Friday, 5 December 2008

:: the King of Kingdom..

Hari ini cuti umum sempena ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej, penaung kerajaan Thailand yang kini telah pun berusia 81 tahun.

Kebiasaannya sepanjang 62 tahun memerintah negara, baginda akan menyampaikan ucapan kepada rakyat jelata sempena sambutan ini, yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh stesen radio dan televisyen tempatan. Namun, ini merupakan kali pertama baginda tidak dapat berucap kerana kesihatannya yang kurang baik tidak mengizinkan baginda menghadiri upacara tradisi berkenaan.

"Baginda mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatannya dan baginda berharap semua rakyat berada dalam keadaan baik dan sihat," kata Putera Mahkota Vajiralongkorn yang mewakili ayahandanya.

"Long Live The King.." bisik hati rakyat jelata yang sememangnya sangat menghormati dan menyayangi raja mereka ini. Walaupun telah berlaku kekacauan politik yang agak serius di dalam negara, namun institusi diraja langsung tidak terjejas kerana rakyatnya tetap meletakkannya di kedudukan yang teratas.

Moga Raja Bhumibol kembali sihat dan dapat terus memerintah dan mencurahkan bakti kepada bumi Thailand. Begitulah harapan semua rakyat pada hari yang berbahagia ini. Salam Ulangtahun.

p/s: Masih lagi berkira-kira mahu keluar ke mana. Planning bercuti ke pantai nampaknya tidak menjadi.. ^_^

8 comments:

Anonymous said...

Hi Nadine Zuharra,
How's Thailand skrg? I read a lot abt what happen in Bangkok skrg ni. Hope u & u r family are safe? Take care.

@tune® said...

da selamat ke?
leh kuar da?

13may said...

62 tahun perintah...lamanyaa...

btw, Salam Aidil Adha :)

nadinezuharra said...

Ismail N & @tune--> Alhamdulillah,buat masa ini kami okey.Airport dah buka kelmarin,mungkin time pilihanraya untuk kerajaan baru tak lama lagi,suasana akan kembali 'hangat'..

13may-->Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat tak kira di mana saja anda berada..salam dari perantauan..

AieSha said...

thailand kewl.. byk gadis urut.. heheh..

selamat hari lebaran (korban!!)..

Sahaini said...

Assalamualaikum,
Nadine,

Kalau di Malaysia ni, banyak perkhabaran Thailand yang menggegarkan otak diberitakan.

Tadi masa aku makan sarapan roti canai dan minum teh o di kedai, ada artikel di akhbar menceritakan kejadian pengeboman di sebuah kedai. Dikatakan seorang yang disyaki dari puak pemisah (penjual sayur) melontarkan bom ke dalam kedai. Ada yang terkorban.

Semoga Thailand cepat-cepat aman. Jangan ada yang tidak sepatutnya terkorban menjadi korban.

Selamat hari raya korban. (Ironinya)

Anonymous said...

semoga thailand aman...selamat hari raya haji

Erinsza said...

selamt hari raya aidiladha, buat nadia & sekeluarga, wah lama juga dia memerintah thailand kan,

nadia dok thailand, tak nak dtg sinike.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails