Alkisah di suatu hari aku teringin hendak merasa cencaluk buah tangan dari Melaka yang aku beli sewaktu persinggahan di sana tempoh hari. Kebetulan kunjungan teman baik ke rumah hari itu membuatkan aku sedikit bersemangat untuk menyiapkan hidangan di dapur. Selalunya kalau tidak makan di sekolah, aku cuma membeli saja di kedai, maklumlah suamiku masih lagi jauh di perantauan.. sebab itulah dapur jarang berasap.. :D
Botol cencaluk yang masih belum dibuka ku ambil lalu ku minta bantuan temanku Kak Fiza untuk membuka penutupnya. Dia juga menawarkan diri untuk menyediakan cencaluk itu lengkap dengan campuran asas yang lain seperti hirisan bawang, limau nipis dan cili padi. Aku serahkan saja tugas itu kepada yang lebih arif.
Sewaktu aku leka membancuh air, tiba-tiba kedengaran.. "Poppppp!"
Lantas aku menoleh dan ku lihat Kak Fiza sudah ber'mandi' cencaluk. Dan lebih melucukan, bila ku pandang ke sekeliling, kelihatan palitan cencaluk di sana-sini. Siling dapur yang paling comot. Tak sangka cencaluk itu mampu terbang sampai ke atas sana..!
Lantas aku menoleh dan ku lihat Kak Fiza sudah ber'mandi' cencaluk. Dan lebih melucukan, bila ku pandang ke sekeliling, kelihatan palitan cencaluk di sana-sini. Siling dapur yang paling comot. Tak sangka cencaluk itu mampu terbang sampai ke atas sana..!
"Bila beli cencaluk niii.....?" Soal Kak Fiza sambil kami ketawa terbahak-bahak.
"Mmm.. sebulan lebih dah rasanya.."
"Patutlah.. gas banyak sangat ni, lain kali lepas beli terus buka penutupnya.. barulah tak meletup macam ni.."
"Oooo, manalah saya tau.. ni dah terkena lain kali beringatlah.. hehe"
:: credits to tolahah's photostream@flickr.com
....Selepas kejadian ini, pasti aku takkan melupakan cencaluk dan kenangannya. Sungguhpun begitu ia sangat enak, dan kami makan bertambah... Sehingga terlupa akan dapur yang 'harum' berbau cencaluk pada hari itu.. ^_^
p/s: Patutlah wujud larangan membawa cencaluk ke dalam kapal terbang. Takut meletup akibat tekanan di atas sana. Betul ke..?
:: credits to tolahah's photostream@flickr.com
2 comments:
kak arin org pure melaka..tapi tak reti nak makan cencaluk..camne ye rasa nya?
cencaluk saja rasanya masin,manis2 udang dan sedikit bergas.. tapi kalau dah dicampur dengan bawang potong,cili padi dan perahan limau nipis, fuh..!sedapp.. lagi2 kalau dimakan bersama ikan bakar.. : )
Post a Comment