Nama Chatuchak (atau Jatujak) ini diambil sempena nama sebuah taman awam yang turut wujud di situ. Ia merupakan pasar yang terbesar sekali di Thailand dan juga Asia. Dengan keluasan kawasan meliputi kira-kira 1.13km², ia berpusat di dataran lapang yang dikelilingi beberapa lokasi yang tak kurang menariknya seperti JJ Mall (kompleks beli belah), Chatuchak Park, Children's Museum, Railway of Thailand Museum, Chatuchak Plaza, Jatujak Day & Night, serta Queen Sirikit Park.
Untuk sampai ke sini, dari pusat bandar, kami menaiki BTS SkyTrain dan berhenti di Mo Chit. Pintu masuk ke pasar ini ada banyak. Jika kita masuk melalui pintu A, maka keluar nanti carilah semula pintu A itu, agar kita tidak perlu menapak terlalu jauh untuk kembali ke stesyen BTS tersebut.
Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 9 pagi. Awal pagi lebih menyenangkan kerana sekarang ini musim panas. Itu pun sampai di sana matahari sudah terik membahang, lantas kami membeli topi lebar untuk menghalang silau dari menujah anak mata.
Terlalu banyak gerai dan kedai yang menyajikan pemandangan menarik di sini. Mengikut fakta terkini, hampir 15,000 unit, terbahagi kepada zon-zon yang berlainan. Aku sendiri tak pernah berjaya menjelajah keseluruhannya. Kalah kepada keletihan..
Dibuka setiap Sabtu dan Ahad, ia dikunjungi lebih dari 200,000 pelawat sepanjang hari. Ramai tertarik dengan keistimewaan pasar ini yang menawarkan pilihan yang begitu berwarna-warni. Rambang mata juga melihat aneka barangan keperluan rumah, pakaian, kraftangan Thai, bahan artifak, koleksi-koleksi unik, lukisan serta perhiasan, makanan dan sebagainya.
Satu perkara yang penting, sebelum membeli, kita cuba dulu untuk survey harga barangan tersebut. Ini kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan yang sama dan mungkin wujud perbezaan harga di situ. Jika kita handal tawar-menawar pasti kita akan berpuas hati dengan harga yang diperolehi.
Pada mulanya aku tidak berniat hendak bershopping sakan, tujuan utama cuma hendak menjamu mata saja. Alih-alih, pulang juga dengan membimbit 2-3 beg plastik dek kerana terpukau dengan barangan yang ada di sini. Kebetulan kami pun sudah mahu pulang ke Malaysia, maka kami mengambil kesempatan untuk membeli sedikit perhiasan rumah yang boleh digunakan di kediaman baru nanti. Apa yang penting, ia bercirikan Thai.. sekurang-kurangnya bila terlihat benda-benda ini, akan mengembalikan memori kami di sini. Kononnya.. hehe ^_^
Antara lain yang menarik;
Kedai yang menjual arnab untuk dijadikan haiwan peliharaan. Siap dengan kostumnya sekali. Comel kan? (melihat² saja tanpa membeli) :D
Kehadiran 'Jack Sparrow' yang setia menghiburkan orang ramai dengan aksi silap matanya. Menjadi kebiasaan, artis-artis jalanan menjadikan lokasi sebegini sebagai medan untuk meraih rezeki.
Setelah penat berjalan, kami berehat seketika sambil menikmati hidangan tengahari di gerai Muslim yang terdapat di kawasan Clock Tower. Kesemua hidangan nampak menyelerakan dan aku memilih menu kuey teow sup serta beberapa cucuk sate. Selepas itu kami menyambung semula perjalanan. Kerana cuaca yang sangat panas, banyak kali juga kami singgah membeli minuman termasuklah ABC yang sungguh sedap.
Lewat petang, setelah berpuas hati ditambah pula dengan kaki yang sedikit lenguh, kami keluar dari Chatuchak.. Orang tetap ramai, berpusu-pusu keluar masuk pasar. Dengan pas sehari BTS, kami turut singgah di beberapa destinasi lain. Tiba di rumah kira-kira jam 10 malam, baru kami menyedari sesuatu.. Aduh, penatnya! Tapi.., seronok. ^_^
Begitulah serba sedikit catatan perjalanan buat minggu sudah. Minggu ini, belum ada lagi perancangan. Yang pasti, minggu depan tamat sudah sesi berjalan-jalan kerana perlu berkemas untuk pulang ke tanah air tercinta. Nostalgia manis di sini akan kekal tersimpan di dalam kotak ingatan... : )
:: credits to photostreams@flickr.com
22 comments:
halamak....Jack Sparrow pun ade....ckp Siam ke tu?...nak tergelak kata2 Tan Sri Khalid KP ICU tahun 2007 dulu...."setakat ni dah ada dalam 175 rombongan Kerajaan malaysia ke pasar Chatucak...atas alasan nak belajar dan guna pendedahan tu kat malaysia...sampai sekarang satu konsep pun tak der, gamaknya rombongan yg saya ketuai ni pun masuk dalam statistik yang tak bawa apa juga kepada negara"....he he he. steady Tan Sri
memang best sangat ronda-ronda kat kota bangkok...
rindu nak bertemu dengan sedara-mara kat sana...
:-)
Sungguh menarik sekali. Terfikir juga bila rasanya dapat kesana. Dulu saya dan rakan kerap juga langkah kesempadan beli barang-barang buat berniaga. Rasa-rasanya tak pergi dah la kot.
etomyam--> Jack Sparrow ni senyap je sambil tersenyum simpul..hehe
emm,smalam ade gak berbahas,kenapa M'sia tk boleh nak buat pasar mcm ni untuk promosikan barangan tempatan..?
Chatuchak ni dah wujud dr tahun 80-an lg..psr ni sbnarnya simple je;
-peniaga diberi kebebasan
-tiada susun atur yang terlampau skema(ikut kreativiti msg2)
-garis panduan yg relevan dgn konsep pasar
-unsur budaya yang jelas
-peniaganya 100% warga tempatan.(kalau kat M'sia kenelah kaum Melayu,Cina,India dll bersatu padu berniaga secara adil& harmoni)
-promosi besar2an oleh semua pihak
-lokasi dekat dgn lrt station
mungkin boleh berjaya sbb org M'sia bab shopping boleh tahan jg kan.. :D
Sifu Mirza--> hmm,sifu ade sedare kt sini..?wah,berdarah siam rupanya.. : )
ARIFF BUDIMAN--> Penang pun seronok macam kat Siam jg..makanan best,shopping mall besar2 dn banyak bangunan bersejarah.. saya pernah tinggal di Penang 5 tahun,mmg rasa berbaloi.. : )
wah..banyak betol gerai..dah jalan jauh2 pastuh kalau dapat foot massage sure best...
bestttnyeeee... 2,3 hari la gak nak ilang lenguh kalau round semua kan?? :D
harus penuh car boot tu... :D
embe, best la Bangkok ni kan. kreatif btol la. tapi sayang nye, ko dah nak balik. tak sempat duit tabung aku penuh. huhu...
best best ^^
kena bawa duit banyak2 kalo nk kesana ^^
p/s: selalu shopping kat padang besar je
Arin--> kalau kak Arin suka foot massage berderet kedai yang menawarkan perkhidmatan,salun rambut& facial pun ada.. tp saye urut sendiri je kat umah..hehe
ku tak sempurna--> tula,tapi duit ade sikit,shopping pun sikit jer la.. :D
ummi mien--> mm,tak byk mane costing die..air asia pun slalu jg buat promotion..dlm seratus lebih tambang pegi blk,tp kenela booking awal2.. : )
*@mall bangkok,baju baby tersangatlah byk n cantik2 belaka
z@md0tc0m ^^--> simpan,jgn tak simpan..dah byk nnti ha,boleh shopping puas²..hehehe
Alamak !! Ini satu terapi yang paling mujarab...ubat demam dan migrane...hi hi..
nadine..
mcm PS kt sini ke?
cute nyer rabbit die
Aku pernah sampai takat hadyai jer. yang menarik kay hadyai tu bukan saja pasar, dengan bas-bas sekali berwarna warni. dan drebarnya tak letih-letih bunyikan hon.
aku teringat pulut+ayam goreng. walaupun mulanya aku agak janggal untuk makan kerana sedikit ragu-ragu akan kehalalannya tapi ibu_suri makan selamba jer...
hmm rasanya kalau nak berjalan2 seperti ini perlukan stamina yang tinggi....kalau tidak, hanya menghantar RM utk diratah oleh pengusaha industri semata2.
maza lebih suka melawat tempat2 yg bersejarah dan penampilan keindahan alam!
Bab shopping2 ni kurang sikit! Batasan napsu masih utuh utk itu... tetapi rebah kembali sbaik bertenggek di atas motor dan kembara diteruskan lagi!
kayuh wak, ayuh kayuh wak!
hehehhehe
Tie--> hati2,cuaca panas kadang2 boleh memudaratkan.. kat pasar ni kak tie,tak semua bahagian berbumbung,walau kita bertudung,kene cover gak ngan payung/topi.. : )
@t00neY r00neY®--> Pasar Seni ke?mm,lain skit,pasar ni tak bertingkat,cuma deretan beratus2 kedai & lorong2 yang berselirat..
terkejut diya tengok gambar jack sparrow tu. ingatkan patung =p
kurusnya arnab tu ... pakai baju agi. huhu. kawaii! =D
Tidak ada masalah untuk mencari makanan halal ?
lrt - light rapid transit kan?
jadi, mrt - mass rapid transit?
kalau betul maka, haih..
sangat menarik! Nk pegi nnt kena google Nadine la..tanya lokasi menarik!hehe..
* kalau pegi harus amik gambr dgn Jack 'Separuh' tu!huhu..
ada lebit?
tomeinya.....
mcm best je....tapi bab panas terik tu......kelabu gak mata nengok nnt
Diya Kamaruzaman--> bile pegang arnab tu lembut n kecik je bdnnye..tp bulu die kembang yg nampak comel tu..
Abang Long--> Alhamdulillah,masih byk mknn yg halal kt sini.. : )
mr. hafis--> kalau betul kenape mr hafis? BTS tu lak bangkok(mass) transit system.. : )
Shemmi--> jemputlah dtg.. nadine pun sbnarnye byk lagi tmpat yg best2 tk pnah gi..tp taula skit2..hehehe
Kujie--> betul kak jie,ade 5-6 kali beli air sbb dahage..tp sini cuaca panas kering so tak berpeluh sgt.. :D
insan marhaen--> pulut + ayam goreng..?sedap tu.. kat sini kalau gerai/restoran diletak sticker2 yang bercirikan Muslim, insyaAllah benar2 halal..
maza--> baguslah abg maza tk suka shopping,naik motor pusing2 tgk keindahan alam lebih adventure gitu..hehe
Post a Comment