Thursday 5 February 2009

:: Sebut tentang makan ~bertuah jadi warga Malaysia..

Selesai makan malam, ada sedikit masa untuk aku berada di sini sebelum mengundur diri dan melelapkan mata.

Tadi, kami makan berempat, ada seorang teman sekerja suami ada bersama (selain dari abang iparku..). Dari Malaysia juga.., mungkin 2-3 minggu dia di Bangkok untuk menyelesaikan tugasannya, sebelum kembali semula ke tanah air. Biasanya kalau ada sesiapa dari negara kita yang diam di tempat yang sama, kami pasti mempelawa mereka untuk sama-sama menikmati hidangan walaupun semuanya disediakan serba sederhana. Lebih manis begitu dari membiarkan mereka tercari-cari makanan halal di luar yang payah ditemui jika tidak tahu lokasinya.

Maklumlah, di kawasanku ini (kategori pinggir bandar), kalau mahu makan mengikut selera di Malaysia, perlu menggagahkan diri untuk memasak. Tak banyak makanan halal ada di pasar malam atau gerai-gerai berdekatan. Perlu bergerak pula menaiki teksi jika mahu ke restoran Muslim yang ada di kawasan lain. Syukur pasar paginya masih ada sumber bahan mentah seperti ayam dan daging halal serta makanan laut yang kebanyakannya segar-segar belaka. Senang hati kerana dapat memasak apa-apa yang diingini. Kebersihan pun lebih terjamin.

Pemandangan biasa di sini, peniaga berjualan di tepi jalan besar. Habuk dan debu tak terkira banyaknya. Tidak bertutup pun hidangan, ditambah pula dengan *haiwan-haiwan yang berkeliaran di sekitar gerai. Tepuk dada tanya selera. Mungkin mereka rasa itu tak mengapa.. tapi kita..? : )

Lebih kurang sebulan lagi aku akan setia di sini. Sekejap saja masa berlalu.. dan Malaysia seakan sudah memanggil-manggil kami pulang ke pangkuannya yang damai dan sentosa. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.. Penutup kata yang bisa menyedapkan hati yang kerinduan..

Selamat malam semua...

p/s: Aku suka pasar malam di Malaysia, tapi aku juga pasti akan rindukan steamboat dan nasi beriyani Arab di kota ini.. hehe
*haiwan yang haram disentuh dan dimanjakan

6 comments:

@tune® said...

welkam bek
leh mkn puas²

Tie said...

Salam, Wah...tinggal di Bangkok ke?

Hmm...bila dah jauh dari tanahair, barulah terasa nikmatnya berada di tempat sendiri, kan...

Memang kita patut bersyukur, apa yang Malaysia ada sekarang adalah terbaik buat kita. Cuma sesetengah orang lupa tentang itu semua....sedihnya.

nadinezuharra said...

@t00neY r00neY®--> kene amik mase seminggu dua jugak baru puas mkn bile blk nnti..nak tala sehari,mau tak larat nak berjalan..hehe

Tie--> yup,M'sia is the best.. walaupun mcm2 masalah melanda negara kita,tp rakyatnya masih banyak ruang utk kehidupan, teringat kat Gaza,lagi sedih..

KTS said...

problem utama... makanan klu pergi ke ngr org... walaupun ke indonesia... belum tentu halalnya... inikan plak di negeri gajah putih tu... tak ramai muslimnya...

p/s : pernah tgk gajah putih tak :D

Zamz said...

betulla mula2 je rasa best kat tempat org..lama2 sure rasa rindu negara sendiri kan..esp the food hehe

nadinezuharra said...

ku tak sempurna--> Tapi rezeki utk makan tu masih luas kt sini.. Alhamdulillah.. : )
mm,tak pnah lg tgk gajah putih,ade ke..hehe.. gajah kelabu banyakla, diorang gune utk show kt tepi2 jln..

Zamz-->sbnarnya byk rindu kat family..heheh..tu yg selalu blk jgk tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails