Thursday, 6 August 2009

:: Viva Elite

Pulang dari kerja tadi sempat aku singgah di premis Perodua yang berhampiran. Hajat di hati nak melihat sendiri rupa bentuk model baru keluarannya- Viva Elite. Sebelum ini, memang aku telah jatuh hati dengan model Viva yang lama, namun melihatkan model baru ini, hati berangan untuk memilikinya sementelah lebaran bakal menjelang. Maklumlah untuk keselesaan perjalanan jauh, kereta sedia ada sudah agak uzur.. hehe..




Pandangan peribadiku; model baru ini tampak lebih kemas dan bergaya. Walaupun begitu, aku lebih menggemari rekabentuk bahagian hadapan model yang lama. Namun, ia masih berbaloi kerana banyak elemen yang telah dipertingkatkan mutunya. Tentang warna pilihanku pula, samada putih, ataupun biru tua. Putih mungkin menampakkan saiz kereta 'comel' ini kelihatan lebih besar... : )

Emm, doakanlah moga hajatku ini tercapai.. InsyaAllah...

p/s: Jauh di lubuk hati masih tetap mengidam yang ini....... (masih jauhhhh lagi..) :D


8 comments:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

aminn.. nanti rajin2 la pergi sc bila da dapat kereta.

@tune® said...

lancer nadine..
ah...
aku mau satu...
viva elite nih..price mahal sket...
berbaloikah?

Shemmi said...

Aminn...

kite tolong aminkan yer...

Neeza Shahril said...

semoga impian nadine tercapai.. ameen..

KTS said...

alamak... si merah yg bawah sekali tu memang mengancam la...

impian mungkin boleh jadi kenyataan.. :D

TokNabe said...

Menarik dan tertarik tapi bagi saya cukuplah mana yang ada.. hehe tak nak menambah hutang. hehe.

Anonymous said...

Adalah rezeki tu.....

nadinezuharra said...

mr. carl arif, Shemmi, Neeza Shahril, kayteeze --> terima kasih kerana mendoakan.. insyaAllah.... : )

@tune®--> tulah..kalau dah berkenan..terpakse jua ku menurut.. pilihan kereta compact tak banyak.. moga2 berbaloilah dgn prestasinya nnti.. : )

ku tak sempurna--> Aminn.. Mungkin dah tua kot mase tu..hehe..

TokNabe--> alangkah bahagia hidup tanpa hutang..fuhh..
'teringat hutang PTPTN',aduihhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails