Thursday, 12 February 2009

:: Komik; senyum-sedih-seram

Pagi yang indah. Matahari bersinar terang di luar sana. Aku baru sahaja usai mengemaskan idea-idea yang baru muncul untuk ditambah ke dalam helaian karyaku. Bila mana semangat itu datang, maka aku harus segera melakukannya. Kalau berdalih dan berlengah-lengah, kelak aku cuma akan melihat cita-citaku ini terkabul di dalam mimpi. Yang seronoknya, tadi baru terlintas beberapa tajuk (rahsia) yang kufikirkan sesuai untuk ceritaku ini.. kononnya.. (Ah, aku berangan lagi.. hehe.. ) ^_^

Merayau-rayau di alam maya, aku juga merajinkan diri melawat beberapa laman penulis dan juga syarikat penerbitan. Meneliti panduan, terma dan syarat mereka . Ya, sebagai orang yang baru nak bertatih, aku perlukan begitu banyak sekali sumber yang boleh dijadikan contoh. Banyak juga ya lambakan novel-novel yang ada di pasaran. Kadang-kadang aku terfikir mampukah aku terus melangkah seterusnya menyertai kelompok mereka yang sudah berjaya..?
Walaupun dilema seperti ini sesekali melanda, akhirnya aku akan teruskan saja.. Fikir-fikir, tak rugi pun kalau kita menulis. Kerana kalau bukan untuk orang lain, ia sudah cukup bermakna bagi diri kita sendiri. Itu tegasku buat pembakar semangat.

Emm, singgah sebentar di laman CESB, aku terjumpa komik kesukaan aku di zaman kanak-kanak. Pernah tak kalian membaca riwayat tiga dara ini..? Sangat terhibur dan boleh dikatakan aku dapat menyelami watak-wataknya dengan baik. Kisah gadis kampung, yang biasa-biasa. Walaupun biasa, tapi setiap liku hidup mereka begitu istimewa. : )

Sukakan komik..? Aku suka. Tapi tak semua genre yang aku baca, cuma sebahagian yang pernah mengisi duniaku satu ketika dahulu. Alam Perwira, Dewata Raya.. (mengarut kan..?) Sin Chan, Misteri Alam Angker, Detektif Conan, Siri Penyiasat Remaja, Ujang, Apo? dan banyak lagi. Sampai sekarang aku masih curi-curi baca. Nasib baik adikku salah seorang pengumpul tegar. Aku cuma tumpang sekaki. ;p

26 tahun. Ya, sudah tua. Tapi kita perlu akui dalam diri kita masih ada sisi yang masih rindukan sesuatu yang manis; kenangan, hobi dan sifat kita semasa usia masih kecil; kita yang naif, dan benar-benar jujur. Masih lagi 'buta' tentang dunia..
Apa pula sesuatu yang kalian rindukan..? Mari kita imbas kembali bersama-sama..

p/s: Ada terima surat panggilan untuk menghadiri peperiksaan bagi permohonan jawatan kakitangan awam (PTD), 26 Feb ini. Sayangnya aku tak dapat ikut serta. Berat hati nak pulang seorang diri kerana sudah merancang nak balik berdua ke M'sia 7 Mac nanti.
Mungkin bukan rezekiku mencuba nasib kali ini. Moga-moga ada tuah lain yang menanti kepulanganku kelak. InsyaAllah..

18 comments:

Jie said...

oooo.....mmg baca tu dulu2.... suami masa baru kawen..berkotak2 komik GG dia....!

komik skrg ni mcm tak bertuhan..mencarut , maki bahasa kasar tak de sempadan.

nadinezuharra said...

Kujie--> bestlah GG..!mesti kak jie selongkar kotak2 tu kan..hehe
*yup,kalau komik2 yg 'kasar' kita jangan beli..buat tambah stress je

Tie said...

Entahlah kenapa, kak tie pulak kurang minat baca komik tu, tapi kekadang baca gak...cuma lebih suka novel misteri atau seram....suka berangan agaknya...hehe....

zamdotcom said...

memang soronok baca komik GG ^^ tak kering gusi malah penuh dgn nasihat


p/s: pernah manage website Mattromeo utk GG

Neeza Shahril said...

akak suka kartun2 ni.. akak suka gelak.. hilang stress sekejap..
lagipun dengan ketawa kita sihatkan otak kan..
mungkin that's why lah sense of humor akak tinggi..
orang buat lawak sikit akak dah tergelak lebih2 hehee..

Sifu Mirza said...

nadine...

saya sokong 400% keinginan anda utk melibatkan diri dalam penulisan kreatif...

betul... no procrastination please...

kerana sikap bertangguh adalah musuh orang beriman...

seribu langkah bermula dari langkah pertama...

awak sudah mulakan langkah pertama itu.. teruskan..

all the very best wishes to you..

:-)

mr. hafis said...

entahlah. dulu masa zaman sekolah suka membaca komik. sekarang tiada sense untuk itu.

sekolah rendah :- ujang,

sekolah menengah :- penyiasat remaja kindaichi, rottw, guitar n bass, mutiara naga.

selepas sekolah sehingga sekarang :- ada dekat detail about me. ahah.

mungkin saya terlalu inginkan kehidupan yang serius. :)

KTS said...

tak berapa gemar komik...

terutamanya komik yg ada pahlawan2... pendekar2...

komik yg dibaca pun, doraemon...
itu pun sebab dah boring...

prefer novel..

@tune® said...

nadine...
jai kawan mereka...
hahaha...
gila² perkara dinanti setiap bulan

nadinezuharra said...

Tie--> mana2 pun takpe kak tie,asalkan kita rase puas hati dgn hasil bacaan kita tu..
*Kak tie tak lame lagi boleh jd spy la agaknye..hehe

z@md0tc0m ^^--> Mattromeo salah seorang penulis yang gaya penulisannya saye minat. Keranamu Ainon; salah sebuah novel yang unik dan membawa kita menyelongkar misteri yang tersirat..

Neeza Shahril--> byk idea kita boleh cedok dari komik kan..? ; )

nadinezuharra said...

Sifu Mirza--> terima kasih banyak Sifu.Dorongan sahabat memang menceriakan hari saya.. : )

mr. hafis--> hehe.. Sebab itu bila kita terjebak dgn perkara semacam ini,orang akan berkata; "Macam budak2".. :p mungkin mr hafis ada hobi lain yang lebih menarik?

ku tak sempurna--> eh,lupalah doraemon..!tgklah betapa kuatnye pengaruh doraemon pd budak2 zmn 90-an(mcm saye)..sekarang dah kurang kot..

@t00neY r00neY®--> yup, Jai.. pelengkap Esah,Awa, & Noi..walaupun selalu berselisih pendapat,mereka ni sahabat yang sejati..

chekgu Bani Hassim said...

huhu...
nostalgik kan bile ingt2 balik...
sayangnye majalah2 tu dah tinggal kenangan dah...

mr. hafis said...

sekarang?
bola sepak, futsal dan muzikal instrumen. Selain daripada wikipedia membaca tentang sejarah dunia. :)

nadinezuharra said...

Chekgu BaniHassim--> dah jadi cikgu,mungkin tak sempat nak melayan komik.. ; ) ade tak student Chekgu bw komik gi sekolah..?

mr. hafis--> mm,bagus,bagus,bagus..(nada ipin)hehe.. wikipedia tu seronok kan..?macam2 ilmu di dalamnya..

Abang Long said...

Suka baca novel ? Tolong berikan alamat emel.

nadinezuharra said...

Abang Long--> abg long nak share novel online ke..hehe..tq
nadinezuharra@yahoo.com

Shemmi said...

Karya Cabai..Ujang adalah antara kartunis yg jadi kegemaran Shemmi satu waktu dulu..
dulu2 memang peminat tegar majalah Gila-gila...

* psstt! Nadine..dulu Shemmi pun follow jugak Alam Perwira..koleksi abang2..berbukit2 kat umah..hihi..

* Jibam...the one n only..novel yg menjadi kesayangan..

* teruskan usaha untuk jadi novelis..saya sokong

Zamz said...

dulu penah beli buku nih...dah kat mana letak dah hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails