Mm, tentang blog, buat masa ini aku lebih seronok membaca dan memahami kitaran kisah yang berputar dalam hidup kalian dalam ruang masa yang telah aku tinggalkan. Belum terlambat juga untuk aku bertanya khabar semua teman di luar sana. Aku panjatkan doa agar kalian berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama insan-insan tersayang. Terima kasih yang tak terhingga kerana masih setia mengintai diari kehidupanku di blog ini. Moga persahabatan kita akan berpanjangan..
Hampir sebulan aku di KL, banyak masa diluangkan untuk menguruskan hal rumah. Maklumlah, keperluan asas semuanya perlu dibeli sementelah kami bermula dari sifar. Dalam berjimat-cermat, cuak juga.. maklumlah, harga barangan semakin meningkat.
Selesai hal rumah, sempat juga aku dan suami mengambil peluang bercuti ke kampung halamanku di Endau, Rompin. Atuk kelihatan begitu gembira sekali kerana cucu pulang menjenguk. Sebilangan besar dari saudara-maraku juga menetap di sana. Maka dapatlah aku menziarahi mereka mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Hmm, indah sungguh memori di kampung dan aku sentiasa rindu suasana damai di sana.
Ada satu lagi perkara yang mencuri masaku. Kerja. Ya, itu apa yang sedang aku usahakan sekarang. Tempoh hari, aku telah menduduki penilaian bagi kemasukan ke KPLI. Lulus atau gagal belum tahu lagi keputusannya. Dengan izin Tuhan, mungkin ada rezekiku di situ. Jika telah tersurat guru bukan kerjaya untukku, masih banyak lagi peluang pekerjaan di sekitar Kuala Lumpur sebagai alternatif.
Dalam hal ini, usaha berterusan memang perlu dan isu kemelesetan ekonomi serta kesukaran mendapatkan pekerjaan yang melanda negara kita perlu aku tolak tepi sebagai motivasi. : ) Doakan aku agar berjaya ketemu pekerjaan yang serasi dengan minatku. InsyaAllah..
Sebelum aku tamatkan coretan.. Selamat malam aku ucapkan.. Moga bermimpi yang indah-indah, dan sambutlah hari esok dengan senyuman.. Take care~
p/s: Esok pagi ada temuduga di Jln Raja Chulan.. Malam sudah agak lewat, esok kuyu mata salah siapa..? Hehe..
8 comments:
Nadine. Insyaallah semoga anda berjaya dalam bidang yang diminati. Teruskan mendidik anak bangsa
good luck!
alhamdulillah sume dh selamat kan. little updates for u. haslia dah dapat baby boy. rosey dah kawen. kyra pregnant. liza and aini menunggu ari nak bersalin. ani tgh berdebar2 tggu result iview smbg master kt oversea. fara fadzil dah dpt keja. yabeet baru dpt bonu$!reza n k widia dh kawen. tetiba nak bgtau gak.hehe...so many gud news kan? blog betul2 baloi utk hapdate khaba berita kita sume.
InsyaAllah...
~ ini negerimu..ini tanah tumpah darahmu..pasti akan ada rezki yg tercipta khas utkmu..
senyum selalu Nadine!!!
semoga berjaya ya Nadine..
akak dulu mintak jugak tapi akak tak minat sebenarnya..
dan akak tak proceed pun ;)
besh kn blk tanah air?
xbyk pergolakan ..
alhamdulillah nadine slamat pulang
selamat berinterivew...
good luck jugak kpli...
erm, hati2 kat jalan raja chulan...
sbb ade pondan gile yg dok serang pompuan...
seram...
putaran hidup..dan kehidupan
moga berjaya dlm apa saja yg diusahakan
Post a Comment