Wednesday, 25 February 2009

:: Wartawan tak bergaji..


"Dunia blogger ni macam wartawan la. Kalau ada cerita atau gambar menarik pasti nak dirakamnya. Orang lain mungkin tak faham. Dari seronok-seronok kini menjadi hobi. Kemana saja aku pergi, kamera pasti akan dibawa bersama." ~ luah seorang sahabat lewat entrinya di blog.


Aku tersenyum. Emm, betul juga ya... Ramai dari kita suka dengan gambar/imej, kerana sekeping gambar itu kadangkala bisa berbicara. Aku pun suka membawa kamera kalau mahu ke mana-mana.. (ke pasar,tidaklah..) ^_^ Mana tahu ada sesuatu yang cantik dan menarik untuk dirakam. Kalau bukan untuk blog pun, aku akan bercerita tentangnya kepada orang lain. Seronok dapat berkongsi sesuatu..

Setiap dari kita yang mempunyai blog pasti akan terfikir apa yang mahu dimuatkan dalam blog untuk entri terbaru. Apa cerita panas..? Apa yang boleh buat orang dan diri kita sendiri suka untuk baca? Gambar apa yang relevan dengan cerita..? Semua ini sedikit sebanyak bermain di kepala.

Walaupun tidak disogok dengan sebarang pendapatan, aku akui 'tugasan' ini sedikit sebanyak mewarnai hari-hari kita. Sebab itu di saat kekeringan idea ditambah pula mood yang tidak menentu, ada yang berkata; "Aku tak tau nak cerita apa", "Sorry, entah apa-apa entri aku hari ni.." dan macam-macam lagi. : ) Tak kisahlah.. aku pun selalu juga buntu nak menulis, akhirnya cuma menjengah ke blog teman-teman.. Tup-tup muncul juga idea itu nanti..

Aku tidak cerewet tentang isi apa yang aku baca. Samada blog yang memaparkan kisah peribadi atau blog yang lebih terbuka konsepnya, kesemuanya aku suka asalkan jalan penceritaannya secocok dengan jiwa aku. Kadang-kadang aku suka blog yang isinya penuh humor dan membuatkan aku ketawa. Sebahagian masa pula aku akan melayan isi yang lebih serius. Aku juga pasti kalian pun ada pendapat dan citarasa yang tersendiri.

Dulu, sewaktu aku cuma 'bermain-main' dengan kebosanan, wujudlah satu blog tentang cerita peribadi. Contohnya; apa yang aku buat sekian-sekian hari, dan siapa yang aku jumpa.. Tiada minat hendak mencari cerita/berita tentang hal ehwal dunia mahupun apa kisah yang berlaku di sekeliling. Sesuai jugalah dengan usiaku yang masih muda ketika itu. Baru saja mencapai angka 20. Dan yang menjadi teman di ruang komentar pun hanya kawan-kawan rapat yang sudah pasti dekat dengan cerita hidupku.

Setelah melebihi suku abad, aku mula tertarik dengan kisah yang lebih meluas skopnya. Cerita tentang asam garam rumahtangga, naik turun kerjaya, isu perkembangan semasa, masalah sejagat, hidup dan budaya masyarakat luar, serta pelbagai lagi perkara yang selalu diperbincangkan oleh golongan dewasa. Aku sendiri mahu berubah. Mahu dewasa dari segi pemikiran.

Dalam penulisan kita, tetap jua kita tak melupakan tentang dunia remaja dan kanak-kanak kerana kita pernah melaluinya.. Berbeza dengan sewaktu kita masih mentah dulu. Mahu bicara tentang perkara yang 'besar' seperti di perenggan atas, kita masih kerdil, naif, dan hanya secubit pengalaman untuk dipersoalkan.

Namun, zaman kini sudah semakin canggih. Bayi yang baru lahir pun sudah ada blog sendiri yang dicipta oleh ibu bapa berinspirasikan kasih sayang. ^_^ Sekurang-kurangnya bila sudah pandai membaca kelak, dapatlah mereka menghayati segala peristiwa manis yang dilalui mereka sewaktu masih kecil. Menarik bukan..?

Dengan segala kemudahan yang ada di Internet, hampir kesemua maklumat yang kita perlukan dapat diperolehi dalam masa yang singkat (mujur kalau ada servis talian internet yang memberangsangkan..). Tak lupa, sumber media lain pun banyak manfaatnya. Sama-samalah kita terus menyelongkar segala ilmu yang ada untuk dikongsi demi sebuah kebaikan. Selamat maju jaya buat teman semua , dan terima kasih atas segala info yang anda berikan.. : )

p/s: Kurang berminat menulis di lembaran kertas, kerana lebih senang menaip.. hehe

23 comments:

Anonymous said...

blog.... terus terang, kak jie bukan penulis blog yang baik.

kadang2 tak de pun isu penting..cuma hal peribadi yg remeh temeh.

blog tu mcm pesembor...mcm2 ada..kejap isu semasa, kejap hal peribadi..kejap itu ini...entah....tak kisah org nk lebelkan apa pun....kebanyakkannya kisah makcik2...kehkeh

Anonymous said...

tapi seronok berblog ni.........ada ramai kawan!

what you give you get back!

Arin said...

arin bila dah selalu menaip, pasti akan kekok menulis..rasa pelik sangat handwriting sendiri.. :)

Ariff Budiman said...

Salam. Memang seronok jadi wartawan tak bergaji ni. Kira kamera tu teman hidup le. Kalau rosak cepat-cepat beli lain lepas tu poket kering.

nadinezuharra said...

kujie--> pasembor la yang sedap..ramai org suka..hehe
*kadang2 kisah sehari2 buat org rasa rapat dengan kita..macam ahli keluarga gitu.. kan kak jie..? : )

Arin--> sesekali menulis guna pen,aduh,lenguh jg jari2 ni.. :D

ARIFF BUDIMAN--> mmg byk kegunaan kamera dlm life kita.. : )
tp saye tak suka belek2 kamera tgh2 malam sbb dah pernah terjd sesuatu yg misteri..isk2 seram betul..

ummi mien said...

aku suka blog sbb bole mendekatkan diri kita dgn org tuh. kita bole rasa perasaan org tuh melalui apa yg dia tulis. dan memang pon tiap2 ari pk nk tulis apa. hehe...macam dah addict plak.

Shemmi said...

blog shemmi pun campur aduk..tapi sgt2 tidak ada pasal hal ehwal politik, mahupun semasa, motivasi, hal agama..

sebab dah berlambak blog yang seumpama itu..kalau rasa nak baca nak tau..belek2 aje blog teman2 lain...

maka isu yg tertulis adalah hal2 diri sendiri ajelah..macam diari yg tak berapa nak update!

:)

nadinezuharra said...

ummi mien--> takpe kalau addict nak menulis pun,sbb blog boleh jadi satu kenangan peribadi..nnti dania dah besar boleh baca cerita ummi die..hehe

Shemmi--> hmm,dalam kisah biasa itu kdg2 ada isi tersirat yang kita sendiri tak perasan.. mungkin org lain boleh ambil iktibar@faedah drpdnya.. :D

Anonymous said...

Thank god skrg ni kita boleh menulis kat blog utk lepas2 tension dsb. Dulu pendam aje... bila di kumpul jadi bom. Btw, kenapa cameraman tertonggek aje bila ambil gambar?

nadinezuharra said...

Ismail N--> blogging pun leh jd terapi yang baik.. : )
*slalu cameraman berposing mcm2 gaya utk ambil shot yg terbaik,tp tk sedar aksinya yang bersungguh2 tu jd rakaman org..hehe

Anonymous said...

dulu orang tulis benda peribadi dalam diari, sekarang blog dah jadi macam diari gak...

Abang Long said...

Sebenarnya blogawan adalah seorang yang kreatif. Mereka memikirkan apa yang akan dimasukkan kedalam entri seterusnya.

Namamu sudah terpahat didalam Blog Abang long. Silalah jawab dengan sejujurnya.

TERIMA KASIH.

Tie said...

Ho ho...makcik tingtong sudah datang...

Pada mulanya kak tie menulis untuk mencari teman2 masa study dulu. Malangnya sampai sekarang tak jumpa. Mungkin mereka2 yang seumur dengan kak tie ni tak de masa untuk berblogging.

Namun, kak tie temui teman2 baru, ada yang tingtong macam kak tie, ada yang serius, romantik,lucu, bijak dan ada juga yang pandai masak2. Kak tie rasa bertuah juga.

Insyaallah....kiranya ada umur, kak tie akan terus berblogging selagi jejari ni mampu menaip, he he.....

Anonymous said...

Bila aku dah menulis blog ni, seronok rasernya. Betul cakap ko, aper yang kita fikir menarik, kita akan tulis. Ader cerita atau berita terbaru kita ulas. Memang best. Kadang2 terasa macam wartawan pulak. Walaupun tak bergaji, tapi kepuasanan akan dirasai apabila pengunjung membuat komen yang membina dalam setiap entri kita. Itu adalah penghargaan yang paling bermakna bagi aku.

mr. hafis said...

dulu blog saya penuh dengan rebel.

Bila sedar terasa pula macam tidak bersyukur.

sekarang menulis untuk kembangkan eksplorasi. Harap-harap minda saya tidak terbatas. Ahah.

KTS said...

ya betullll...

bila ada blog, kita jd lebih prihatin dgn keadaan sekeliling...

smpikan kalau bole, semut tu ckp apa pun kita nak tau... supaya dpt jdkan entri... hikhikhik...

Neeza Shahril said...

akak rasa entry akak entah apa apa aje sebab blog tu blog akak.. jadi, apa yang rasa nak tulis, akak tulis..
ada orang tak suka, lantak lah kan.. walaupun kengkadang tu bengkek jugak sebab dia boleh comment pasal details yang akak tulis sedangkan akak tahu lah apa yang akak tulis..

hehehh.. baby pun blogging kan.. canggih sungguh :D

nadinezuharra said...

etomyam--> susah kalau diari ni,dah berubah tahun yang lama kene sorok dalam laci..hehe

Abang Long--> sedap perkataan blogawan tu..mcm sasterawan pula.. :D
*thanks Abg Long,dgn penuh debaran saya akan menjawabnye nnti..hehe

Tie--> keep it up kak Tie..suka bace cerita kak Tie,macam2 kaler.. ; )

TokNabe said...

satu gambar lebih memberi erti dari seribu perkataan.Hehe... jangan lupa dari sekeping gambar juga boleh mendatangkan berdozen fitnah!

Anonymous said...

Ah! Kalau sudah minat, sudah cinta, ... alah bisa, ...

masa sempit pun dapat dicelah2kan, mcm mat rempit mencinuk2 di celah deretan kereta.....hehehehe

...tetap juga mahu mencuri masa utk hobi itu sendiri..walaupaun berabis duit, perut kebulur... janji ketagih minat itu dilempiaskan.......


wakakakak

zamdotcom said...

Langsung tak pandai tulis blog ^^ cuma sekadar berkongsi gambar-gambar yang tak seberapa ^^


p/s: byk lg gmbr yg xupload...

Anonymous said...

nice..just lalu lalang :p

Glennis said...

Interesting poses, are they doing Tai Chi exercise?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails