Memancing. Pengalaman pertama bagiku barangkali. Sebelum ini tak pernah aku ikut serta dalam sebarang aktiviti memancing. Sebut tentang joran dan mata kail.. mustahil jikalau tidak kenal, tetapi cara memasang peralatan tersebut serta teknik-teknik memancing langsung tidak aku ketahui.
Rupa-rupanya ada pelbagai teknik memancing yang boleh disesuaikan dengan keadaan perairan yang berbeza. Ilmu ini perlu dituntut sekiranya seseorang itu benar-benar serius untuk menjadikan aktiviti ini sebagai hobi di masa lapang. Aku..? Cukuplah sekadar pengetahuan yang asas sahaja kerana aku lebih suka bersantai sambil melihat orang memancing berbanding mencubanya sendiri. Aku sebenarnya takut untuk memegang umpan mahupun ikan yang masih hidup. :D

Lewat kunjungan ke kampung dulu, aku mengambil kesempatan mengikut suami ke kawasan berhampiran Jeti Tanjung Gemuk (jeti ke Pulau Tioman) yang tak jauh dari rumah atukku, kira-kira 5 minit perjalanan sahaja. Berbekalkan sebatang joran yang baru dibeli, kami memancing di atas jambatan bertentangan dengan jeti, di mana perairan di sini merupakan pertembungan antara Laut China Selatan dan sungai Pahang.
lokasi kami memancing; di atas jambatan nun di belakang sana...
Kerdipan lampu di sepanjang jambatan serta pantulan cahaya yang terhasil di permukaan air begitu mempesonakan. Sesekali ku pegang juga batang joran dan pada masa yang lain, aku lebih banyak memerhatikan riak-riak air dan aksi beberapa orang pemancing yang berada berhampiran kami. Boleh dikatakan di sini port untuk kaki memancing menghabiskan masa lapang mereka.
Tak lama menunggu, mata kail dipagut sesuatu. Wah, kami berjaya mendapatkan ikan! Bila dinaikkan rupa-rupanya ia seekor ikan gelama yang kecil. Kurang berpuas hati, kami melepaskannya kembali ke dalam laut. 2-3 ekor ikan hasil pancingan berikutnya juga sederhana saja. Kemungkinan air yang deras malam itu menyebabkan ikan-ikan tidak banyak berkumpul di kawasan favourite ini. Kami tidak kecewa, kerana hakikatnya kami sekadar ingin mendapatkan pengalaman memancing di situ.

Apa yang lucu, kira-kira sejam kemudian, aku tidak lagi setia menanti di pinggir jambatan. Aku sudahpun terlelap di dalam kereta. Betul kata orang, memancing perlu kesabaran dan minat. : ) Ada rezeki adalah ikan, jika tiada, hati tetap gembira.
Sedar-sedar aku dikejutkan suami. Sebelum pulang sempat aku bertanya kepadanya.
"Mana ikan?"
"Semua dah bagi orang.." jawabnya.
"Mana ikan?"
"Semua dah bagi orang.." jawabnya.
Aku cuma tersengih. "Lain kali kita cuba memancing di kolam ikan pula. Mungkin lebih lumayan hasilnya.." bisikku dalam hati. : )
Seronok juga memancing..! Nanti boleh pergi lagi.. ;D
:: credits to ayares151.fotopages.com
Seronok juga memancing..! Nanti boleh pergi lagi.. ;D
:: credits to ayares151.fotopages.com
12 comments:
seronok nadine?
xbosa kah?
Apa rasanya pertama kali 'dipancing' oleh cik abang ? hehehe
Salam Nadine
Memancing dapat merelaxkan minda. Saya dulu kalau ada problem arwah isteri akan ajak pergi memancing atau menjala sebab dia tahu dengan cara ini saja saya akan gembira dan dia akan melakukan kerja dia dengan menyulam pakaian tempahan diatas batu menunggu hasil ikan yang tak kunjung tiba. Itulah pengorbanan seorang isteri demi melihat agar suaminya rasa seronok. Im really miss her.
@tune®--> seronok sebenarnya,tp atas jambatan tu kene berdiri..aduh,letih juga..last2 tidur dlm kereta.. kalau dapat port yang boleh relax mmg enjoylah~
Abang Long--> aik..pancing ikan ke org ni Abg Long..hehe.. ikhlas hati,syukur Alhamdulillah..bahagia..
ARIFF BUDIMAN--> simpan kenangan itu untuk selalu diingati di masa depan.. : )
seronok kalau di Penang. Banyak tempat best utk memancing kan..?
Kalau nak seronok pi pancing kat sungai2 atau laut. kalau mancing nak dapat ikan.. hah pi mancing kat pasar. :D
seronok mendengar hari-hari Nadine..
emh..memancing ikan ek..
pelik gak tengok abg2 sanggup pegi ke laut semata2 nak memancing..(dulu2 diorang layan sg. skg dah layan laut pulak)..
* bila la time kite lak ek nk teman cik abang memancing..huhu..
adik akak suka memancing.. kadang2 dia pancing ikan kat kolam dekat rumah dia.. hehee.. memang banyak ikan kat situ. sah2 lah dapat..
akak suka mancing tapi tak suka tunggu lama.. jadi, akak suka duduk kat sebelah orang yang selalu dapat ikan heheee...
Ha ha...kak tie tak berapa gemar menunggu lama2. Kalau senang dapat ikan memanglah suka memancing ni...he he...
kalau boleh tak nak cik abe tu memancing..nnt leka masuk kolam keluar belukar..skrg ni pun masa dgn family terbatas..kalaulah dia kaki pancing..
tapi utk suka2 sesekali tu best juga...masalahnya kita ni jenis tak sabar
hehehe
salam tuan penulis budiman,
saya bertemu laman tuan secara tidak sengaja. lalu melihat akan muka depan novel hartini karya aziz afkar. milik tuan sendirikah novel tersebut? telah amat lama saya mencarinya. adakah cara untuk saya mendapatkan salinannya?
saya membaca novel hartini itu ketika masih kecil, dan setelah dewasa, terasa sukar pula untuk saya mendapatkan kembali karya agung itu. diharap dapat kiranya tuan berikan sedikit panduan
terima kasih banyak saya ucapkan untuk tuan, semoga kita sama2 jadi insan yang memuliakan dan dimuliakan
laman saya
http://hartiniomar.blogspot.com
http://mataminda.blogspot.com
hmm
seronoknya memancing bila mendapat sokongan dri org tersayang..hehehhe
maza sendiri pun dah lama memancing..
bab mengenakan umpan ni pun menjadi masalah pada maza gak..huhuhu
pengeli, walhal dulu2 cacing tu siap main cucuk2 kat mata kail jerk.. huhuhhu
Mancing...beest best...
Post a Comment