Wednesday 3 December 2008

:: Angan dalam Sedar..

Hampir setahun di negara orang ini, aku berkira-kira mahu pulang ke Malaysia pula dan mencuba sesuatu yang baru. Emm, dalam hati dah lama menyimpan hajat nak memiliki perniagaan sendiri.. tapi aku tak pasti bagaimana mahu mengorak langkah di peringkat permulaan. Kalau bermula dari bawah, jenis perniagaan apa pula bakal menjadi pilihanku..?

Dulu berangan-angan mahu memiliki satu unit kedai yang memberi servis komputer & internet (termasuk faks, printing, dll) selain boleh dijadikan mini cafe tempat pengunjung bersantai menikmati menu yang ringkas-ringkas. Sambil-sambil itu boleh juga menjual suratkhabar, majalah, buku, dan alatulis..Sasaran pengunjung pula terdiri dari kalangan remaja dan mereka yang berkerjaya. Yang bestnya, kerana ia agak relaks, dalam masa yang sama mungkin aku masih lagi boleh menulis kerana itu adalah hobiku..

Adikku pula pernah mengajakku mencuba business roti dan kek. Aduh, bukan aku tak tertarik, tetapi kami perlu mendalami dulu selok belok bagaimana mahu membikin semuanya itu..Aku tak pasti samada aku ada bakat atau tidak dalam hal-hal mengadun tepung ini. Tapi yang ini mungkin jadi pilihanku yang terakhir sekiranya aku tak memperoleh idea lain lagi bagi meneruskan cita-citaku ini.

Satu lagi yang menarik perhatianku, perniagaan sistem francais. Aku dapati kelebihannya, kita akan dibantu oleh francaisor yang bertanggungjawab dalam memastikan kita sebagai francaisi, disediakan sistem operasi serta mendapat program latihan dan khidmat sokongan secukupnya sebelum memulakan perniagaan. Kini aku sedang mengintai-ngintai laman siber yang khusus untuk perniagaan jenis ini bagi mengumpul maklumat yang berkaitan.



Namun begitu, setelah memiliki perniagaan yang memungkinkan kita meraih keuntungan, kebarangkalian menanggung risiko kegagalan juga tetap ada. Belum cuba belum tahu, yang penting modal kena cukup dan bijak dalam menguruskan perniagaan kita yang baru bertapak itu..

Rugi rasanya aku tak ambil bidang perniagaan semasa di universiti dulu kerana sekurang-kurangnya aku ada asas untuk berniaga. Tapi tak mengapa, kerana rezeki itu anugerah dariNya. Sekiranya ada bahagian untukku, InsyaAllah jalanku dipermudahkan olehNya..Jika ada yang sudi berkongsi tips dan idea, sangatlah dialu-alukan..TQ..

p/s: Kalau ikutkan salasilah keluarga, kebanyakannya kaki business, tapi tak menurun pula aura itu kepadaku..hehe..

7 comments:

zamdotcom said...

InsyaAllah..kalo ada rezeki mungkin awak pon boleh bukak bisnes sendiri nanti ^^
slow n steady yeah ^^


p/s: teringin nk ternak ikan ^^

ummi mien said...

kalu ko tanya aku antara 3 brand francais kat atas tuh, aku pilih nelson's sbb bisnes dia sgt ringkas (jual buah+jagung panas+aiskrim+lempeng+kuih doraemon+etc...). so risiko nye kurang dan sume tu adalah makanan ringkas, senang utk disediakan.

sue onn said...

salam nadine..
bermula dari bawah lebih baik kerana bila jatuh kita dah tau nak bangun semula..ilmu perniagaan di universiti tu cuma sebagai kelebihan sahaja tapi pengalaman itu lebih mahal harganya.tak salah mencuba..kerana sesuatu yg baik itu pasti ada ganjarannya.

DoN'T WoRRY aBouT FaiLuRe, WoRRY iNSTead aBouT THe CHaNCeS You MiSS WHeN You DoN'T eVeN TRY

nadinezuharra said...

trimas utk sokongan kalian..
z@md0tc0m ^^ -->hr tu ada juga yang bagi idea ternak cacing sbg baja kompos n mknn ikan.. ^_^

ummi mien-->rasanya nelson's n 1901 hotdog tu mmg idea yg bagus utk bisnes di KL,cuma perlukan tempat yg strategik..nnti aku try email company ni n tanye details bout it.

sue onn-->DoN'T WoRRY aBouT FaiLuRe, WoRRY iNSTead aBouT THe CHaNCeS You MiSS WHeN You DoN'T eVeN TRY
thanx utk ayat-ayat yang sungguh membina ni..

@tune® said...

erm..nadine..bab bisnes...u can try both ma...ade cafe francais tp ade kafe berinternet gak...
kire 2 in 1

Anonymous said...

A'kum, honestly kawan dah masuk tahun ke 9 dlm keje2 membangunkan keusahawanan di kalangan malaysian esp Bumiputra...sikit sebanyak dah faham benar masalah ni, modal, kemahiran, pasaran dan mentaliti masih merupakan kekangan dalam perniagaan.kalu francais....rasanya yg betul2 untung adalah franchiser tu jer, franchisee cuma cukup2 makan jer.
yang pasti, nak beniaga kena ada sikap 'muka tak malu'...panjang kalau nak explain nih he he he

nadinezuharra said...

emm,baguslah ade kwn2 yang faham skit sebanyak hal bisnes nih,boleh jgk kite refer.. : )
psl francais tu mmg nampak sng tp mcm terkongkong plak kn kalau kite kene follow sume sistem diowang..
emm,nnti saye wat kajian dulu n tgk sume skop cabang bisnes yg ada..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails