Friday 27 February 2009

:: Anak kecil fikirannya suci..

Di suatu pagi selepas kelas Sains tamat, buat kesekian kalinya riuh kedengaran lantunan suaraku mengingatkan semua anak-anak murid tentang temujanji ibu bapa dan guru yang akan berlangsung pada Sabtu hujung minggu. Ia adalah majlis ringkas untuk membincangkan prestasi anak-anak disusuli jamuan ringan. Surat jemputan sudah diberi, dan harapan kami pihak Tadika, agar semua dapat bekerjasama dengan baik demi menjayakan majlis itu.

Di suatu sudut, seorang anak kecil yang manis tiba-tiba menegurku.

"Teacher, Ain dah cakap dengan ayah dan ibu, tapi rasanya ibu Ain je yang dapat datang."

"Kenapa ayah Ain tak boleh datang..?" tanyaku acuh tak acuh sambil tangan sibuk membersihkan whiteboard.

"Ayah Ain tak mau datang sebab banyak kerja.." mata Ain kelihatan redup.

"Oo, kalau macam tu takpelah Ain, Ain datang dengan ibu je ye.."

...Dia senyap.


"Kenapa termenung tu Ain? Tak apa.., Teacher tak marah ayah Ain tak dapat datang. Sekurang-kurangnya ibu Ain dapat teman Ain kan..?"

"Mm...Teacher.." katanya terhenti di situ.

"Ya..?" aku rapat sedikit untuk mendengar butir bicaranya dengan lebih jelas.

"Kenapa kalau Ain tanya apa-apa kat ayah, mesti ayah marah. Kalau Ain cakap je.., ayah marah-marah." ada emosi yang bercelaru di sebalik wajah mungil itu.

Aku terdiam mendengar celotehnya. Lantas memandang dengan perasaan ingin tahu.


"Kalau kakak Ain cakap pun sama. Ibu pun selalu kena marah dengan ayah."

"Mm, betul ke..? Ain ada cakap apa-apa yang buat ayah Ain marah agaknya..?" aku cuba menduga.

"Taklah. Ain cakap biasa pun Ayah dah masam. Ayah tak suka Ain ke Teacher..?"

Aku lihat ada manik jernih bergenang di bibir matanya.


"Nanti ayah Ain okeylah tu.. mungkin dia ade masalah kat tempat kerja kot.. tu yang dia marah-marah. Jangan merajuk dengan ayah ye sayang..?" ..aku kehabisan ayat di situ.

Aku dapat merasakan yang kata-kataku itu tak relevan langsung untuk memujuk anak kecil. Mana mungkin mereka faham apa itu masalah orang dewasa. Yang mereka tahu, marah itu = benci. Sungguh mendalam simpatiku waktu itu.

Ain cuma tersenyum tawar saat aku memeluk bahunya.


(Beberapa hari selepas itu..)

Mengimbas kembali fail peribadi Ain dan juga hasil perbualanku dengan cikgu-cikgu senior, akhirnya aku faham mengapa boleh keluar perkara semacam itu dari mulut Ain. Rupanya ibu dan bapa Ain ini dalam proses perceraian. Mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Tak mustahil Ain menjadi mangsa dalam konflik ini.

Sepatutnya sebagai seorang guru, sejak awal lagi aku perlu tahu ini semua. Tapi aku cuma tahu setelah Ain sendiri yang menceritakan. Aku tertipu melihat senyumannya yang selalu tampak ceria. Di dalam kelas walaupun dia sedikit blur tapi dia bijak. Selalu dapat markah tertinggi dalam ujian penilaian.

Oh, apa yang cikgu boleh bantu, sayang.. Selepas dari hari itu, aku memberi lebih perhatian kepadanya. Tidak sesekali aku ungkitkan ingatan pahitnya. Bersyukur kerana dia masih punya ibu yang penyayang dan bertanggungjawab. Aku mampu menarik nafas lega kerana itu..


Hampir penghujung tahun, sekali lagi aku dikejutkan dengan kisah seorang lagi anak muridku. Anak ini kelihatan matang (malah pandai mengusikku/minta dimanja), mungkin kerana dia dan adik beradiknya sudah biasa hidup berdikari. Sambil berbisik perlahan, dia membongkar kisah hitam keluarga.

Ibunya di kurungan penjara, kerana kesalahan menipu dan menggelapkan wang. Sehingga saat itu, ramai mangsa masih menyimpan dendam pada ibunya. Sering mereka terasa dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan. Kesempitan hidup yang mula menghimpit, memaksa si ayah menyerahkan tanggungjawab dari segi penjagaan kepada individu lain. Kasih orang, semestinya tak sama dengan darah daging sendiri.. Pasti ada kurangnya. Mujur si ayah masih lagi setia menjenguk mereka usai tugasan di tempat kerja. Paling tidak, mereka masih punya ayah untuk menumpang kasih.

Aduh.., pilu mengenangkan betapa berat beban yang ditanggung oleh mereka. Sekecil 5-6 tahun, sudah terdedah dengan noda hitam kehidupan. Bagaimana pula yang bernasib sama di luar sana..? Tambahan lagi yang tersisih terus dari kasih sayang ibu bapa kandung. Pastinya lebih banyak ranjau yang perlu dilalui.

Namun begitu, mereka masih tetap mampu ketawa tatkala berkongsi keriangan bersama kawan-kawan. Dalam hati tiada siapa yang tahu. Sesekali melihat teman seusia gembira dalam pelukan ayah dan ibu, akan terlihat cemburu di mata mereka.

Aku bersyukur diriku tidak punya kisah pahit sebegitu. Mungkin kerana itu aku mampu bahagia begini..
~Ada Tuhan yang senantiasa melindungi dan mengasihi anak-anak ini, yakinku terus dalam hati..

p/s: Institusi kekeluargaan di Malaysia kini semakin terancam. Di manakah tanggungjawab kita..? Keruntuhan moral remaja masa kini, dan sifat mabuk mengejar duniawi, tak mustahil berakar umbi dari sejarah silam yang menyedihkan.. Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan..?

(*maaf jika kisah ini ada berkaitan dengan sesiapa. Ini kisah benar pengalamanku semasa bergelar pendidik di sebuah tadika, di ibukota Kuala Lumpur..)

22 comments:

Neeza Shahril said...

akak pun selalu terfikir nadine, kalau akak marah anak, takut dia berfikir yang akak tak suka dia. Sebab masa kecil, akak selalu fikir macam tu.
Sebab tu, bila ada masa, akak akan pastikan akan cium mereka.. peluk mereka dan belikan apa mereka minta.. tapi of course tak selalu dan bila tak beli, akak akan bagi justification..
memang kesian dengan anak2 yang kurang belaian kasih sayang..

chekgu Bani Hassim said...

budak2...
budak mane yang suke kene marah...
marah buatkan mereka rase dibenci...
sekali sekala, pujilah mereka walaupun utk bende kecik...

Anonymous said...

sayang, ayahnya tidak dapat mengesan betapa beruntungnya mempunyai anak yang boleh menangisi kerana tidak dapat menatap senyuman seorang ayah diketika anak memerlukan...

Zamz said...

sedih plak baca cite nih..teringat anak sendiri

nadinezuharra said...

Neeza Shahril--> kalau kita terangkan yang marah itu bersebab(kerana kita syg mereka dan tk mahu mereka buat salah),mungkin anak2 ni akan faham..
tp biaselah,anak kecil mudah lupa..lepas dimarah,pujuk dgn aiskrim,terus senyum sampai ke telinga.. : )

Chekgu BaniHassim--> lagi2 kalau jd cikgu kan..kalau marah depan kwn2,nnti ada yang malu dan merajuk,nak tak nak kenela tegur dgn cara yang berhemah..

insan marhaen--> anak2 penghibur hati tp ada jg yang menganggap anak itu sgt membebankan..tu yg jadi kes dera tu..

Zamz--> insyaAllah,layanan baik kita pada mereka di dunia akan mendapat balasan baik di akhirat kelak..

dugongsenyum said...

sayang anak, marah-marahkan.

Shemmi said...

sayang anak, manja-manjakan..haha..

marah?

saya wlp dewasa sepertinya budak kecil pasti tidak suka apabila di marah2 lantaran alasannya..

"sebab mummy daddy sayang kamu"

TokNabe said...

Jadi ibu bapa memang susah utk membentuk anak2 jadi yg terbaik Kalau ada perceraian....... memang kesian kat anak2 kecil tu. Perkembangan emosi positif bermula di rumah....

KTS said...

salah satu contoh cinta bukan keranaNYA...
tapi cinta kerana sebab lain...

nak tgk generasi akan dtg, lihatlah dahulu ibu bapa skrg...

Ariff Budiman said...

Rupanya Nadine pernah jadi cikgu sek tadika. Saya juga pernah jadi guru besar sekolah tadika. Memang memenatkan melihatkan guru mengajar anak-anak sekitar 5 & 6 tahun. Tapi hasilnya kita akan gembira melihatkejayaan mereka. nanti saya ceritakan pengalaman jadi gurubesar tak bergaji

nadinezuharra said...

dugongsenyum--> : ) lembut tapi tegas salah satu cara 'marah' yg sesuai..

Shemmi--> tula sbb lps tu kita rasa down kan,tp lame2 bila sedar kite yg salah,baru rase okey..

TokNabe--> perceraian tak sepatutnya menjejaskan masa dpn anak2,kerana fungsi ibu bapa itu masih wujud,yang penting masing2 kene sedar tanggungjawab..

ku tak sempurna--> betul tu.
ibu bapa contoh terbaik pd anak2..

nadinezuharra said...

ARIFF BUDIMAN--> oh,pernah jd cikgu besaq rupenye sdr Budiman..tp awat tak bergaji..? hehe..(kite tunggu episod seterusnya)

Anonymous said...

aduhai. kasihan :(

Tie said...

Terharu.......itu saja yang dapat kak tie katakan....

Anonymous said...

mahu tidaknya institusi keluarga semakin terancam?

Diri sendiri membiarkan diasak dgn matlamat material semata2...

adakalanya mementingkan diri daripada bersosial yg positif... seperti tidak bercampur gaul dgn jiran tetanga, memtingkan kerjaya daripada anak2, suami atau isteri!

soal didikan rohani telah pun diabaikan, yg tampak kononnya demi kemajuan dan dijauhi kelaparan adalah sains dan teknologi!

Tetapi hakikat hidup?! Siapa yg peduli!

Cikgu!

Besar perananmu,...
Tolonglah perbetulkan mana yg pincang!
Jiwa teguh,
bisa menongkah arus yg punah!

terima kasih cikgu kerana membawa cerita ini..

sob..sob.. sob!

nadinezuharra said...

alone--> berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

Tie--> anak2 itu masih kecil kan..?mmg kesian..

maza--> mm,betul kata sdr maza tu..semua ni ibarat racun dalam rumahtangga..membunuh secara senyap..
*sambil mengajar,sambil kita memberi tauladan dn nasihat kpd mereka..tk kira ibu bapa atau guru..pasti positif hasilnya.. : )

Anonymous said...

Sedih pulak baca entri ni..harap aku tak jadi sebegini untuk anak aku..

@tune® said...

jangan cemarkan pemikiran kanak²
mereka terlalu suci untuk dicemari

Anonymous said...

baca entri ni macam baca cerpen pulak. well written nadine. digarap dengan baik sekali. moga ramai yang terngadah dengan nasib anak kecil itu.

zamdotcom said...

biasanya budak2 la selalu jadi mangsa dan tempat lepas kemarahan..
kita diberi akal dan fikiran..jd sendiri mau ingatlah.. ^^



p/s: suka usik budak2 ^^

Anonymous said...

Uhh payah betul. Saya tgk aje pembuka kata, dapat rasa ni mesti kisah sedih punya. Nadine, walaupun saya lelaki tp lelaki ada yg sensitif.. so sedih la bila membacanya.

Kadang2 saya tak faham bila ibu bapa layan anak sedemikian. Bagi saya anak2 ibarat permata yang tiada ternilai. Kalau tension2 buat keje, tgk anak-anak terus rasa cool sikit dan bersemangat. Saya pun ada marah sikit anak-anak saya tapi utk mengajar agar mereka faham sesetengah benda itu SALAH utk di buat tapi kalau marah tanpa sebab tu, aiseyman teruk jugak tu. Wallahualam...

Jie said...

hubungan ibu bapa dengan anak² memang akan bertemu konflik...mnasing² menuntut saling memahami dan kadang² tersilap cara.

Kasihan anak² yang bersih , putih itu sudah melukis warna kelabu dalam hidupnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails