Sunday 8 February 2009

:: Freedom is an illusion?? Why??

Salam hujung minggu. Gembira ya hari ni kerana tak perlu menjengah ke pejabat. Tapi ada sebilangan dari kita yang masih fokus dengan kerja.. Harapnya prestasi itu mampu menjana sesuatu yang positif di masa hadapan.

Semalam, ada yang bertanya di ruangan sembang. Mengapa blog ini bertanda 'freedom is an illusion'..?

: ) Apakah pemiliknya ini ada masalah dengan kebebasan..? Hmm, antara ya dan tidak jawapanku. Anda kenal Michael Scofield..? Jika kenal, tidaklah perlu panjang lebar penerangan berikutnya. 'Freedom is an illusion' sekadar satu tagline dari siri popular Prison Break (maaf, kerana ia produk Amerika). Episod selama tiga musim cerita ini ada dalam koleksiku. Sekarang ia sudah masuk musim yang ke- 4.

Aku suka cerita yang berkisarkan tentang penjara. Contoh yang lain, The Shawshank Redemption. Cuba memahami gejolak emosi mereka yang disumbatkan ke dalam penjara dan terpaksa mengharungi saat-saat yang penuh debar lagi meresahkan. Pemberontakan dalam hati kerana melihatkan kebebasan itu terletak pada rantaian kunci di tangan manusia. Yang bersalah perlu diam dan akur. Bagaimana pula dengan yang jujur; terkorban kerana pengadilan yang tidak benar-benar tulus..? Manusia sanggup buat apa saja untuk kebebasan; itu perlu kita akui..


Emm, apa pula ertinya pada aku? Ini sekadar blog..? : ) ......Senyum lagi. Kerana blog ini suara hati aku, maka.., ia sesuatu dari segalanya yang tersimpan di situ.

Kebebasan. Maknanya terlalu dalam. Bukan untuk aku seorang tapi untuk semua kita.

Kita lihat dari konteks sesama manusia..

.Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, dan melontarkan perasaan hati.
~(Hakikatnya, ia ada batasan. Kerana hidup ini ada adab dan peraturannya.)

..Setiap orang adalah berhak ke atas nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.
~(Hakikatnya, masih ada yang diancam, disakiti dan diragut nyawa mereka.)

...Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan, layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
~(Hakikatnya, tetap ramai yang menjadi mangsa kepada mereka yang berhati buta)

....Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan tanpa sebarang apa jua pembezaan dan halangan.
~(Hakikatnya, tetap ada jurang yang nyata)

Dan.. banyak lagi.

Kebebasan; sesuatu yang begitu didambakan oleh semua. Ia seolah benar-benar wujud. Dalam hati, dan juga akal. Hakikatnya, ia tak mudah untuk dizahirkan. Ia hanya ilusi, makhluk kerdil bernama manusia.

Kebebasan itu percumakah? Sebarang yang bernilai, perlu di'bayar'. Samada dengan janji, harta, air mata, atau mungkin saja dengan jiwa..

Mari kita sama-sama renungkan..

p/s: Realitinya aku tidak punya kebebasan yang mutlak. Namun aku bersyukur, kerana itu menjadikan aku..- Aku.

:: credits to Big Garlic Bullet's photostream@flickr.com

15 comments:

Aini Khalid said...

Hello there.
bloghopping :D

cerita green mile pun sedih juga.
sangat kene dengan kebebasan ilusi anda.

cheers~

Neeza Shahril said...

kalau akak.. akak setuju aje freedom is illusion..
we are restricted in many ways sebenarnya.. :)

@tune® said...

sungguh mendalam dan ade maksud disebalik freedom is an illusion...

nice!!

Anonymous said...

hmmm...memang dari dulu rasa nak tanya naper guna tajuk blog cam tu, sekarang dah terjawab....setuju sangat, dan kita hanya akan rasai nikmat kebebasan bila kita 'dipenjarakan' oleh pelbagai situasi.

Anonymous said...

tiada kebebasan mutlak..itulah yang menjadikan kita hamba padaNya..
itu my view ah :)
coz everytime kita nak buat sumting we know that there's few guidelines from our Lord. Heh

take care!

chekgu Bani Hassim said...

bebas dlm erti kata yg sebenar mmg susah nk dpt...
kena ade peraturan...baru org akan patuh dan keamanan dpt dijaga..

kalau bebas dlm erti kata yg sebenar, susah nk kawal, dan mudah nk jadi huru-hara...

mr. hafis said...

prison break. saya suka watak mahone. :)

anggapkan sahaja dunia tidak pernah adil. jadi mereka. ahah.

nadinezuharra said...

Aini Khalid-->Thanks Aini sudi singgah ke mari.. : ) Emm,Green Mile..?yup,best jg..tom hanks sbg warden mengalami pengalaman yg cukup menarik bergelumang dgn kehidupan di penjara..

Neeza Shahril-->tak boleh ikut sgt kehendak hati..Nnti diri sendiri yg merana..kn?

@t00neY r00neY®-->small little mini pun banyak pengertian jg..hehe

nadinezuharra said...

etomyam-->Rasa bersyukur bila setiap kali kita terperangkap dalam situasi yg rumit,kita diberi kekuatan olehNya..

As-->betul tu..saya jg setuju.. : )

Chekgu BaniHassim->masih ramai jg yang salah faham dgn konsep kebebasan ini,terutamanya anak2 yang mahu 'lari' dr pengawasan orang tua..akhirnya terjebak dgn perkara yg sia2..

nadinezuharra said...

mr. hafis-->mahone..? : ) kombinasi watak2 ini semua mmg mendebarkan..

Abang Long said...

Sebenarnya, kita bebas memiliki semuanya, dan kita juga tidak bebas memiliki sepenuhnya.

Anonymous said...

pizen break. xlama dah nk abes. huhu. x sabor den.

beta masih lg mencari tagline seswai. ade cadangan?

nadinezuharra said...

Abang Long--> ya,saya setuju.Masing2 semestinya ade persepsi sendiri..

Sweet Thinket--> mm,yeke belum ade..?tp saye pasti idea Sweet Thinket nnti lebih meletupp.. ; )

Anonymous said...

Den lak.... memilih bebas dgn caro tersendiri...: kembara jalanan

hehehehe

nadinezuharra said...

maza--> pusing2 dn jelajah tempat orang buat kita rasa happy jgk kan..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails