Monday 16 February 2009

:: Yang comel dan manja..

Membaca kisah beberapa orang teman tentang haiwan peliharaan mereka, aku juga tertarik untuk berkongsi pengalaman yang sama. Mengenai jenis haiwan peliharaan, minat seseorang itu adakalanya berbeza. Antara pilihan yang sering kita lihat, kucing, arnab, hamster, ikan dan pelbagai lagi.. Ada juga yang membela 2-3 jenis haiwan dalam masa yang sama.

Mengapa ramai yang tertarik untuk memiliki haiwan peliharaan? Merujuk dari beberapa sumber, kajian membuktikan terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan menjadikan haiwan-haiwan ini sebagai teman.

--> Kajian di AS mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.
--> Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
--> Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
--> Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.
--> Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

Kerana ramai yang menyukai kucing, kita lihat pula apa kelebihannya..

--> Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati di kala kesepian.
--> Kucing amat sesuai dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga kurang upaya (OKU).
--> Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.
--> Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan, kecemasan dan lain-lain.
--> Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

Haa, sebut tentang kucing, ini antara kucing yang aku sayangi. Bagaimana aku boleh berkenalan dengannya, ia kisah beberapa tahun sudah, semasa aku dan 3 orang rakanku tinggal menyewa di sebuah kawasan perumahan. Tengahari itu, sedang dalam perjalanan pulang dari kuliah, kami terserempak dengan seekor anak kucing yang berada dalam keadaan yang menyedihkan. Badannya kurus. Berdiri pun tak mampu, terketar-ketar sambil menunduk ke lantai.

Aku dan sahabatku Ina berasa amat simpati. Lama kami membelek-belek anak kucing itu. Matanya sangat comel, berwarna kelabu kebiru-biruan. Kami mencari kalau-kalau ibunya ada di sekitar namun hampa. Nak ditinggalkan kami tak sampai hati lalu kami bawa ia ke rumah..

Kemudian, kami memberi ia makan dan membersihkan bulunya yang comot. Ia makan perlahan-lahan kerana ia masih kecil, barangkali kehilangan ibu tatkala masih menyusu. Kasihan melihatnya, kami membuat keputusan untuk menjaganya selama beberapa hari sehingga ia benar-benar sihat..

Setelah tempoh itu tamat, kami pun berbincang samada hendak terus memeliharanya atau tidak. Maklumlah kami ini duduk di tingkat 3, dengan ruang rumah yang terhad bolehkah kucing itu hidup dengan selesa. Tapi sekiranya kami pulangkan ia ke tempat asalnya, apa pula nasibnya..? Ia masih kecil, tak pandai mencari makan sendiri tambahan pula tempat itu berbahaya kerana terletak bersebelahan jalan raya yang sibuk.

Perasaan simpati melebihi segala-galanya. Akhirnya kata sepakat diputuskan. Ya, kami membatalkan niat kami untuk mengembalikannya ke tempat asal. Maka, membesarlah Chiko (nama yang diberi) di depan mata kami...

Puas juga kami melayan telatahnya yang pelbagai ragam. Adakalanya sangat nakal (kerana ia kucing jantan), dan sesekali ia bijak mencuri hati kami dengan kemanjaannya. Tak sunyilah rumah kami itu, kerana kami sering bergurau dengannya mengisi masa lapang yang ada.

Kini Chiko telah dewasa. Ia masih lagi dipelihara oleh Ina yang memilih untuk meneruskan kerjaya di Pulau Pinang. Ada seekor lagi kucing comel bernama Chikee kini menjadi sahabatnya. Dapatlah ia berteman dan bermain bersama. ^_^

Entah bila lagi aku dapat berjumpa Chiko. Sesekali aku teringatkannya, aku akan merasa rindu. Banyak kenangan manis terpahat di ingatan. Semoga ia tetap sihat dan ceria, begitulah harapanku.

Mungkin suatu hari nanti, aku akan kembali memelihara kucing, kerana aku amat bersetuju dengan peranannya yang istimewa. Buat sementara ini cukup saja dengan beberapa ekor ikan di dalam akuarium menjadi peneman aku di kala keseorangan.

Akhir sekali, apa yang perlu kita tekankan sekiranya ingin memiliki haiwan peliharaan, adalah komitmen kita pada haiwan tersebut. Sekiranya kita berat hati untuk menjaga kebajikan dan memberi kasih sayang kepadanya, maka usahlah kita menzaliminya dengan memeliharanya..

Sabda Rasulullah SAW; "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s: Apa pula haiwan kesayangan anda..? : )

14 comments:

Sifu Mirza said...

salam nadine...

entri awak ni membawa saya ke zaman dulu-dulu...

masa kecik-kecik dulu...

saya adik beradik memang suka dengan kucing ni... ianya bermula bila kami didatangi oleh seekor kucing betina yang sarat mengandung...

kami jaga dia sampailah ke cicit dia...

memang best...

satu hari mak saya beritahu... sebenarnya abah kau nak beri nama kau 'abu hurairah' tapi last minit tukar nama mirza..

dan bila menyusuri kisah sahabat-sahabat Rasulullah... saya bertemu nama Abu Hurairah R.A... seorang sahabat Rasulullah yang memang suka pada kucing...

:-)

begitulah secebis memori dulu-dulu...

nadinezuharra said...

Sifu Mirza--> seronok dengar kisah sifu..
kalau membela ibu kucing..kenelah mewarisi anak2nya pula kan.. tp kalau tak larat nak bela semua,terpaksalah bagi2 pada org lain.. : )

mr. hafis said...

i wish that i could have a tiger.

but, there are just a fantasy.

saya suka haiwan peliharaan yang garang. Dulu saya ada angsa yang garang. Bertugas seperti anjing tetapi manja dengan saya. menemani waktu petang saya dengan latihan bola sepak.

dan dia sudah hilang.

sekarang hanya menjaga ikan di akuarium. itupun dalam sebulan sekali apabila saya pulang ke rumah. Saya bertanggungjawab dalam kebersihan akuarium. :)

KTS said...

dah malas nak bela kucing...

semua hilang...
kata ibu, mungkin tak serasi..
sebenarnya, ibu mmg tak suka kucing..

tp, kucing yg terbiar takde tuan, byk kat kwsn rumah ni...
just bg makan je... mls nak bela betul2...

Neeza Shahril said...

Abu Hurairah kan suka kucing.. gelaran yang dia dapat tu pun sebab kucing la.. hurairah bermaksud anak kucing..
akak suka kucing tapi akak tak nak bela.. tak suka bela sebab malas nak kesahkan poopoo dia dan bulu dia merata2..

chekgu Bani Hassim said...

seronok sgt kan bela kucing...
aku pernah ade...

dan skg dah takde sbb semua dah pegi dijemput Tuhan...
tinggal kenangan je...

@tune® said...

saye suke binatang..
tp saye geli la kalau ade bintang bergerak²

Zamz said...

wah betul ke bela pet bleh kurang kan kolesterol..nak kena bela byk2 nih hehe

en_me said...

chomeyyynyerrr..

nadinezuharra said...

mr. hafis--> kalau harimau itu jinak macam kucing pun belum tentu saya berani nak dekat..ehehe
*angsa pernah mengejar saya,sampai sekarang masih teringat2.. :D

ku tak sempurna--> ye,bagi mknn pun byk pahala yg kita dapat..insyaAllah..

Neeza Shahril--> kalau Sphynx cat yg takde bulu tu camne lak kak neeza..sudi tak nak bela ?hihi

nadinezuharra said...

Chekgu BaniHassim--> sedih kalau kucing sakit n pergi meninggalkan kita..

@t00neY r00neY®--> emm? takleh bergerak ke? camne ngan iguana,berani tak..

Zamz--> bela seekor turun 3 kg..haa,ape lagi serbula kedai pets cpt2.. :D

en_me--> nampak org nak snap pic mmg ia akan buat2 comel..hehe

Jie said...

selalu cuti2 intai kucing2 yg dtg minum kt kolam kt rumah..hanya seekor tu je..kucing hitam, tatau sapa punya.

Kadang2 tgok dia dok intai anak2 ikan kak jie berkejaran...hahaha..geram le tu!

Kakak said...

Comelnya kucing! Teringin pulak nak ada sekor tp nak buat cam mana ya, kalau ada penyakit dari zaman dulu kala yang sensitif betul dengan bulu kucing.

nadinezuharra said...

Kujie--> walaupun geram,tapi mesti kucing hitam tu cuak2 jg nak terjun dlm kolam tu kan..hehe

Kakak--> salam perkenalan buat Kakak.. : ) sensitif ye..kalau macam tu bolehla main sekali sekala tp jangan bela nnti allergic..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails