Peribahasa ini memang selalu digunapakai, tapi mungkin perkataannya yang diubah-ubah mengikut kesesuaian. Ada yang sebut periuk dan tak kurang juga belanga.. Hehe.. Tapi yang sinonim dengan kerak yang hitam.., kualilah agaknya.
Apa maksud yang tersirat ya..? Sifat manusia yang 'prihatin', memang suka nak membuat ulasan tentang si polan dan si polan. Ayat yang sering kedengaran..
-"Banyak betul duit dia beli jam mahal-mahal."
-"Sekaranglah dia merasa nak pakai baju dan barangan berjenama. Dulu masa tengah susah, dapat ke pakai semua ni..?"
-"Ish, ish, kita ni walaupun ada duit tak adalah nak berbelanja sakan macam dia tu.."
-"Hah, suaminya kan baru naik pangkat, tu yang dia borong habis semua perabot. Beraya sakanlah nampaknya. Kita ni apa yang ada.."
-"Kan duit kau dah banyak. Cukup untuk menanggung kau dan keluarga sampai ke tua. Buat apa susah-susah nak bekerja lagi siang dan malam?"
"Mana ada cukup. Macam-macam lagi keinginan aku belum tercapai."
Ini sekadar contoh.. Kadang-kadang, aku keliru. Salahkah kalau orang yang punya rezeki lebih nak berbelanja mengikut kemampuan mereka? Kita membeli di Jalan TAR, mereka ke butik mewah Star Hill. Kita makan di rumah, mereka makan di hotel 5 bintang. Kita berjalan di Zoo Negara, mereka bersantai di Niagara Falls. Pelikkah dengan situasi begini..?
Ya, mereka berbeza kerana mereka mampu. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka.. apakah kita tidak tergoda untuk berbuat yang serupa? Dan jika kita golongan berada, mampukah kita tunduk semula bila harta hilang sekelip mata. Sukar untuk kita bayangkan kerana selagi perkara itu tak terjadi pada kita, kita bisa berkata; "Cukup saja begini." Dan bila kita berubah kelak, yang keluar dari mulut kita.. "Itu dulu.. sekarang dan dulu mana boleh disamakan."
Kesimpulan yang dapat aku buat dalam hati; Biarlah.. itu sudah bahagian mereka. Selagi rezeki yang diperolehi halal, dan amal ibadat mereka terpelihara, itu bukan urusan kita untuk membenci sebesar zarah pun. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Percaya atau tidak, semakin banyak yang kita miliki, keinginan kita juga akan semakin bertambah. Seakan tidak cukup dengan apa yang ada. Bersyukur sekiranya perasaan itu wujud dalam dada, kita masih lagi dapat mengawal diri. Sebut tentang keinginan manusia, aku teringat cerita seorang tua di dalam Apocalypto;
........and when the Man had all the gifts that they could give.. he left.
Then the owl said to the other animals: "Now the Man knows much and is able to do many things.. Suddenly I am afraid."
The deer said: " The Man has all that he needs. Now his sadness will stop."
But the owl replied: " No. I saw a hole in the Man.., deep like a hunger he will never fill, it is what makes him sad and what makes him want.
He will go on taking and taking.. until one day.., the World will say:
I am no more.. and I have nothing left to give..."
13 comments:
beri betis nak peha...
manusia memang tak pernah puas..
aku pun sama... hikkkkkssss
cuma, kita kena kawal.. jgn smpi memakan diri...
betul tu..tiap org ada bahagian masing2... kita nampak org lain lebih kita rasa kurang..org lain pula nmpk kita lebih dia yg kurang....
asalkan kita tak senang atas kesusahan org lain
kita tak bahagia atas derita org lain
cukup
tak apa.. biarlah mereka nak belanja banyak. Mereka mampu..
Cuma, dalam berbelanja, kita kena ingat bahawa duit yang kita dapat bukan semuanya milik kita.
Ada bahagian bagi orang yang tertentu.
Zakat wajib dibuat bila cukup kiraannya.. sebab duit yang lebih tu memang bukan duit kita..
bersedekah lah.. dengan itu rezeki bertambah Insyaallah..
kalau buat semua tu, kita tak lah berbelanja dengan duit orang kan..
ukur baju di bdan sendiri..
biar papa asal bergaya fah tak relevan dah skg nih...
nk bermegah2 dpt ape pun...???
ku tak sempurna--> kalau ikutkan hati semuanya nak kan..? :p kdg2 benda2 tu ada yang tak berguna sgt pun..
Kujie--> kalau kita ada yang lebih,sedekahkanlah pada yang serba kekurangan.. mungkin itu boleh buat kita sama-sama gembira
Neeza Shahril--> ye kak neeza,saye setuju.Ibadah zakat itu penting untuk pembangunan ummah..
Chekgu BaniHassim--> selalunye siapa yang guna konsep biar papa asalkan bergaya tu lambat laun akan malu sendiri..~
betul tuh..jgn berlebih bila duit terlebih..
tapi manusia ni bila berlebih sikit mula lah nak 'tunjuk lebih'dan 'berlebih-lebih'...
itu yg jadi, dapat lebih tapi tetap tak ada yg lebih..
*woo..byknya perkataan lebih yg digunakan Shemmi pada hari ini..
"Banyak betul duit dia beli jam mahal-mahal"
hehehe. sesuatu stetmen tu...
setuju..sangat2 setuju....bukan orang lain, diri sendiri cam tu...tak pernah puas dengan apa yang ada, makin banyak duit makin banyak keinginan.....kalau ikut nafsu...satu kapal minyak duit pun belum boleh cukup...Kisah Qarun dan jelas...errr tu yg org kaya2 x penah rasa cukup duit tu kot?
Hmm.....dari komen2 di atas tu, memang Kak tie setuju 100%...hi hi...ngelat sikit!
Arin--> :D.. ade duit lebih,belanjalah saye..hehe
Shemmi--> 7x lebih tu..wah2
Tijah Lawa--> jam dinding ye kak jah..hihi
etomyam--> risau juga bila kite dapat kesenangan,ia membawa kita pd sesuatu yang tak baik..
Tie--> betul,betul,betul.. ^_^
selalu pompuan jer yg ske "bercerita"
part duit nie semua org byk nak cerita..lumrah hidup manusia nak lebih dr org lain...
tak salah belanja lebih sikit dr biasa sebagai hadiah utk diri yg dah penat bekerja. kalau tak kita yg menghargai diri kita sapa lagi kan???
tapi jgnlah terlebih pulak..kelak hutang dibawa sampai ke liang lahad..
Post a Comment