Saturday 25 April 2009

:: Meneroka Alam T-rex

Apa yang menarik di Petrosains The Discovery Centre, KLCC? Beberapa kali menemani anak-anak buah dan juga saudara mara yang teringin untuk menjelajah dunia di dalamnya, jujur aku katakan aku tidak pernah merasa bosan.

Baru-baru ini, alam dinosaur yang mengagumkan dihidupkan kembali melalui DinoTrek 2 yang diwujudkan di dalam rangkaian interaktifnya. Tiket cuma RM6, dan sebahagian imaginasiku tentang hidupan yang sekian lama lenyap ini terungkai di sana.


Emm, T-rex bertemu Spinosaurus, siapa yang akan menang dalam pertarungan? T-rex kedengarannya agak popular berbanding lawannya itu. Namun begitu, di dalam filem Jurassic Park III, Spinosaurus digambarkan begitu gagah kerana berjaya membunuh T-rex. Benarkah..?

: ) Hakikatnya Spinosaurus dan T-rex tidak pernah bertemu kerana mereka hidup dalam dua zaman yang berjuta tahun jaraknya serta lokasi fosil mereka ditemui juga berbeza-beza.

-----wah, menguji minda sendiri nampaknya.. hehe :D

Secara ringkas, zaman dinasour terbahagi kepada tiga iaitu; Triassic (203-250 juta tahun dahulu), Jurassic (135-203 juta tahun dahulu), serta Cretaceous (65-135 juta tahun dulu). Entah bagaimana rupa dinasour yang wujud di zaman yang paling purba. Takut untuk aku membayangkan.

Tak mustahil wujud rupa bentuk yang amat ganjil kerana jika kita lihat pada zaman yang terkini pun di dasar lautan sana, masih banyak hidupan yang aneh dan menakjubkan. Sesungguhnya semua ini kuasa yang Maha Pencipta, Tuhan sekalian alam.


Akhir sekali, pesanku pada peminat alam sains, jangan lupa singgah di DinoTrek 2 sekiranya anda berkunjung ke Petrosains. Cubalah kuiz dan permainan seperti Dino Quest, Dino Dance, Dino Puzzle, juga segala aktiviti interaktif lain yang banyak terdapat di sini. Menyeronokkan bagi golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak. Selamat berkunjung di masa lapang.

p/s: Di Dino Dance, 5 keping gambar pengunjung akan dirakamkan dan boleh dihantar terus ke email. Opps, perlu menari terlebih dahulu bersama Mr Dino. :D

11 comments:

TokNabe said...

Menarik tu.. budak2 mesti suka nengok ni.

Anonymous said...

wah.info yang menarik ni. baru tahu zaman dinasor ada 3 cabang. sblm ni tahu jurassic park je. huhu. thanks for sharing =)

Arin said...

bab gini, hubby arin peminat No 1.

chekgu Bani Hassim said...

budak sekolah saya dah pi daa...
cikgunye yang ni je takleh nk pi..
teringin gak nk pi...

Anonymous said...

Eh...Tie ingat dah komen...hu hu..lupa lak!

Budak2 memang suka tengok dinosaurs ni... jauh sangat laa... tak boleh nak pergi.. Kak tie dok kat ganu.

Neeza Shahril said...

akak tak pernah pergi Petrosains tu..
tapi nampak macam menarik lah nadine.. binatang zaman dulu besar-besar kan..
macam orang-orang zaman dulu jugak.. besar-besar..

@tune® said...

T-rex x ganas kn nadine?
hihi

Kujie said...

seronok..anak no 2 tu minat mcm gini

maza said...

wahh..

maza dah lama teringin nak gi sana.. nak masuk sekali..

tapi tu ler.. entah bila agaknya..

org kampung maza dah banyak kali keluar masuk KLCC dan Petrosains itu.. huhuhu

yg maza duduk kat KL, sekali pun kat petrosains tak pernah masuk lagi...uwakkk

erk! Nadaine boleh ler sponsor maza, baru boler agaknya masuk kat sana..

huhuhuhu

nadinezuharra said...

TokNabe--> tempat yg ada zon interaktif mmg bagus untuk perkembangan minda kanak2 : )

Diya Kamaruzaman--> kite pun kat sane baru tau.. hehe

Arin--> bestla camtu kak arin,senang nak ajak jalan2.. : )

Chekgu BaniHassim--> buatla rombongan sekolah nnti.. lg happening : )

nadinezuharra said...

kayteeze--> bila mai kl singgahla kak tie.. no problem~

Neeza Shahril--> haah,kalaula kita tercampak ke zaman dinasour tu,alamak!ngerilah

@tune®--> tak ganasss...? :D

Kujie--> angah ke..? yg suke cipta game tu ek kak jie..?

maza--> rugila kalau blum masuk..tryla sekali,tp jgn tunggu nadine sponsor tau..hehehe : )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails