Sunday 19 July 2009

:: Bergembira di Ladang Ostrich.. ^_^

Semalam, aku menyertai lawatan bersama anak-anak murid berkunjung ke Negeri Sembilan. Perjalanan agak jauh namun tidak memudarkan semangat anak-anak untuk menitip beberapa pengalaman dan ilmu yang berguna di sana. Seramai 75 peserta dalam rombongan kami dan 2 biji bas telah disewa menggunakan khidmat ejen pelancongan.

Di dalam bas, anak-anak kelihatan gembira dan terhibur dengan gelagat serta perbualan bersama wakil jurupandu dari ejen tersebut, Abang Mack. Tayangan video juga mengalih tumpuan mereka dari merasakan kepenatan.

Destinasi pertama yang kami kunjungi di Negeri Sembilan, adalah Ladang Burung Unta Jelita yang bertempat di di Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu. Ladang di kawasan seluas 4.2 hektar ini disahkan Malaysia Book of Records sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia.

Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, ladang ini bukan saja membiakkan burung berkenaan, malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan tersebut. Para pengunjung tanpa mengira usia boleh mencuba pelbagai aktiviti, antaranya memberi ia makanan, menunggang burung unta dan paling istimewa menonton perlumbaan burung berkenaan, dipercayai yang pertama di Asia.

Apa yang pasti, larian burung unta atau lebih dikenali sebagai ostrich ini pantas dan jika ia berada dalam keadaan terancam, usah dekat dengannya, bahaya..! : ) Namun pada penglihatanku, burung unta ini sebenarnya mudah mesra jika kita berbuat baik kepadanya, misalnya memberi ia makan serta memperlihatkan suasana yang tenang dan terkawal.

Anak-anak begitu teruja semasa berada di ladang ini, maklumlah, kebanyakan dari mereka belum pernah merasa menjejakkan kaki ke ladang ternakan, dan berada di sini membuatkan mereka rasa bebas dan gembira. Tambahan lagi, melihat burung unta secara dekat barangkali sesuatu yang baru buat mereka. Selain burung unta terdapat juga haiwan lain seperti kuda, kambing, dan ayam di sini.

Selepas penat beriadah di Ladang Burung Unta, kami berkunjung ke Muzium Negeri Sembilan. Di sini, pelajar dapat memahami tinggalan sejarah yang sudah lama bertapak di negeri ini serta melihat sendiri unsur-unsur senibina minangkabau yang terkenal.

Sesi makan tengahari menyusul selepas itu. Kami dihidangkan dengan nasi ayam istimewa di sebuah restoran yang terletak di Seremban. Anak-anak mengambil peluang merehatkan badan yang dijamah peluh sebentar tadi.

Destinasi terakhir kami adalah Kilang Kristal Rembau. Di sini, jurucakap menunjukkan bahan-bahan untuk penyediaan serta langkah demi langkah proses menghasilkan produk kristal yang selalu kita lihat di pasaran. Patutlah harga setiap satu barangan ini tinggi, rupa-rupanya proses menghasilkannya agak rumit.

Dengan suhu panas di sekitar tempat kerja serta pengamatan dan ketelitian yang tinggi diberikan oleh setiap pekerjanya, barulah terhasil produk yang indah dan istimewa ini. Kebanyakannya dijadikan hiasan rumah dan golongan yang meminatinya sebahagian besar para wanita. : )

Tamat sesi lawatan di kilang kristal kami bergegas menyambung perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Masing-masing memahat kemas cerita dan pengalaman yang berharga di lipatan memori, untuk diceritakan kepada keluarga tersayang. Kira-kira jam 4 petang, kami semua selamat tiba di sekolah dan beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing.

Kesimpulannya, kanak-kanak wajar diberi peluang menyertai lawatan sebegini bersama teman dan para guru kerana ini akan mendidik mereka cara untuk berdikari, selain memantapkan kebolehan berkomunikasi dalam menyempurnakan setiap aktiviti yang berlangsung di destinasi lawatan.

Setiap tahun pihak sekolah kami akan menganjurkan lawatan tahunan, dan destinasi tahun depan pastinya lebih menarik..! Ku akhiri catatan pengalaman ini dengan senyuman... ^_^

11 comments:

ummi mien said...

ostrich?! best kan. tp part dia ehem ehem tu sgt menggelikan. siap kuarkan saluran utk dia jatuhkan najis. ko pasan tak?
dulu aku pon ada pegi ladang ostrich ni kat johor. masa tu kena wat assignment. back to year 2000. masa aku kat matriks. hehehe...pergh gla lama aku x jumpa ostrich ni. hikhikhik...

Ariff Budiman said...

Saya dan arwah isteri pernah membawa rombongan tadika islam melawat zoo Taiping. Memang penat sebab mereka begitu pantas berlari kesegenap ceruk sedangkan kami tercungap-cungap mengejar mereka.Hati meresa puas sebab kita telah melakukan satu amal untuk anak-anak tadika.

Abang Long said...

Terasa berbeza antara lawatan keluarga dan lawatan sekolah. Lawatan sekolah mendapat layanan lebih.

Boleh tolong sikit tak ?

Abang long hendakkan alamat emel Nadine.

safmi_80@yahoo.com

TERIMA KASIH

@tune® said...

xpatah ke tengkuk die mase kite naik??
mesti besh kan?

hentian said...

Aku dan ibu_suri baru sempat melihat burung Kasawari dalam perjalanan balik dari Utara. Semasa asyik dok perati dia, tau-tau dia berak depan kami. Hush... kurang sopan!

TokNabe said...

emm.. saya tercari2 tempat yg boleh dilawat di NS.

nadinezuharra said...

ummi mien--> alamak.. tak sempat pulak tgk adegan tu.. hehe.. nasib baik cume nampak yang comel2 aje.. baby ostrich; really cute!

ARIFF BUDIMAN--> seronok dengan kehadiran kanak2.. sbb apa yg terpamer dari hati & riak wajah mereka benar2 jujur..

Abang Long--> mm,ada kebenarannya di situ.. rombongan yang ramai selalu diberi lebih perhatian..entah kenapa ye..?kurang kakitangan agaknye..
*email sudah saya kirimkan kpd abg long..tq

nadinezuharra said...

@tune®--> opps,saye tak sempat menunggang,tak tau ape rasenye..tp macam gayat jer.. :D
*ostrich kakinya kuat,tak silap saya,sehingga 200kg ia masih maintain.. : )

insan marhaen--> tula..ostrich di tempat kami melawat tempoh hari baik2 belaka..semua mempamerkan aksi yang sopan..hehe

TokNabe--> tak banyak,tapi masih ada tempat yang menarik..ada kelapangan nanti saya khabarkan.. : )

cneo osman said...

uikk ko cikgu rupenye...aku time kecik jer tgk burung nieh kt zoo negara..tapi rasanye mcm nak pi sna lagi..mak pun macam dah hint2x nk pi..aku setuju dgn pendapat ko budak2x sepatutnye pi tmpt camnieh

Anonymous said...

Tang ladang unta tu kak tie dah tengok...kat tv, ekekeke....

Bestnya...jeles betul!!

Tak beli produknya ke ??

Agak2 kalau kak tie naik burung unta tu boleh tak? Kot2 terus pitam burung tu, kih kih ...

starmapboy said...

Salam

Ada no contact tempat ni?
TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails