Tuesday, 4 August 2009

:: Bukan demam biasa..

Sana-sini kecoh tentang H1N1.. segelintir dari kita masih tidak ambil peduli akan penularan virus tersebut yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Setakat hari ini, jumlah terkumpul kes H1N1 di negara kita, 1,446 kes dengan lapan kematian. Angka lapan itu sudah cukup untuk kita membuka mata.


Berhati-hatilah wahai teman semua. Ini melihat kepada kehidupan seharian kita yang tidak dapat lari dari bercampur gaul dengan orang ramai. Jika ada orang di sekeliling kita yang kurang sihat, maka kita juga harus mengambil langkah berwaspada.

Di sekolah pun ramai muridku yang demam. Mungkin demam biasa namun ada juga yang ku lihat terlalu lemah. Segera ibu bapa dihubungi untuk membawa anak-anak mereka ke klinik atau hospital. Program Semarak Merdeka yang ingin dijayakan tidak lama lagi juga mendapat tempiasnya. Ada ibu bapa yang bimbang dan tidak membenarkan anak mereka terlibat dalam program yang membabitkan orang ramai seperti ini. Aku cukup berharap agar anak-anak muridku kekal sihat dan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

Ramai antara kita sudah sedia maklum akan simptom-simptom penyakit berjangkit ini. Namun ada sesetengah kematian berpunca dari salah tanggapan yang mana tanda-tanda awal itu dikira cuma demam biasa lantas tiada rawatan susulan diambil. Kita harus lebih peka, bersegeralah ke hospital untuk mendapatkan kepastian.

Sedikit info berkaitan wabak ini yang ingin ku kongsi di sini;

Simptom H1N1;
-Demam, batuk, selsema, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Tanda-tanda ini diikuti dengan beberapa masalah kesihatan yang lain seperti sesak nafas, dan cirit-birit/muntah (sesetengah kes).

Langkah pencegahan;
-Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.
-Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
-Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selsema.
-Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
-Jika anda sakit akibat demam selsema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah, juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
-Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

Individu yang berisiko tinggi mengalami gangguan kesihatan kronik akibat jangkitan H1N1;
-Individu dengan berat badan berlebihan, wanita mengandung, pesakit diabetes, pesakit respiratori kronik, dan mereka yang mempunyai daya tahan rendah dalam menentang penyakit.

8 comments:

Anonymous said...

Memang membimbangkan.... penyakit ni dah semakin menular...

TokNabe said...

Memang risau betul sekarang ni. Kes H1N1 makin banyak...... entah bila akan sampai ke kawasan kita pulak.

Minta dijauhi Allah.

@tune® said...

kanak² adalah paling mudah dapat penakit...kn?

nadinezuharra said...

kayteeze--> mula-mula dulu ingat M'sia kebal.. : )

TokNabe--> tula..virus ni pula mudah sangat berjangkit.. bersin/batuk,kadang2 tak dapat nak dijangka kan..?

@tune® --> kesian.. sebab budak2 cepat lemah.. kalau demam panas sgt tu, lekas2lah rujuk ke hospital..

~mrs azmi~ said...

kes yang paling memilukan, ibu baru bersalin 2 minggu terkorban kerana wabak ni...

Neeza Shahril said...

kami sekeluarga ni batuk dan selsema.. tak nak ke hospital sebab takut kena warded..
lagi satu takut pulak, daripada takde virus tu, terkena lah pulak, Nauzubillah..

nadine pun jaga diri ya..

Sifu Mirza said...

salam nadine...

ini kisah 'ayam & telur' yang sangat serius...

penyakit serius..jadi wabak..tapi kita lihat masih sangat ramai yang tak kisah...

pihak berwajibpun macam tak kisah ajer.. kempen macam lepas batuk ditangga...

samlah macam jerebu yang ada disekeliling kita...

kita pun tak kisah..macam aiman.

:-)

KTS said...

anak2 sedar semua demam...
kita yg dah tua ni pun, turut selesema dan batuk...
harap2 bukan H1N1...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails