Wednesday 4 February 2009

:: Apa Erti Kawan..?

Ini julung-julung kali aku menerima award. ^_^ Terima kasih sdr Ismail N kerana penghargaan ini. Ada juga terlihat award yang sama diletakkan di blog teman-teman yang lain. Ia ibarat jalinan sebuah persahabatan, yang juga wujud di dunia maya ini..


Lewat dulu, ada jugalah kad ucapan, dan hadiah-hadiah yang ku terima dari teman-teman bersempena meraikan hari-hari istimewa; contohnya hari lahir, saat graduasi dan juga ketika majlis perkahwinanku.

Memang kita tidak minta, tapi naluri seorang teman, pasti mahukan sahabatnya itu gembira bukan..? Kalau tidak kerana hadiah pun, perhatian yang mereka berikan pada kita sudah cukup buat kita rasa lega, gembira dan bahagia. Terbukti, sesuatu yang ikhlas dan jujur menjadikan sesebuah persahabatan itu begitu indah dan istimewa.

Aku bicara sedikit tentang persahabatan. Sempat juga aku ketemu beberapa madah kata yang baik untuk mengupas cerita ini..


Perasan atau tidak, sahabat yang betul-betul rapat dengan kita akan mengetahui perasaan kita dengan melihat dari air muka sahaja. Mereka akan menjadi pendengar yang baik untuk setiap kisah kita, dan apa saja ulasan yang terbit dari bibir mereka, ia sesuatu yang jujur. Mereka sering membantu kita mengatasi kelemahan yang ada dalam diri, dan yang lebih bermakna, mereka membuatkan kita sedar akan apa kelebihan kita yang orang lain tidak sedari atau ambil peduli.



Rambut sama hitam, hati lain-lain. Walaupun kita membina persahabatan dengan orang yang berlainan cara dengan kita, dalam banyak-banyak perkara, kita akan ketemu juga adanya persamaan. Tanpa kita sedari, itulah yang membuatkan kita suka dan tertarik padanya.



Persahabatan tidak menuntut apa-apa balasan. Cukup saja dengan kepercayaan, kejujuran dan penerimaan. Walaupun dalam apa jua situasi, semua elemen ini amat diperlukan.



Mahu atau tidak, kita tetap perlukan sahabat. Kemahuan dan keperluan itu sesuatu yang berbeza. Barangkali kita boleh hidup tanpa sesuatu yang kita mahukan, kerana mungkin saja ia bukan sesuatu yang betul-betul berguna kepada kita. Namun, tanpa kecukupan sesuatu yang perlu, kita akan menderita..


Bila terjadi kehilangan, baru kita akan terduduk mengenangkannya. Kita tidak sempat untuk menatap senyumannya buat kali yang terakhir. Tidak sempat untuk menutur bicara kasih yang tersimpan dalam dada. Apa yang tertinggal hanyalah sepi dan rindu.

Sebelum terlewat, ucapkanlah penghargaan pada teman kita. Luahkan padanya betapa kita gembira kerana mengenali dia yang memberi kekuatan pada diri kita. Dan jujur kita perlu katakan; Terima Kasih Teman...

....Adakah kita cuma bersahabat dengan seseorang yang boleh dipanggil kawan..? Bagaimana pula dengan ibu bapa kita, pasangan kita (suami/isteri), anak-anak, dan juga sekalian makhluk-makhluk Tuhan yang lain..? Mereka juga teman dalam hidup kita. Mereka juga layak digelar sahabat. Oleh kerana itu, rendahkanlah hati, insafilah diri jika kita kata kita boleh hidup sendiri. Tanpa mereka, siapalah kita... : )

Di kesempatan ini, aku ingin melontarkan kata yang ikhlas dari hati, terima kasih buat semua yang pernah bertandang dalam hidup ini.. Moga-moga kalian sentiasa beroleh kebahagiaan dalam hidup, di dunia mahupun di akhirat.. InsyaAllah..

p/s: Teringat memori zaman persekolahan (menengah).. Saban hari aku dan para sahabat saling bertukar kad/nota yang dihias dengan bermacam-macam cara. Kelas yang berlainan membuatkan kami teruja untuk berkongsi perihal masing-masing. Iyalah.. masa itu, nak bersms, handphone pun masih belum ada. Sungguh manis kenangan ini. Sampai sekarang aku masih menyimpan semua kad dan nota itu, tidak satu pun ku buang. Kerana walaupun mereka sudah jauh di mata, di hati mereka dekat sekali...

:: credits to jakerome's photostream@flickr.com

8 comments:

Shemmi said...

mmm...betul betul betul!..

zmn sekolah..mmg suka berutus surat dgn kwn2..walhal kwn2 tu dok satu kelas aje!..
dlm ramai2 tu shemmi teringat sorg kwn bernama Hasnah..
berkarang2 surat yg dia layangkan utk shemmi..setiap hari!..
mcm org bercinta..cinta atas dasar kawan..

*kalo tgh mengantuk cikgu mengajar di depan..kami2 kat belakang..akan draw picture apa2 aje..n saling berbalas ant 1 sama lain..
ahh..rindunyaaa.....

Shemmi said...

opss..lupa nak cakap..

Terima kasih Allah sebab kenalkan shemmi dgn Nadine!

Anonymous said...

More quotes? ... Ha ha. Rajin cari quotes la. Thank u for being my cyberspace friend. Berkawan biar ramai, berkawin kalau boleh, biarlah satu.

@tune® said...

cantik quote² yg diberikan..

mr. hafis said...

saya pernah menulis seperti entri ini di blog lama.

:)

nadinezuharra said...

Shemmi--> mmg macam tu cara kita budak2 sekolah membuang masa kan..anyway ia tetap memori yang berharga :p

Ismail N--> kalau boleh..?hehe..
ya,jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.Bersyukur kita dengan apa yang ada..

@t00neY r00neY®--> : ) nak cari kisah2 nabi pula yang berkaitan dengan para sahabat..pastinya lebih indah..

Anonymous said...

kawan senang cari...sahabar sukar

Anonymous said...

salam singgah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails