Friday 21 November 2008

:: Berkorban Apa Saja..

Berkorban Apa Saja - P. Ramlee


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia..

................................................................................

Lagu nostalgia ini sering membuai perasaanku..Sesungguhnya, pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah dilakukan oleh setiap insan yang bergelar manusia.

Sebesar mana pengorbanan seorang ayah menggagahkan diri keluar mencari rezeki untuk sesuap nasi anak-anaknya di rumah, sesuci hati seorang ibu yang sanggup bersengkang mata demi anak-anaknya yang tersayang, keikhlasan dan kejujuran yang terlahir dari hati seorang suami atau isteri dalam memberi kebahagiaan pada pasangannya, dan banyak lagi contoh pengorbanan yang sungguh menyentuh hati. Malah ada yang sanggup menggadaikan nyawa demi kasih yang abadi.

Mungkin ramai yang telah berkorban untuk kita..Namun, adakah kita sudah membalasnya atau sekurang-kurangnya menghargainya..?

Insafilah diri, dan selagi kita masih bernyawa, buktikanlah nilai sebuah pengorbanan itu bukan sia-sia. Jika ia ke arah kebaikan, sudah pasti akan mendapat balasan yang baik di alam sana. Renung-renungkanlah..

5 comments:

Miss Nukleas said...

Sawadikappppp! Salam nor,

ni kak gee. wah! ada blog dah. bole ler kita singgah. camne bangkok? bau tomyam je lah....he..he

Nor, rajin menulis yea? baguslah. teruskan. jangan putus asa. nanti kak gee bagi tips wpun kak gee bukanlah bagus mana, tapi sikit2 tu boleh ler

jaga diri baik2 tau. balik msia nnti jgn lupa bgtau!

byee....

nadinezuharra said...

thanks kak gee.. : ) moga bahagia bersama keluarga tercinta..

sue onn said...

salam nadine..
hati tertanya sapakan gerangan tuan punya blog ini...salam perkenalan dari saya..dan terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak saya yang tak seberapa tu..
moga kita dapat saling mengenali lagi...

Anonymous said...

Salam kenal.

Lovely song. One my all time fav. Lagu2 P.Ramlee memang best. Sentiasa evergreen, segar dlm ingatan.

Anonymous said...

bagus lirik lagu Allahyarham tu....tapi saya suka Saudagar Husin Lempoyang@Hang Cangkul....he he, selamat malam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails