Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih punya kesempatan menghirup suasana bahagia di Aidilfitri kali ini.. Belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua teman, semoga ceria dan gembira di sisi keluarga..
Kuala Lumpur masih meriah dengan majlis keraian sempena lebaran yang belum berakhir. Aku dan seisi keluarga sudah pun berkunjung ke beberapa acara rumah terbuka yang diadakan oleh sanak saudara. Setahun sekali berkesempatan berkumpul beramai-ramai, memang sesuatu yang menyeronokkan.
Hidangan yang tersaji juga seringkali membangkit selera. Ibarat pesta makanan yang datang bermusim, pandai-pandailah kita mengingatkan diri sendiri agar tidak makan secara berlebihan, kelak akan mengundang masalah pula.. : ) Sebut tentang juadah hari raya, petang tadi, dapat aku menjamah pecal (menu Jawa yang sangat enak), dan roti jala istimewa yang disediakan oleh ibu saudara di Bangi. : ) Terima kasih Cik Lah..~
Cerita tentang raya, memang semuanya indah. Kenangan di kampung halaman, menggamit rasa rindu. Syukur dapat pulang ke kampung tempoh hari.. yang kekal di kotak ingatan, senyum tawa saat semua terkumpul bersama. Sememangnya lebaran memberi suasana yang berbeza..
Namun begitu, dalam suka ada duka. Sedang kita dibaluti kegembiraan, jangan pula dilupa pada mereka yang tidak dapat merasa apa yang sedang kita rasa ketika ini. Kenang saja peristiwa bencana alam yang berlaku di beberapa negara jiran baru-baru ini. Menyedihkan, dan moga dapat kita utuskan doa agar Tuhan menguatkan hati mereka.. Semua ini peringatan buat kita dan sama-samalah kita renungkannya..
Akhir kata,
Salam Lebaran, & selamat malam...
3 comments:
Salam Syawal.
Apakah kuih muih atau juadah yang paling disukai dipagi Syawal ?
Uiks ... hari raya makan pecal ? Hehehehe ...
Dulu masa dok di johor, memang meriah dengan rumah terbuka. Tapi sejak dok di ganu ni (hampir 10 tahun), tak de lagi raya sangat. Lepas balik dari rumah mak dan mentua, selama seminggu, suasana seperti biasa je.
Memang kita patut bersyukur, kita mewah dengan makanan, sampai nampak macam membazir je.
salam aidilfitri nadine...
mudah-mudahan corak diri kita kali ini lebih baik dari corak tahun yang lalu..
:-)
Post a Comment