roti canai & teh tarik, juga sepetang di KLCC.. Tak sabar nak balik...!

11 comments:

Anonymous said...

huhu. diya tak penah sampai ke bangkok lagi. teringin jgk nak pegi sana =D

owh. mcm2 pengangkutan ye kat sana. gajah pun slumber je jalan2 tepi jalan. huhu

Arin said...

bila akan balik?

@tune® said...

mak ai...hectic nyer....

nadinezuharra said...

diya-->jemputlah datang..banyak juga tempat yang menarik kat sini,tp yang popularnya bangkok ni sebagai syurga membeli belah kononnya.. : )

Arin-->new year ni insyaAllah balik..tp kami stay sini lame lagi..2-3 bln sekali balik bercuti ke M'sia..

@tune-->mm,boleh tahan.. ; )

Unknown said...

waaa --- very informative, nadine! aku mmg x penah sampai ke bangkok. mana tahu, kalo ada rezeki boleh try naik tuk2 ke. eheheh....

Anonymous said...

waa best la nampak tuk-tuk, apasal la malaysia x der bende nih

zamdotcom said...

waah..kat sungai paling best ^^
teringin nak mendayung sampan kat dlm sungai tuh ^^


p/s: teringat rancangan masakan bersama Chef Wan..rasanya lokasi sungai yg sama ^^

Shemmi said...

syoknya naik bot...romantis habis!!

bot laju mcm F1 gak ker?hehe...

Anonymous said...

laporan menteri pengangkutan ye...hehehe

gerunlah memanju mcm tu - kalau lama lagi next trip bolehlah plan ke sana.

nadinezuharra said...

Rena^CRuZee-->tula..datangla cepat ye,bwk kwn kite nitti skali.. : ) MsCruZee kn suke shopping..hehe

etomyam-->tuk tuk ni kalau silap haribulan boleh sakit2 badan..hehe..perjalanan die tak brape smooth + suke korner lipat + muke kita akan melekit sbb terdedah pd asap kenderaan lain..

kalau ade kt M'sia takut dikatakan meniru budaya org lain plak kan..tp kalau tak silap kat Indonesia pun ada yang jenis mcm ni dipanggil bajaj.

z@md0tc0m ^^-->view di sungai mmg tak membosankan.. teringin nk p venice!hehe

Shemmi-->bot kt sini slow2 aje..nak naik bot laju boleh,kt pattaya.. ^_^

Kujie-->mmg tk reti kot nk drive mcm org kt sini.. anyway,dtgla..InsyaAllah nadine leh jd tourist guide(walaupun tk xpert sgt) : )

Anonymous said...

best ek jalan2 kat bangkok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails