Emm, sembang santai saja hari ini.. Kebelakangan ini aku cukup suka membincangkan hal rumah. Sedih ada, gembira pun ada. Sedih kerana kurang sebulan dari sekarang, kami akan berpindah meninggalkan kediaman ini. Setahun masa berlalu, cukup untuk membuatkan perasaan sayang itu bertunas, tapi mengenangkan kehidupan baru di negara sendiri, timbul semangat baru.
Kami berkira-kira mahu menyewa dahulu di KL sementara mendapatkan rumah sendiri. Alhamdulillah, sudah bertemu unit kosong untuk tujuan ini, dan kawasannya juga bagus, banyak kemudahan. Duduk berdua, ruang yang terhad tidak menjadi masalah. Yang lebih kufikir, tema untuk interior, dan bagaimana mahu menghias rumah dengan kos yang sederhana.
Idea.., masih dalam stage yang sepatutnya. Benda yang tak nampak di depan mata, rupanya sukar juga untuk dizahirkan di kertas lakaran. Sedang mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan hiasan dalaman, aku teringat pada email yang membuatku tersenyum sendirian..
Macam dalam filem Hindi dari pandangan depan... ^_^
Bila kita lihat dari perspektif yang berbeza...
Jatuh hati dengan plasma TV..
Tapi, jangan terkejut.. Ada udang di sebalik batu!
p/s: Manusia memang kreatif.. kan..? ;D
20 comments:
duduk berdua tak kisah kalau rumah kecil pun..
yang penting ada tempat berlindung dari panas dan hujan kan..
kalau ada anak2, kesian sebab diorang nak tempat berlari.. haa?? berlari dalam rumah? hehee..
sekali pandang macam bungalow dalam taman yang hijau.
Ni kira pertembungan 2 generasi. baru dan lama. Besarnya TV. Boleh tidur dalam tu
rumah itu mungkin dalam fasa pertama.
:)
Neeza Shahril--> emm, betul kak neeza,saya pun mmg suka rumah kecil,sng nak kemas.. :D
insan marhaen--> kalau disiapkan,mesti cantik..!
ARIFF BUDIMAN--> tu yg kene cover di sebalik dinding tu..bagus jg,nmpak lebih kemas di ruang tamu.. : )
mr. hafis--> saya agak tu projek terbengkalai,disambung rumah kayu dibelakangnya.. : )
haha ^^
kreatif..kreatif..janji org tengok elok cantik dan menawan ^^
sbb tu org kata jgn tengok luaran..tgk juge hati budinya..tak gitu?
p/s: luar setinggan..dlm kondo ^^
wa...
xsangka sehebat itu
hikhikhik...
manusia mmg kreatif...
hikhikhik... masih tak abis gelak... :D
kat melaka, ader satu umah tuh..sebijik gambar yang tiang2 besar tuh..tapi blkg nya lom siap lagik..tiang kasik siap dulu..mebi next budget baru sambung buat lain kot..
z@md0tc0m ^^--> cantik di hati itu lebih berkekalan.. : )
@t00neY r00neY®--> haah kan..?agak2 diorang masuk ikut pintu depan tu ke ek?
ku tak sempurna--> dah abis da gelak KTS..?hehe
Arin--> lambat laun siap jua akhirnya..hrp2 camtulah kan..? :D
waha. ingatkan plasma tv dah tadi. sekali... adeh!
moga ketemu rumah idaman =D
Diya Kamaruzaman--> thanks 4 ur wishes! : )
*plasma ek diya..?hehe..kene betulkan nih..
rumah tu katenye kat padang jawa ek??
huhu...
dari depan nmpk baik punye...
dari belakang...
huhu
Sampai kena tebuk lubang untuk sebuah tv plasma ! alahaiii ... Tinggal berdua, tidak perlu rumah yang ada bilik, senang !
Chekgu BaniHassim--> betul ke chekgu BH..tp yela,rase2nye kat M'sia.. :D
Abang Long--> : ) tuan rumah tu kontraktor agaknye tu yang terer bab2 camni..hehe
Macam tu la pandangan orang terhadap kita .
Dari luar nampak ok, tapi tak tahu dlm minda ni berserabut je...
erk! kiro kreatip gak ler org yg buatkan tu....hehehhe
bagi den, zahir dan batin musti bersih... suci lagi menyucikan.. kalau tak camno nak masyuk baitul Jannah.....hehehhehe
Ha ha.. sapa punya idea tu? Kreatif jugak tu,especially plasma TV tu. Praktikal dan boleh buat tipah tertipu....
kat sana ke rumah tu nadine?..
kalau kat sana saya memang tak surprise...
orang thai @ siam memang kreatif..
:-)
haha desperate sgt nak tv lcd nih..
Post a Comment