Tuesday 10 February 2009

:: Upin,Ipin & Geng - Pengembaraan Bermula..!

Geng: Pengembaraan Bermula... Bangga dengan hasil terbaru Les’ Copaque Production yang satu ini. Selepas berjaya menghasilkan siri-siri pendek dengan sentuhan yang cemerlang, kini mereka mengorak langkah berani dengan menghasilkan filem animasi yang juga menggunakan watak yang sama; si kecil Upin dan Ipin serta rakan-rakan mereka.


Aku dah lama mengikuti aksi dan telatah si kembar berdua ini semenjak siri-siri mereka bersiaran di kaca TV tidak lama dulu.. begitu menghiburkan. Banyak tauladan yang dapat dicontohi oleh kanak-kanak di Malaysia. Budaya berbilang kaum berkumpul dalam suasana harmoni, juga nasihat-nasihat yang berguna disampaikan dengan cara yang dekat sekali dengan jiwa kanak-kanak. Kita yang dewasa ini pun turut leka dengan dunia warna warni mereka.

Filem animasi ini bakal menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009. Kurang dua hari lagi, anda semua dapat menyaksikannya.. Aku..? Hmm, tak pasti samada aku sempat atau tidak menjengah ke pawagam untuk filem ini bila tiba di Malaysia Mac nanti. Apapun yang pasti, aku ingin memiliki cetakan DVDnya yang original. ^_^



Bermodalkan sekitar RM4 juta bagi kos pembikinan, filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Kementerian Pelancongan Malaysia dan lain-lain.

Dilancarkan pada 11 September 2007, penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005. Mereka juga terlebih dahulu memperuntukkan masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia. Tak mustahil hasilnya begitu kemas dan berkualiti.

Harapan kita agar usaha mereka ini mampu memartabatkan industri perfileman animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa. Secara tak langsung juga, ia akan memberi semangat kepada lebih ramai lagi peminat aliran ini di negara kita untuk cuba bereksperimentasi dengan karya masing-masing. Syabas buat LCP, teruskan misi anda dengan lebih banyak produk-produk baru di masa hadapan.

p/s: Comel sangat Upin dan Ipin.. Tersenyum dan ketawa aku melihat keletah mereka di YouTube.. hehe

13 comments:

Tie said...

Kak tie memang minat Upin dan Ipin ni... The best antara banyak2 citer animasi malaysian ni....

Memang tak de peluang nak gi tengok wayang. Kalau ada dvd nanti, mestilah tengok...hihi..

Shemmi said...

shemmi ..hehe..tak tau kenapa tak suka...
aduhai..lansung tak menyokong barangan buatan malaysia kan?

haha..

yag tau hanyalah tagline yg selalu org sebut..

"Betul betul betul!"

Neeza Shahril said...

akak tak biasa tengok tapi pernah tengok sikit..
walaupun ianya takla se gah animasi barat, bole dibanggakan jugak usaha mereka kan..

@tune® said...

kite pon minat..
nadine blanjer eh?

Nek Cun said...

Nadine... nekcun jarang tengok kartun, tapi bila cucu datang memang tak ada chance nak buka channel lain lagi dah!... dia yang pandai nak buka channel 613, 612 or 611.Siap pegang remote control lagi!... Sesekali seronok gak tengok kartun nih...

Jie said...

betul...betul...betulll...

Jarang sgt dpt tgok kt tv tp selalunya tgok kat youtube

Anonymous said...

papa hannah pon tak sabar nk bawak dia p panggung tgk upin n ipin..tp tak taula si dara tu boleh dok diam ke tak dlm wayang :D

zamdotcom said...

Animasi kali diaorg mmg bagus ^^ first time tengok upin & ipin terus jatuh hati ^^

apa yg bagusnya diaorg ni test market sebenarnya upin & ipin tuh..mungkin nk tengok sejauh mana penonton sukakan animasi mereka nih.. ^^

sangat bagus karya mereka ni sampaikan semua lapisan umur sukakan animasi mereka ^^

dan sy pasti movie yg dihasilkan sudah pasti tidak akan mengecewakan penonton dan peminat upin & ipin..malah movie ini juga sudah pasti dapat menembusi pasaran antarabangsa ^^

hidup Les' Copaque

AddamBlack said...

insyaallah sempat. bergantung kepada crowd yang akan datang menonton. kalau sempat tgk tau. kalau tak tunggu DVD orinyer...heee.

terima kasih jugak for promoting. tau tau tau

-AddamBlack dari LCP-

KTS said...

betul... betul... betul...

dah janji ngan anak sedara, nak bawa dia tgk kat panggung...

nadinezuharra said...

Tie--> tak dpt tgk wayang,DVD pun jadilahh.. hihi

Shemmi--> shemmi minat anime ek..?takpe,asalkan tau tagline die yg glemer tuh.. ;p

Neeza Shahril--> yup,sokonglah karya anak tempatan kita

@t00neY r00neY®--> uik?ari tu main teka2 nadine yang menang kan..hehe

Nek Cun--> bukan setakat budak2 je yg seronok nekcun,kite pun 'hanyut' skali..

nadinezuharra said...

Kujie--> tengok,tengok,tengok.. (ipin yg cakap ek..hehe) YouTube mmg byk berjasa..

lydzar--> skali mak hannah yg terkekeh2 ketawa,si dara tu bantai tido plak.. ;p

z@md0tc0m ^^--> betul,betul,betul..
satu strategi yg bagus.Bila ramai yg dah kenal n minat,buat filem mesti org nak tgk jg kan..? : )

AddamBlack--> insyaAllah sempat.. *kalau ade siri animasi terbaru,informla ye..

ku tak sempurna--> dah janji kenela bawak kan..? ^_^ mesti diorang hepii..

Anonymous said...

icon yg paling ketara dan maza meminatinya ... "betul! betul! betul.."

hehehhe

tak sabar gak nak menonton tu...mengalahkan budak kecil gak....heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails