Monday, 2 February 2009

:: Kereta dan Kita

Kereta. Tak dapat dinafikan ia merupakan salah satu dari nadi penggerak kehidupan. Dengannya kita mampu untuk sampai ke destinasi dengan selesa. Tak perlu risau akan ketinggalan bas, tak perlu bersesak menaiki keretapi dan sebagainya. Alhamdulillah, kerana akal fikiran yang dikurniakan Tuhan kepada manusia membolehkan terhasilnya ciptaan sebegini.

Ada yang kecil, ada yang besar. Sesetengahnya kelihatan cute, dan ada juga yang tampak gagah dan berani. Apapun ada yang mengatakan, sesebuah kereta itu ibarat cerminan personaliti pemiliknya. Mungkin ada benarnya di situ. Dalam menghias kereta, pemilihan accessories yang terlalu sarat bukanlah sesuatu yang aku gemari kerana mungkin sahaja aku seorang yang ringkas. Juga pengubahsuaian yang terlampau ekstrim. Tapi atas dasar minat individu serta kesesuaian jenis kereta, pemilik bengkel atau kedai peralatan seperti ini tidak perlu risau. Pelanggan yang berminat untuk modify sana-sini, masih ramai di luar sana.

Bila sudah bekerjaya, rata-rata orang akan mula memasang impian; diam-diam mahu memiliki rumah dan kereta. Lihat, betapa pentingnya ia pada kehidupan kita seharian. Budak kecil pun sudah pandai berangan..

"Tengok, ni kereta baru kita. Papa kita belikan. Best.. pintu dia boleh terangkat ke atas.."

Mereka memang bijak. Bijak mentafsir yang kereta adalah sesuatu yang bernilai, sesuatu yang istimewa, walaupun di depan mereka itu, cuma sebuah kereta mainan. ^_^

Kereta impian?
Tepuk dada tanya selera. Selalunya kita bersandar pada kemampuan kewangan sebagai garis panduan utama. Yang sesuai untuk diriku ini, cukup saja yang sedang-sedang saiznya. Peruntukan bulanan untuknya juga harus sederhana kerana banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan. Walaupun Lancer GT dan Honda City baru itu menawan hati, ianya masih jauh lagi dari jangkauanku. (Tersenyum; menambah stok angan-angan..)

(Gambar hiasan)- Cara parking yang 'tepat'.

Emm, macam-macam gelagat manusia bila kita sentuh tentang kereta dan aspek memandu. Boleh jadi kita akan melihatnya dari perspektif yang berbeza.. Yang sopan dan berhemah, tabik kepada mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang...

*Lupa daratan
Ghairah memecut, lupa segala-galanya. Terlampau taksub dengan kemampuan dan kehebatan kereta yang dimiliki. Dialah jaguh di jalan raya. Had laju yang ditetapkan langsung tidak dihiraukan. Saman? Oh, bayar saja, habis cerita..

Bila sudah terbabas dan terbaring di katil hospital, barulah mereka sedar yang perbuatan ini hanya sia-sia belaka. Malang tidak berbau.., Biar lambat asal selamat; begitulah antara pesanan yang sering dicanangkan.

*Panas baran
Kerana kereta orang bermusuhan.. Bukan kita tak pernah dengar atau lihat, adegan maki hamun yang kadangkala berlanjutan sehingga timbul aksi tumbuk menumbuk. Selalunya perselisihan faham ini terjadi akibat perlanggaran, atau kes potong memotong yang menimbulkan perasaan tidak puas hati pada sebelah pihak.

Sebagai wanita memang aku sedikit gerun dengan hal semacam ini. Lebih baik ia dibawa berunding dengan cara baik kerana ia akan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak. Jika ada yang tidak mahu bertolak ansur, ke balai polis saja untuk menyelesaikannya.

....Yang selain dari itu, tak mengapalah.. Cuma dua ini saja ingin aku tekankan di sini kerana ia saban kali mendatangkan kesusahan dan kesakitan (mental & fizikal).

Adatlah manusia, ada angin pasang surutnya. Aku sendiri ketika memandu kadang-kadang membentak dalam hati kerana tidak puas hati akan sesuatu. Tetapi kerana memikirkan keselamatan dan juga ketenangan seisi kereta, apa salahnya kita berlatih untuk memupuk sikap sabar dan prihatin dalam diri. Perjalanan selamat, hati pun gembira. InsyaAllah.. ^_^

11 comments:

mr. hafis said...

seperti perkataan daripada french. sama juga dengan kereta.

ada masculine dan juga feminine.

satu soalan ya, volkswagen new beetle tu masculine atau feminine?

:)

Anonymous said...

nasihat kepada pemandu perempuan, jgn letakkan asesories yg menampakkan pemilik kereta itu serang perempuan...mudah di kesan oleh penjenayah.

@tune® said...

mr.hafis...beetle itu adalah feminin..kt US budak skolah relax jer pakai kete tuh...kt malaysia...hya golongan tertentu saje...

Anonymous said...

sebenarnya drive keta best...enjoy...tapi malaysian driver...hu hu hu...taksub kat besi bergerak kot...

Neeza Shahril said...

tadi baru je ada accident kat traffic light masa akak balik dari sekolah..
tak teruk pun tapi menyengkang kat tengah2 sampaikan semua orang susah nak lalu..
perkara biasa kat sini orang tak ikut traffic light.. menakutkan..

Arin said...

keta saya hanya lah kelisa..nih anak dah ader dua..tgh berkira2 nak tukar keta..tapi kene ukur poket gak..hehhe..

Abang Long said...

Sikap rakyat Malaysia - PEMURAH.
Sikap pemandu Malaysia - PEMARAH.

13may said...

yang penting ada lesen memandu :)

Anonymous said...

Wow, cantik template baru. Kemas dan menarik. Excellent.
Ada award for u. Pls. check out @ http://passionateaboutblogging.com/my-time-out/passionate-about-blogging-l-the-moving-wall-slams-it-again . Ok. FREE dahhhh...

nadinezuharra said...

mr. hafis--> feminine!saye agak2 saje,nasib baik @t00neY r00neY® tolong jawabkan..thanks! : )

Kujie-->yup,kesian pd mereka yang sukakan pink n hello kitty..nak buat camne kan kak jie..takut nnti org jahat mengekor pula..

etomyam-->mmg enjoy,lagi-lagi kalau nk g shopping.semangat je rase..hehe

Neeza Shahril-->eish,takut jg.kak Neeza hati2 ye..pak2 arab mmg gitu stail mereka..

nadinezuharra said...

Arin--> saye pun suka kelisa,comel kan..?takpe nnti ade rezeki kite same2 tambah lagi satu..hehe

Abang Long--> hmm,betul kata Abang Long tu.Dalam baik ada buruknye..tak gitu.. : )

13may--> saye ade lesen tau, ;p mude2 lepas spm terus ambil sbb mase tu driving school nye bayaran murah lagi..sekarang..?isk isk..

Ismail N--> thanks.emm,biase2 aje..malu pulak ade org puji..
anyway,terima kasih byk 4 the award,nnti saye gi amik ye..: )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails