Musim buah yang masih hangat belum nampak penghujungnya. Di kawasan sekitarku masih meriah dengan kewujudan gerai-gerai yang menawarkan buah-buahan seperti durian, manggis dan langsat dengan harga yang istimewa. Antara buah-buahan ini yang lebih popular tentulah si raja buah; durian. Terhibur juga dengan gelagat para pembeli yang leka membelek-belek buah berduri itu sambil menghidu bau bagi memastikan keenakan isi di dalamnya.
Tak ketinggalan, aku juga turut serta menjamu rasa., kebanyakannya pemberian dari teman dan jiran yang baru pulang menjengah dusun keluarga di kampung. Ada juga datangnya dari ibu bapa pelajar yang bermurah hati memberikan sekotak dua buah-buahan yang segar dan manis kepada warga sekolah kecil kami. : )
Hitam-hitam si tampuk manggis.. walaupun hitam isinya manis. Yang sebenarnya, aku sangat sukakan manggis. Dengan isinya yang putih bersih, dan rasanya yang masam manis, manggis memiliki keistimewaannya yang tersendiri.. Melihat pada khasiat yang terkandung dalam buah ini, ternyata ia banyak membantu dalam meningkatkan kesihatan..
Xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti gatal-gatal, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut serta kulit melecur. Selain itu, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol, keletihan, kekurangan darah, ulser, dan gastrik juga boleh diringankan dengan pengambilan khasiat yang sama seperti yang terdapat dalam buah ini.
Antara buah-buahan lain yang ku kira memiliki sedikit persamaan dengan manggis; buah durian belanda yang sangat enak dibuat jus, dan..
4 comments:
Kak tie pernah rasa koko tu, ok jugak! Durian belanda pun best. Tapi Manggislah ratu segala buah, hehe..
Yang atas sekali tu memang sedap... sayangnya kalau nak elok kena petik, pokoknya tinggi pulak tu.
Paling suka makan buah manggis. Nadine suka makan buah apa ?
kayteeze--> mm..sedap kan air durian belanda..favourite saye tu kak tie.. : ) mm,kak tie pernah ek makan koko..?yela..rasenye masam2 manis jgk.. tp bkn senang nak jumpe.. kene blk kampung dulu,tak dijual di mane2..hehe
TokNabe--> bukan senang nak dapat manggis,terima kasih la pd tuan punya dusun.. :D
Abang Long--> samelah kita Abg Long.. saye pun suka manggis juga.. Suka yang hitam2 manis gitu..hehe
Post a Comment