SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang panik dan ketakutan selepas melahirkan anak luar nikah dipercayai bertindak kejam dengan menghentak bayi yang baru dilahirkan sehingga mati sebelum mencampaknya ke luar rumah.
Sebelum kejadian di Kampung Bujang, Merbok itu, kira-kira 5 petang kelmarin, remaja itu dikatakan berkurung lama di dalam bilik tanpa disedari oleh keluarganya bahawa dia dalam proses melahirkan anak. Bagaimanapun, tembelangnya akhirnya terbongkar apabila bapanya yang meninjau kawasan di belakang rumah mereka menemui satu mayat bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat.
Menurut sumber, bapa remaja yang mengesyaki ia hasil perbuatan anaknya kemudian menyoal remaja terbabit. Katanya, remaja perempuan itu kemudian dikatakan mengakui perbuatan, menyebabkan keluarganya membawa dia dan bayi yang dilahirkan itu ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan segera.
“Bagaimanapun, doktor yang mengendalikan kes itu di HSAH mengesahkan bayi yang dilahirkan cukup bulan itu sudah meninggal dunia. Siasatan seterusnya mendapati bayi terbabit mati akibat dihentak dengan objek keras sebelum dibuang di belakang rumah. Remaja terbabit kini ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, ketika disoal siasat, remaja berkenaan mengaku dia bertindak demikian kerana lupa diri akibat terlalu bimbang dengan tindakan bapanya jika mengetahui dia melahirkan anak luar nikah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Hashim Ali, yang mengesahkan kejadian itu berkata, remaja perempuan terbabit dirawat di HSAH selepas dibawa oleh bapanya selepas mengetahui perbuatannya.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
..hmetro.com.my(21Dis08)..
p/s: aku SEDIH . GERAM . BIMBANG
-Mereka yang kejam ini sekadar bimbang dengan kemarahan manusia.. apakah dalam hati tiada rasa takut akan kemurkaan Tuhan dan balasan yang amat dashyat dariNya..?
-Sesungguhnya hukuman di dunia tidak setimpal dengan dosa-dosa manusia...
Sama-samalah kita berdoa agar kita tergolong dalam golongan mereka yang dikasihi dan dikurniakan syurga olehNya di alam sana. InsyaAllah..
5 comments:
Masyaallah.. ada jugak manusia macam ni. Kucing tengok pun hairan... Palis-palis kata org Sabah... Ngerilah kawan membacanya. Subhanallah...
Sedeynye..teringat kawan saye yg xde anak selepas 12 thn berkahwin...
astaghfirullahalazim. mengucap jelah diya baca berita ni. sampai mati baby tak berdosa tu! budak tu akan tuntut bela jugak kat akhirat nanti... =(
manusia yang bertindak tidak mengikut akal dan fikiran ..hanya nafsu semata itulah akibatnya...yang jd mangsa bayi yang tidak berdosa. entah apalah perasaan budak perempuan tu masa tu?..dan azabnya kematian bayi tu.
dia mungkin di hukum penjara 2 tahun je tapi nanti dia kan rasa terhukum sepanjang hayatnya...
Ismail N--> itulah..zaman sekarang..kanak-kanak yang masih mentah sudah liar dengan kelakuan sosial yang melampaui batas,dan sudah berani jadi pembunuh.Apa yang akan terjadi 100 tahun akan datang pula..?
@tune-->yang sudah halal hubungannya mengharapkan kehadiran cahaya mata,yang masih hingusan ni pula sewenang-wenangnya enggan bertanggungjawab,malahan membunuh pula bayi yang tak tau apa-apa itu.Mmg kejam..geramm...
diya & sue onn-->bayi itu sudah pasti akan ditempatkan di syurga tetapi nasib ibunya..wallahu'alam..
Post a Comment