Salam pagi Ahad buat semua.. Baru sekejap tadi, terlintas dalam fikiranku untuk memuatkan lagu-lagu kegemaran dalam blog ini. Barangkali lirik dan susunan lagu yang indah itu dapat kita dengari dan selami isinya kerana, ia juga satu karya seni yang punya cerita tersendiri. : )
Getar senandung Suralaya menggamit
Di ruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasih ku melirik senyum tangis
Sukar untuk ku tangkis
Getar senandung Suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin jelas
Makin rasa sebegitu ikhlas
Kata kata mu bagaikan sinar yang ditelan kabus
Yang sempat ku dengar
Hanya madah
Hanya kata
Selamat tinggal
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang
Dari pandangan
Getar senandung Suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin rangsang
Makin rasa sebegitu terang
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang
Bukan beralah kecewa kerana cinta
Tapi berjuta kecewa kerana rindu
Berjuang ku hanya satu pegangan hidup
Dan mati ku ingin terasa kau bersama
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang
Dari pandangan...
~Suralaya Dalam D Major (Amy Search)~
6 comments:
Lagu baru Amy ke? Tak pernah dengar pulak. Tapi menarik jugak. Not bad!
He he....
Tie rasa resah pulak bila dengar lagu ni... jiwa mokcik ni lain sikit laa... :)
hye nadine...
haah...xpenah dgr la...
ni lagu lama dah ni..tak silap thn 2006
betul kan?
Suralaya sebenarnya membawa maksud tempat pengabdian manusia selepas mati
Lagu yang ada 'jiwa'.
ingatkan sajak ka tapi rupa-rupa nya lirik lagu mendalam dan terbenam.
Post a Comment