Tuesday 6 October 2009

:: Buah hati baru..

"Tak boleh nak buat apa.. kalau repair rugi.. baik beli baru.." Hmm, itulah kata-kata salah seorang jurujual komputer di Plaza Low Yatt bila kami menanyakan tentang peluang membaiki laptop kami itu yang bermasalah buat kali yang ketiga.. Kerosakan kritikal yang bersangkutan dengan graphic card.. frust juga kerana keadaan fizikalnya masih kelihatan baik.

Dek kerana itu, terpaksalah aku mencari laptop yang baru.. Tertarik pula dengan si kecil molek, Acer Aspire One. Jimat, dan mudah dibawa ke mana-mana. Harganya dalam 1200++.. Sangat berbaloi untuk aku yang mengalami sedikit kegawatan ekonomi apatah lagi di musim-musim raya begini. Hehehe..



Aku cuma perlukan kegunaan minima; bagi mengakses Internet dan sedikit kerja menaip. Mungkin dari segi kualiti, ada bisik-bisik yang mengatakan brand ini kurang memuaskan.. namun adikku juga turut menggunakan laptop dari jenama ini yang jangka hayatnya kini sudah menjangkau lebih dari 4 tahun. Moga-moga mini laptopku yang ini mampu menjaga 'hati' dan 'poket' tuannya dengan lebih baik.. :D

Bagi yang berminat, antara jenama lain mini laptop yang terdapat di pasaran; Asus, Samsung, Sony, HP, Lenovo, Toshiba, dan banyak lagi. Pilihlah saja yang mana berkenan di hati.. : )

4 comments:

Abang Long said...

Salam Syawal.

Yang penting, ianya memudahkan tugasan harian, dan dapat memudahkan urusan perhubungan

Tie said...

Comelnya laptop tu... Kak tie memang teringin nak beli yang baru. Tapi, setakat ni budget belum cukup lagi. Banyak benda yang lebih penting perlu diuruskan...

~Tengah tunggu bulan jatuh ke riba, hehe..

TokNabe said...

Kecik dan senang dibawa kemana2.

Sifu Mirza said...

salam nadine..

saya juga menjanjikan anak saya laptop ini jika beliau lulus cemerlang dalam exam..

dan saya adalah pengguna acer sejak dulu lagi..

simple dan tak banyak ragam..

selamat mengguna..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails