Thursday, 11 December 2008

:: Menjala ikan di jalan raya..?


Banyakkah ikan yang boleh dijala di sini..? Emm, kalau bernasib baik...

Tak pasti ia realiti atau sekadar mainan fotografi, namun imej ini mengingatkan aku tentang suasana banjir di Pantai Timur negara kita. Apa khabar orang-orang di sana..? Moga-moga banjir sudah surut, dan memberi kelegaan pada semua..Bencana alam memang bukan kuasa kita yang menentukan..ia adalah salah satu ujian dariNya. Sesungguhnya bumi ini pinjaman semata-mata dan sebagai manusia kita perlu akur, bukannya angkuh membangga diri..

Dari menuding jari menyalahkan sesiapa, lebih wajar jika kita bersabar, dan cuba berfikir dari sudut yang positif. Berilah sokongan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam mencuba pelbagai alternatif lain agar kesan banjir yang melanda di masa hadapan tidak seburuk yang kita alami kini. Kita manusia di anugerahkan akal yang bisa berfikir dan satu hari nanti, pasti ada idea-idea yang mampu meminimumkan kerugian dan derita akibat masalah banjir ini. InsyaAllah..

p/s: Imej diambil dari salah satu laman Fotopages kegemaranku, sirloinskipper.fotopages.com..banyak entry menarik di dalamnya--

9 comments:

Anonymous said...

banjir best ape, dulu kecik2 suka main air bila banjir...tapi masa tu main atas jalan2 je, bukan kat sungai

@tune® said...

nadine..its not possible kn?

nadinezuharra said...

etomyam--> blum pernah ade experience meredah banjir..tapi rasenye tk berani kot sebab takut ular merayap di jalan raye..huhu

@tune--> hehe..mungkin juga..kdg2 time banjir ni la rezeki dari sungai/laut melimpah ke darat..

Anonymous said...

Gambar ini ingatkan saya pada highway ke arah rumah saya. Tiap kali heavy rain, pastinya keadaan sebegini berlaku dan pada waktu petang traffic akan jammed selama beberapa jam. Walaupun beberapa kali developer di beri warning oleh pihak dewan bandaraya, keadaan ini terus berlanjutan hingga sekarang. Mungkin bagus di batalkan sahaja projek itu & lesen developer di tarik balik. Gerammmm.............

BuDakHutaN said...

Wah~ Salam Nad, macam real plak gambo tue...ahaks, kepada saudara semalaysia kita yang kena banjir tu... semoga dorang Selamat dan aman serta diberikan kemudahan...

Anonymous said...

nadine, baru perasan. mmg asal bangkok ya?

huhu. diya kat pantai timur. slmt lg lah dari banjir2 :D

nadinezuharra said...

Ismail N-->mmg stress kalau selalu sangat sangkut dalam jammed..hmm,rasenye sistem saliran kt M'sia ni byk lagilah yang nak kene improve..go M'sia go..!

BuDakHutaN-->tulah,tgk pun mcm real kan..hehe..Rasanya banjir di t'ganu n kelantan dah makin pulih..moga matahari bersinar lebih hangat.. : )

diya-->diya dr blog CK kan..mm,best blog diya..Nadine akan selalu visit nnti..see u soon.. ^_^

Anonymous said...

mcm cool je mancing masa banjir camtu hehe

Anonymous said...

cam best plak fotopages tue. tengs!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails