Friday, 10 July 2009

:: Bahasa kita apa salahnya...

Salam buat semua. Entri pertama untuk bulan Julai. Aku tak banyak menulis kebelakangan ini. Kalau dulu dalam sebulan terdapat belasan entri, kini hendak dicukupkan sepuluh pun agak sukar. 'Kemesraan' aku dengan dunia blog sudah semakin pudar nampaknya. ^_^

Kerjaya sebagai guru membuatkan fikiranku berjalan sepanjang hari. Mulut tak henti-henti berbicara, bersoal jawab dengan anak-anak kecil yang semuanya petah belaka. Tiba saja di rumah, usai urusan segala, hendak bercerita panjang di sini kadangkala aku kehabisan ilham. Namun begitu, minatku untuk menulis masih sama seperti dulu. Aku akan tetap ada, walaupun dijarak oleh masa.

Emm, antara yang menarik minggu ini dan aku kira ada bersangkut paut dengan kerjayaku; pengumuman pihak kerajaan mengenai sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di mana ia akan dimansuhkan berkuat kuasa pada tahun 2012. Semuanya akan kembali seperti dulu, segalanya diajar dalam Bahasa Malaysia. Apa pendapat kalian..?

Sebagai guru Sains dan Bahasa Inggeris, aku agak bersetuju dengan langkah ini. Aku melihat kepada hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak ia dimulakan yang mana ia menunjukkan penurunan prestasi dalam pencapaian murid. Yang jelas, tidak semua murid dapat mengikuti sistem ini dengan baik terutamanya murid dari lingkungan luar bandar yang tidak mendapat pendedahan meluas dalam aspek penggunaan Bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, di dalam kelas, walaupun aku mengajar dalam Bahasa Inggeris, namun dalam sesi soal jawab bersama murid, seringkali saja aku perlu menerangkan kembali maksud bagi sesetengah ayat menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengelakkan kekeliruan mereka. Bukan mereka tidak dapat menerima Bahasa Inggeris, malah mereka memberi reaksi yang positif, namun sokongan Bahasa Malaysia itu turut penting bagi membantu meningkatkan pemahaman mereka dalam subjek yang terlibat.

Sarananku (sekadar pendapat), aplikasikan dwi-bahasa. Selain sesi pembelajaran menjadi lebih menarik, minda pelajar juga akan turut berkembang. Misalnya, semasa sesi penerangan, gunakan Bahasa Malaysia, dan ketika berinteraksi dengan murid semasa sesi latihan mahupun eksperimen, bertuturlah dalam Bahasa Inggeris. Aku akui murid sekarang semakin bijak, dan mereka dapat menerima kaedah ini.

Kesimpulannya, kita lihat dulu perkembangan seterusnya buat tahun-tahun yang mendatang. Harapanku, anak-anak kecil dapat memupuk sifat cintakan bahasa ibunda, dan membesar menjadi seorang individu yang berfikiran terbuka dalam menuntut ilmu. InsyaAllah.

p/s: Buat masa ini aku terus berbahasa Inggeris kerana pemansuhannya lambat lagi.. 2012..! :D

7 comments:

Abang Long said...

Dari awal memang menentang PPSMI.

Bahasa Melayu adalah bahasa BERDAULAT.

Bahasa Inggeris adalah bahasa perhubungan antara - bangsa.

hentian said...

Penulis novel kanak-kanak Shahidan Mohd Noh pernah berkata: ilham ada di mana-mana. Cuma kebijaksanaan kita memetik dan melebarkannya di atas kertas.

mr. hafis said...

ppsmi.

nak tukar buku teks lagi.

betul-betul sektor pelajaran adalah lubuk bisnes. sigh.

@tune® said...

unless kalau kite 24hrs speaking..mmg la tiada masalh..

ni kt umah ckp jawa
blk kg ayah ckp kelantan..
kawan²cakap melayu..

agak sukar nk manfaatkan

nadinezuharra said...

Abang Long--> Dr dasarnya biarlah kita berpegang pada bahasa dan budaya kita..

insan marhaen--> setuju dengan pendapat sdr. Pandang sekeliling, luaskan minda~

mr. hafis--> : ) banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat..

@tune®--> : ) emm, ada murid yang lambat menguasai 3M (menulis, membaca, mengira)..lagi tambah beban utk guna sistem ppsmi.

Anonymous said...

Kak tie rasa, dwibahasa tu bagus. Masa kak tie sekolah dulu (convent), cikgu memang ajar cara begitu. Satu lagi, kita suka sangat ubah bahasa Inggeris kepada BM. Terutama dalam subjek sains. Susah nak terima laa.. Lebih mudah guna bahasa Inggeris, sebab bila masuk U, kena cari reference pun dlm BI.

Entahlah... Ibubapa kena mainkan peranan juga. Tak boleh harapkan cikgu . Kalau dah mak2 masing2 dok ngadap tv tengok cerita Indon, macam mana anak2 nak mahir berbahasa Inggeris.

Dan Tie tengok, setengah ibubapa (di kampung) tidak cukup menggalakkan anak2 membaca. Pagi2 lagi dihalau anak2 main di luar. Konon2 nak elakkan rumah berselerak.

Jadi, anak2 di kampung lebih banyak habiskan masa main basikal dan akhirnya merempit. Kecik2 (darjah 5) dah boleh naik motor...

Ini yang kak tie sendiri nampak. Dan inilah antara puncanya mereka malas belajar. Anak2 luar bandar diberi kemewahan dengan bermotor.
Ini anak2 Melayu. Bangsa lain mana ada buat begini. Err....tersasar dari topik lagi, ekekekeke....

nadinezuharra said...

kayteeze--> ape yang kak tie cakap tu betul..
ibu bapa perlu bagi pendedahan awal pd anak2.. murid2 saya pun kalau yang cepat tangkap tu kebanyakannya mmg telah diberi asas dari umur mereka 2-3 tahun lagi,jd bila mula sekolah mereka takkan ketinggalan..

bila dah mahir membaca BM maka mudahlah bagi mereka meloncat ke BI pula.. : )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails