Wednesday 4 March 2009

:: Keterbatasan waktu..

Aku masih di sini. Sesekali mengerling ke arah jam melihat jarumnya berjalan melintasi angka. Cepat sungguh putaran masa.. sehingga tidak membenarkan aku menyusun bait-bait kata menjadi seindah yang mungkin. : )

Pernah cemburu dengan masa..? Atau sebenarnya masa yang mencemburui kita..?

Sekarang aku sedikit sibuk. Walaupun gelisah kerana tak dapat menulis dengan tenang, aku tetap menghargai sedikit momen yang berjaya ku curi demi minatku yang satu ini. Umpama pengemis cinta yang berharap rindu dendamnya berbalas, begitu juga aku. Hati meronta-ronta ingin berkata tapi dihimpit oleh keterbatasan waktu..

"Masih ada tamu yang ingin berkunjung ke sini.. Maka, jangan sesekali kau membiarkan teratak kecil ini sunyi tidak berpenghuni. Sejujurnya.. kau masih sayang padanya, kan..?" soal Hati. : )

"Ya.. " jawabku sambil mengeluh nafas panjang.

"Teruskan menulis, Aku.." kata Hati sambil senyum gembira.

Aku mengangguk setuju. Sampai bila akan setia..? Moga masa akan tetap merestui cintaku yang satu ini..

2 comments:

Anonymous said...

Nadine, u patut tulis your own novel. Cara penulisan u memang style penulis novel. Byk yg tersirat dr yg tersurat.

nadinezuharra said...

Terima kasih atas sokongan sdr Ismail..saya sdg mencuba ke arah itu : )
Sebenarnya,masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dn ruangan blog ini saya jadikan medan utk mempraktiskannya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails