Perasaan itu sesuatu yang kompleks. Sekejap tadi kita tertawa, dan kini kita diam termenung. Semalam kita menangis kerana rindu, dan hari ini kita mampu berjenaka. Emosi itu sukar untuk ditelah oleh insan lain, walhal diri kita sendiri pun tidak dapat menjangka apa yang akan bersarang di hati kita keesokan hari. Kerana itu wujud pepatah;
"Dalamnya lautan bisa diukur, dalamnya hati siapa yang tahu?"
Pilu, rindu, sedih, dendam, rajuk, malu, cemburu, kecewa atau marah bukan emosi yang tergolong dalam sesuatu yang menyeronokkan. Kita kadangkala tak mahu diganggu bila berada dalam situasi seperti itu. Ada yang diam menyepi, lantas membuat hal sendiri. Tak kurang juga yang murah air matanya, kerana kata mereka setelah puas menangis, hati jadi lega.. Ada betulnya di situ. Kalau boleh biar hati sejuk dengan sendirinya, seiring masa yang berlalu.
Namun, rajuk berpanjangan dan menyepi tiada sudah, kadangkala hanya akan menambahkan masalah. Selain orang melihat akan berasa risau, hati kita yang rusuh juga akan tambah parah. Di sini apa yang aku ingin bincangkan, 'ubat' yang mampu menyembuhkan luka di hati serta menerbitkan senyum di bibir kita semula.
Bagi aku, jika timbul kesilapan dari mana-mana pihak yang membuatkan kita tidak tenteram, 'ubat' pertama adalah segera memohon kemaafan / segera memberi kemaafan. Lebih cepat kita mengakui kesilapan dan meminta maaf, maka luka yang terguris di hati tidak sempat untuk berdarah. Makin dipanjang-panjangkan perselisihan itu, mungkin saja dari rasa marah akan terbit pula rasa malu, dendam, sedih dan sebagainya. Lebih rumit bukan untuk menjernihkan emosi sebegitu..?
'Ubat' kedua; perhatian.
Sokongan dan dorongan dari mereka yang rapat dengan kita. Dengan adanya mereka ini, kita tidak akan rasa terpinggir dan sepi. Ibu yang merajuk, ada tawa anak-anak yang menghiburkan. Suami yang terbeban dengan tugasan di pejabat, kembali ke rumah ada isteri penyejuk hati. Anak yang bergaduh dengan sahabat, ada ibu bapa tempat untuk mengadu. Itu antara contoh yang dapat kita lihat dalam kehidupan sehari-hari.
Selain itu, minat dan hobi juga mampu membuatkan kita tenang, leka dan lupa seketika akan masalah tersebut. Kalau wanita ada yang menjadikan makanan dan coklat sebagai penenteram jiwa. ^_^ Tak ketinggalan, aktiviti membeli belah yang terbukti membuatkan ramai dari kita berasa ceria. Individu lelaki pula kebiasaannya akan mengaktifkan diri dengan kegiatan luar yang lasak atau menumpukan pada hobi mereka yang khas. Tepuk dada, tanya selera masing-masing.
Tapi, benarkah 'ubat-ubat' ini 100% menyembuhkan..? Atau sekadar penenang sahaja, yang mana bila tempohnya telah tamat, kesakitan akan berulang kembali..? Dari situ kita dapat tahu, apa yang paling penting adalah.. muhasabah diri.
Tanya diri kita, apa sebenarnya yang kita mahukan. Jika kita mahu sedih maka kesedihanlah yang nenemani walau kita telah cuba pelbagai cara untuk mengatasinya. Jika kita mahu dendam, maka tetap jualah perasaan itu dalam dada tanpa kita sedari bahayanya. Sebaliknya, jika kita mahu gembira, pasti segala macam idea akan terlintas di kepala untuk kita laksanakan demi hasrat itu.
Berdoa, merupakan salah satu cara yang paling mustajab untuk mengubati hati. Nescaya kita akan tenang dan damai setelah itu. Jika kita benar-benar ikhlas, Dia akan bukakan pintu hati kita untuk menerima segalanya dengan hati yang redha dan ditunjukiNya pula kita ke jalan yang lurus. InsyaAllah..
Akhir kata, moga teman-teman semua berada dalam emosi yang terbaik dan gembira bersama keluarga. Salam petang dariku, Nadine Zuharra.. : )
23 comments:
Salam Nadine. bagi saya ubat yang paling istimewa ialah berzikir sebab Allah telah berfirman yang bermaksud," dengan banyak berzikir hati akan tenang". Saya dah lakukan setakat ini alhamdulillah. Tidak ada perasaan dendam walaupun setiap hari melihat muka orang yang menyihir isteri saya. Al-Quran banyak membantu alhamdulillah.
Kejadian yang berlaku pd keluarga sdr Budiman byk menginsafkan saya.Sememangnya perasaan dendam itu tdk dpt menenangkan kita,malah akan lebih membinasakan.
Keredhaan suami,menjanjikan syurga buat isteri yang solehah.
Moga sdr Budiman terus tabah. : )
paling setuju dengan point ketiga nadine. uhu. memang diya pernah "amalkan" makan coklat bila hati tercalar. ^-^
emosi sgt subjective
Diya Kamaruzaman--> kalau merajuk 3 hari,3 hari jugalah makan coklat ya..~ :D
*berat bdn saye pernah naik gara2 coklat.. : )
@t00neY r00neY®--> tabik dgn pakar sakit jiwa..
kata maaf biar lahir dr hati... br mujarab ubat tu... :D
Hah !!
Macam tau2 je Nadine nih!!
Kak Tie memang dalam situasi 'emosi terganggu' , dalam seminggu dua ni...namun hidup perlu diteruskan...hu hu...
ku tak sempurna--> kenelah ikhlaskan hati,baru yg renggang dapat bertaut kembali.. : )
Tie--> sabar kak Tie..SENYUMM..
hmm,sape yg kacau kak tie tu.. :D
bile kite dah takde tempat mengadu yg lain, berbaliklah kepada Allah...
Dia pasti memberi jalan untuk membantu kite...
InsyaALLAH
Kekadang bila aku kerisauan yang tidak berpunca, aku tidur. Ada kekadangnya pula aku akan menyedut nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya sekaligus. Kemudian aku mandi, pakai baju yang paling aku gemari dan membuat kerja rumah untuk melupakannya...
emosi ? kurang stabil..
sebab ? cuaca kot.. :)
pandai kamu menulis :)
selama akak hidup didunia ni kan, banyak kali akak berduka.. menangis.. meraung pun ada.
Betul lah... hanya pada Allah tempat mengadu.
Untuk tenangkan hati, ubat paling mujarab ialah mengaji sebab dengan mengaji, kita sebenarnya berkomunikasi dengan Allah...
bagus tips ni....paling best buat tak tau jer..he he he. Perasaan makin di layan makin menjadi
erk! hobi den menungang kuda berkaki dua.. hari-hari den menungang kuda... kadang-kadang kuda ponat gak...leps tu kuda lak tungang den, huhuhhuhu...
Deb suko senyum dari ketawo terbahak2....heheheh
"Nabi kalau girang macam mano pun dio akan tersenyum hingga menampakkan barisan gigi putihnyo....heheheh...
erk! berbeza kat raja lawak, pakso ketawo sampai tersembul mato terkeluar..."
wakakakka
kak jie mudah emo
dah mudah sejuk.....
kadang2 tanpa sebab
lagi bahye
fakta yg menarik ^^
sy sokong semua fakta kamu tu...
p/s: ketawa penawar duka
Chekgu BaniHassim--> sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penyayang lg Maha Pengasihani..
insan_marhaen--> menarik nafas panjang dan juga mandi itu bagus utk meredakan ketegangan minda & tubuh..
Arin--> musim panas kan sekarang..? ramai org lebih mudah 'hot' gara2 itu..hehe
13may--> terima kasih atas sokongan.ini sekadar yang biasa2,belum cukup ilmu lagi.. :D
Neeza Shahril--> betul kak Neeza.. kalau kita selalu baca Al-Quran,emosi kita pun lebih stabil setiap hari..
etomyam--> "jangan fikir yang bukan2.." -nasihat yg selalu kita dgr :D
maza--> mm,ade juga lawak yg tak berjaya membuatkan kita gelak dlm rancangan tu,hehe..(bukan sng nak ketawa,kan abg maza)
kujie--> emosi wanita lebih2la complicated dr lelaki..itu fakta tu.. ; )
z@md0tc0m ^^--> fakta2 dalam komentar ni pun semuanya bernas belaka,bolehlah kita kongsikan bersama...
Terima kasih sbb ingatkan perkara2 ni. Biasalah manusia mudah lupa. :)
bila tersesat..tersasar..hati jiwa atau apa saja..
kembali kepada dimana asal kita..kembali ke pangkal jalan insyaAllah..di situ akan sentiasa ada "Tangan" yang sedia terhulur..
*shemmi~tak bagi sedih, risau, pilu, kecewa..dgn sentiasa mengsibuk2kan diri..
Yang penting ialah 'mendekatkan diri' kepada Allah.
Manusia mudah lupa...Thanks
Post a Comment