Musim cuti sekolah ini sinonim dengan majlis keraian sempena termeterainya janji merpati dua sejoli. Sana-sini ada orang kahwin. Semalam aku menghadiri jemputan dari salah seorang teman baikku, Azila yang menaiki pelamin bersama pilihan hatinya, Azmir.
Perjalanan ke rumah pengantin di Raub, Pahang tidak membosankan sama sekali. Pemandangan indah di lebuhraya Karak membuai rasa. Bukit-bukau yang dilitupi kabus membuatkan mata tidak jemu memandang. Hampir dua jam perjalanan, kami sampai di sana.
Seronok bertemu rakan lama. Walaupun kami dulu bersahabat di usia yang masih mentah (ketika zaman sekolah menengah), dan kemudiannya terpisah oleh jarak dan masa, namun kenangan-kenangan manis dulu yang mengukuhkan persahabatan kami.
Sama cantik, sama padan, kupanjatkan doa agar mereka bahagia sehingga ke anak cucu. Ops, sampai cucu sahajakah? Bagaimana pula bila sudah bercicit? Ada yang membuat humor. Semua pasangan kalau boleh mahu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Moga begitulah hendaknya..
Minggu depan pula majlis perkahwinan sepupuku. Lazimnya jika majlis yang melibatkan keluarga sebegini, kita akan sama-sama 'turun padang' membantu serba-sedikit persiapan majlis tersebut. Bila ramai-ramai berkumpul, di situlah kemeriahan dapat kita rasai.
Bagaimana dengan kalian? Khabarnya ada seorang dua teman blogger yang akan naik pelamin dalam masa yang terdekat. Tahniah aku ucapkan dan terima kasih kepada mereka yang menjemput. InsyaAllah aku akan menghadirkan diri. Selamat Pengantin Baru dan moga majlis tersebut akan menjadi saat terindah pada diri anda dan pasangan..

4 comments:
Ha ha..
Memang musim pengantin ni.. Tapi kaktie cuma dapat makan sekali je nasi pengantin.... sibuk dengan banjir kot... kat ganu ni barulah reda sikit.
Takpe,kak tie kan handal bab2 msk nasi pengantin ni..hehe..
Rumah kak tie naik air tak..?Harap2nya semua mangsa2 banjir di serata negara menerima bantuan yang secukupnya bg meringankan beban mereka..
embe..
ada pics kawin ila tak?? upload arr...
selamat pengantin baru untuk kawan Nadine, Azila dan Azmir...
seronok attend kenduri kawin ni.. seronok makan nasi minyak dan seronok dapat gift yang pelbagai rupa ;)
Post a Comment