Tuesday, 14 August 2012
:: Favourite!
Saturday, 15 May 2010
:: Mimpi buruk!
Penyebab mimpi buruk antara lain, konsumsi obat-obatan, gen yang tidak sempurna, penyakit saraf degeneratif seperti Alzheimer, dan peristiwa traumatis. Mimpi buruk juga mendera orang yang mengalami stres saat siang hari. Pada malam hari, emosi yang timbul karena stres siang hari, muncul dalam bentuk mimpi buruk.
Lalu, beberapa orang, terutama yang berkepribadian terbuka dan sensitif, mungkin memiliki batas tipis antara mimpi dan kenyataan. Sehingga, kejadian buruk saat siang hari bisa hadir saat malam hari dalam bentuk mimpi buruk.
"Mimpi buruk adalah mimpi yang bersifat disfungsional," kata Rosalind Cartwright, kepala pelayanan gangguan tidur dit Rush-Presbyterian - St. Luke's Medical Center, AS, seperti dikutip dari Best Health Mag.
Ketika anda berusaha menenangkan perasaaan dan meredakan emosi negatif, otak pun memprosesnya. Emosi negatif yang berlebihan diproses, dan justru muncul saat anda tidur melalui mimpi buruk. Jika anda pernah berada dalam kecelakaan mobil yang buruk misalnya, anda mungkin tidak dapat segera mengatasi rasa trauma dan emosi negatif yang muncul. Mimpi buruk pun akan mudah muncul.
Seperti Cartwright tulis dalam bukunya 'Crisis Dreaming', ia mengungkap kalau mimpi buruk adalah tangisan dalam bentuk lain. Terkadang mimpi buruk bisa membantu seseorang mencari resolusi untuk mengatasi masalah dan trauma yang dihadapinya. Tetapi, jika mimpi buruk dan tak kunjung hilang selama berhari-hari ada baiknya, berkonsultasi dengan psikolog atau psikiater.
p/s: orang tua-tua kata tidur tak basuh kaki tak elok! : ) fakta atau mitos?
Tuesday, 8 September 2009
:: Sembang-sembang raya..
-Kuih raya 'tunjuk' atau buat sendiri?
-Ucapan melalui SMS lebih jimat dari berutus kad raya?
-Duit raya RM1 masih relevan kan...? : )

One Drop Perfumes WOMEN Celebrities' Special
Wednesday, 12 August 2009
:: Cencaluk meletup..!

Lantas aku menoleh dan ku lihat Kak Fiza sudah ber'mandi' cencaluk. Dan lebih melucukan, bila ku pandang ke sekeliling, kelihatan palitan cencaluk di sana-sini. Siling dapur yang paling comot. Tak sangka cencaluk itu mampu terbang sampai ke atas sana..!
:: credits to tolahah's photostream@flickr.com
Friday, 17 July 2009
:: Si hitam manis, kesukaanku..

Monday, 29 June 2009
:: Ingat padanya..


Wednesday, 25 February 2009
:: Wartawan tak bergaji..
"Dunia blogger ni macam wartawan la. Kalau ada cerita atau gambar menarik pasti nak dirakamnya. Orang lain mungkin tak faham. Dari seronok-seronok kini menjadi hobi. Kemana saja aku pergi, kamera pasti akan dibawa bersama." ~ luah seorang sahabat lewat entrinya di blog.
Aku tersenyum. Emm, betul juga ya... Ramai dari kita suka dengan gambar/imej, kerana sekeping gambar itu kadangkala bisa berbicara. Aku pun suka membawa kamera kalau mahu ke mana-mana.. (ke pasar,tidaklah..) ^_^ Mana tahu ada sesuatu yang cantik dan menarik untuk dirakam. Kalau bukan untuk blog pun, aku akan bercerita tentangnya kepada orang lain. Seronok dapat berkongsi sesuatu..
Setiap dari kita yang mempunyai blog pasti akan terfikir apa yang mahu dimuatkan dalam blog untuk entri terbaru. Apa cerita panas..? Apa yang boleh buat orang dan diri kita sendiri suka untuk baca? Gambar apa yang relevan dengan cerita..? Semua ini sedikit sebanyak bermain di kepala.
Walaupun tidak disogok dengan sebarang pendapatan, aku akui 'tugasan' ini sedikit sebanyak mewarnai hari-hari kita. Sebab itu di saat kekeringan idea ditambah pula mood yang tidak menentu, ada yang berkata; "Aku tak tau nak cerita apa", "Sorry, entah apa-apa entri aku hari ni.." dan macam-macam lagi. : ) Tak kisahlah.. aku pun selalu juga buntu nak menulis, akhirnya cuma menjengah ke blog teman-teman.. Tup-tup muncul juga idea itu nanti..
Aku tidak cerewet tentang isi apa yang aku baca. Samada blog yang memaparkan kisah peribadi atau blog yang lebih terbuka konsepnya, kesemuanya aku suka asalkan jalan penceritaannya secocok dengan jiwa aku. Kadang-kadang aku suka blog yang isinya penuh humor dan membuatkan aku ketawa. Sebahagian masa pula aku akan melayan isi yang lebih serius. Aku juga pasti kalian pun ada pendapat dan citarasa yang tersendiri.
Dulu, sewaktu aku cuma 'bermain-main' dengan kebosanan, wujudlah satu blog tentang cerita peribadi. Contohnya; apa yang aku buat sekian-sekian hari, dan siapa yang aku jumpa.. Tiada minat hendak mencari cerita/berita tentang hal ehwal dunia mahupun apa kisah yang berlaku di sekeliling. Sesuai jugalah dengan usiaku yang masih muda ketika itu. Baru saja mencapai angka 20. Dan yang menjadi teman di ruang komentar pun hanya kawan-kawan rapat yang sudah pasti dekat dengan cerita hidupku.
Setelah melebihi suku abad, aku mula tertarik dengan kisah yang lebih meluas skopnya. Cerita tentang asam garam rumahtangga, naik turun kerjaya, isu perkembangan semasa, masalah sejagat, hidup dan budaya masyarakat luar, serta pelbagai lagi perkara yang selalu diperbincangkan oleh golongan dewasa. Aku sendiri mahu berubah. Mahu dewasa dari segi pemikiran.
Dalam penulisan kita, tetap jua kita tak melupakan tentang dunia remaja dan kanak-kanak kerana kita pernah melaluinya.. Berbeza dengan sewaktu kita masih mentah dulu. Mahu bicara tentang perkara yang 'besar' seperti di perenggan atas, kita masih kerdil, naif, dan hanya secubit pengalaman untuk dipersoalkan.
Namun, zaman kini sudah semakin canggih. Bayi yang baru lahir pun sudah ada blog sendiri yang dicipta oleh ibu bapa berinspirasikan kasih sayang. ^_^ Sekurang-kurangnya bila sudah pandai membaca kelak, dapatlah mereka menghayati segala peristiwa manis yang dilalui mereka sewaktu masih kecil. Menarik bukan..?
Dengan segala kemudahan yang ada di Internet, hampir kesemua maklumat yang kita perlukan dapat diperolehi dalam masa yang singkat (mujur kalau ada servis talian internet yang memberangsangkan..). Tak lupa, sumber media lain pun banyak manfaatnya. Sama-samalah kita terus menyelongkar segala ilmu yang ada untuk dikongsi demi sebuah kebaikan. Selamat maju jaya buat teman semua , dan terima kasih atas segala info yang anda berikan.. : )
p/s: Kurang berminat menulis di lembaran kertas, kerana lebih senang menaip.. hehe
Tuesday, 17 February 2009
:: Sayangkan rumah, hias-hiaskan..
Macam dalam filem Hindi dari pandangan depan... ^_^
Bila kita lihat dari perspektif yang berbeza...
Jatuh hati dengan plasma TV..

Tapi, jangan terkejut.. Ada udang di sebalik batu!
p/s: Manusia memang kreatif.. kan..? ;D
Monday, 16 February 2009
:: Yang comel dan manja..
Mengapa ramai yang tertarik untuk memiliki haiwan peliharaan? Merujuk dari beberapa sumber, kajian membuktikan terdapat banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan menjadikan haiwan-haiwan ini sebagai teman.
--> Kajian di AS mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.
--> Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
--> Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
--> Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.
--> Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.
Kerana ramai yang menyukai kucing, kita lihat pula apa kelebihannya..
--> Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati di kala kesepian.
--> Kucing amat sesuai dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga kurang upaya (OKU).
--> Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.
--> Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan, kecemasan dan lain-lain.
--> Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.
Haa, sebut tentang kucing, ini antara kucing yang aku sayangi. Bagaimana aku boleh berkenalan dengannya, ia kisah beberapa tahun sudah, semasa aku dan 3 orang rakanku tinggal menyewa di sebuah kawasan perumahan. Tengahari itu, sedang dalam perjalanan pulang dari kuliah, kami terserempak dengan seekor anak kucing yang berada dalam keadaan yang menyedihkan. Badannya kurus. Berdiri pun tak mampu, terketar-ketar sambil menunduk ke lantai.
Aku dan sahabatku Ina berasa amat simpati. Lama kami membelek-belek anak kucing itu. Matanya sangat comel, berwarna kelabu kebiru-biruan. Kami mencari kalau-kalau ibunya ada di sekitar namun hampa. Nak ditinggalkan kami tak sampai hati lalu kami bawa ia ke rumah..
Kemudian, kami memberi ia makan dan membersihkan bulunya yang comot. Ia makan perlahan-lahan kerana ia masih kecil, barangkali kehilangan ibu tatkala masih menyusu. Kasihan melihatnya, kami membuat keputusan untuk menjaganya selama beberapa hari sehingga ia benar-benar sihat..
Setelah tempoh itu tamat, kami pun berbincang samada hendak terus memeliharanya atau tidak. Maklumlah kami ini duduk di tingkat 3, dengan ruang rumah yang terhad bolehkah kucing itu hidup dengan selesa. Tapi sekiranya kami pulangkan ia ke tempat asalnya, apa pula nasibnya..? Ia masih kecil, tak pandai mencari makan sendiri tambahan pula tempat itu berbahaya kerana terletak bersebelahan jalan raya yang sibuk.
Perasaan simpati melebihi segala-galanya. Akhirnya kata sepakat diputuskan. Ya, kami membatalkan niat kami untuk mengembalikannya ke tempat asal. Maka, membesarlah Chiko (nama yang diberi) di depan mata kami...
Puas juga kami melayan telatahnya yang pelbagai ragam. Adakalanya sangat nakal (kerana ia kucing jantan), dan sesekali ia bijak mencuri hati kami dengan kemanjaannya. Tak sunyilah rumah kami itu, kerana kami sering bergurau dengannya mengisi masa lapang yang ada.
Kini Chiko telah dewasa. Ia masih lagi dipelihara oleh Ina yang memilih untuk meneruskan kerjaya di Pulau Pinang. Ada seekor lagi kucing comel bernama Chikee kini menjadi sahabatnya. Dapatlah ia berteman dan bermain bersama. ^_^
Entah bila lagi aku dapat berjumpa Chiko. Sesekali aku teringatkannya, aku akan merasa rindu. Banyak kenangan manis terpahat di ingatan. Semoga ia tetap sihat dan ceria, begitulah harapanku.
Mungkin suatu hari nanti, aku akan kembali memelihara kucing, kerana aku amat bersetuju dengan peranannya yang istimewa. Buat sementara ini cukup saja dengan beberapa ekor ikan di dalam akuarium menjadi peneman aku di kala keseorangan.
Akhir sekali, apa yang perlu kita tekankan sekiranya ingin memiliki haiwan peliharaan, adalah komitmen kita pada haiwan tersebut. Sekiranya kita berat hati untuk menjaga kebajikan dan memberi kasih sayang kepadanya, maka usahlah kita menzaliminya dengan memeliharanya..
Sabda Rasulullah SAW; "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s: Apa pula haiwan kesayangan anda..? : )
Tuesday, 20 January 2009
:: Can you read this?
See if you can read the following paragraph.Only great minds can read this.
This is weird, but interesting!
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too..
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?
Thursday, 15 January 2009
:: Tanya apa saja, dan terima kasih untuk awards itu..

:: Fantastic Four tagging game dari Ummi Mien -15 Jan 2009
Pagi yang gelap, kini sudah terang.. tapi kedinginan yang mencengkam belum lagi hilang. Cuaca masih lagi membekukan urat sarafku yang sedikit alah pada kesejukan. Kalau boleh nak bergulung saja dalam selimut tapi takkanlah sampai tengahari..? Hehe..
Baiklah, aku mulakan hari yang ceria ini dengan melunaskan hutang tag ummi Mien. Soalannya dalam bahasa Inggeris, tapi aku jawab menggunakan bahasa 'kita' sahaja ya Mien.. ^_^
4 jobs I have had in my life
*tahun 2003; jadi minah kilang selama 3 bulan di Bosch Bhd sementara menunggu semester baru bermula. Pengalaman yang amat berharga..
*tahun 2004; staf jualan di KawanKu Electronics, KL selama 7 bulan. Emm, pernah juga aku menjadi pemegang sales terbanyak untuk satu bulan. Komisyen.. itu yang penting! : )
*semasa aku di U (2005), sempat bekerja sambilan sebagai staf jualan di kiosk makanan ringan Leomag. (waffle, corn in cup, aiskrim, dan macam-macam lagi. Yummy!) Hampir setahun juga aku menghabiskan masa dari jam 1 tengahari hinggalah 9 malam memberi khidmat setiaku pada para pembeli. Cuti sehari dalam seminggu dan gaji, boleh tahan juga.. tapi yang tak bestnya, berat badanku naik gara-gara waffle coklat bertoppingkan aiskrim itu..isk isk
*guru tadika (subjek Bahasa Inggeris & Sains); jawatan sementara yang memberi seribu makna pada diriku. Setahun (2007) aku menjadi pendidik, apa yang terkesan, aku menjadi lebih sensitif dalam isu kanak-kanak. Yang pasti aku amat senang didampingi oleh insan-insan cilik dan comel ini.
p/s: alang-alang, aku sertakan juga antara pekerjaan lain yang pernah aku buat sepanjang usiaku ini; staf sambilan di cyber cafe (setahun), pembantu emak di gerai ayam goreng KLFC (3 tahun), dan staf jualan tiket di lrt PUTRA..(Thaipusam day only.. haha) meriah tak jobs aku?
4 movies/tv series I could watch over and over
*Titanic; jangan gelak ya..
*Kuch Kuch Hota Hai; aku peminat fanatik Shah Rukh Khan ketika filem ini 'meletup' dulu. Sekarang tidak lagi.. ^_^
*CSI
*Prison Break
4 places I've lived in
Banyak. Tapi ini sebahagiannya..
*Keramat, Kuala Lumpur; (1992-present)
*Raub, Pahang; belajar di sebuah SBP. Sekolah yang cantik. Kenangan yang manis, 5 tahun lamanya.
*Pulau Pinang; 4-5 tahun juga. Dunia remaja yang penuh warna-warni.
*Bangkok, Thailand; tak pernah terjangka dalam fikiran aku akan menetap di sini. Genap setahun pada Mac nnti, kami akan kembali ke Malaysia dan mencari rezeki di sana pula.
4 places I've been to
Aku suka bercuti ke pantai..
*lovely island; Pulau Pemanggil, 4 jam menaiki bot nelayan dari jeti Mersing.. wooossh,
sepanjang perjalanan ditemani ombak yang mempersonakan..
*Pulau Pangkor; boleh tahan.
*Pattaya; pusat peranginan popular yang terletak hampir dua jam perjalanan dari Bangkok.
*Koh Larn; pulau yang terdiri dari 6 pesisir pantai. Puas bermandi-manda di sini.
4 main sources of emails
*email forward dari merata-rata sumber
*Jobstreet dan yang seangkatan dengannya.
*dari website yang aku sertai, seperti Friendster, imeem dll.
*para sahabat
4 of my favourite food
*sup daging/tulang
*nasi ayam
*seafood
*char kuey teow
4 places I would rather be right now
*umrah ziarah di tanah suci Mekah
*rumah family
*kampungku di Endau, Mersing. Lama tak pulang bercuti.. rindu.
*Negara yang bersalji.
4 people to tag -sesiapa saja yang berminat..
:: Tag dari Shemmi -15 Jan 2009
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog
Name : Nadine Zuharra (nama sebenar dirahsiakan.. :D)
Sisters : 4 orang adik perempuan yang manis..
Brothers : Tak merasa ada adik lelaki.. : )
Shoe size : 7
Height : 163 sm
Where do you live : Bangkok-Kuala Lumpur-Jertih
Have you ever been on a plane : Ya, pengalaman yang menarik
Swam in the ocean : Sudah pasti, aku suka laut..
Fallen asleep at school : Pernah juga sehingga ada cikgu yang 'hot' denganku.. hehe
Broken someone’s heart : Emm, kisah sedih.. tapi mungkin sudah tiada jodoh..
Fell off your chair : Hampir-hampir.. paling segan kalau di kedai makan; lantai tidak rata mungkin~
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Oh, tidak.. aku tidak suka ber'gayut'
Saved e-mails : Pernah kalau ada email yang penting/menarik
What is your room like : Ringkas dan kebiasaannya ada warna tema.. : )
What’s right beside you: Mangkuk bekas cornflakes sarapan tadi.. : )
What is the last thing you ate : Cornflakes+susu+madu
Ever had…
Chicken pox : Pernah masa kecil
Sore throat : Kalau musim panas-sejuk tak menentu
Stitches : Tidak.. (takut!)
Broken nose : Tak pernah
Do you
Believe in love at first sight : Suka ya, cinta tidak..
Like picnics : Sudah pasti.. itu momen yang ceria..!
Who was/were…
The last person you danced with : Menari seorang diri saja.. : )
Last made you smile : Membaca komen di blog sebentar tadi..
You last yelled at : Lama dah tak berbuat begitu..
Today did you…
Talk to someone you like : Ya
Kissed anyone : Belum lagi
Get sick : Tidak, Alhamdulillah sihat..
Talk to an ex : Oh, tidak.. :D
Miss someone : Ya, ibu bapa dan keluarga
Who do you really hate: Tiada.. lupakan yang keruh, ambil yang jernih
Do you like your hand-writing : Kurang.. sebab nampak tak matang
Are your toe nails painted : Tak suka
Whose bed other than yours would you rather sleep in : Keluarga..?
What color shirt are you wearing now : Merah jambu
Are you a friendly person : Sederhana
Do you have any pets : Ikan gopi yang comel²
Do you sleep with the TV on : Kadang-kadang kalau cerita menarik pun terlelap juga sebab mengantuk yang amat
What are you doing right now : Menjawab tag.. :D
Can you handle the truth : The truth is out there, terpaksa juga hadapinya..
Are you closer to your mother or father : Kedua-duanya, tapi lebih banyak berkongsi cerita dengan emak yang selalu ada di rumah..
Do you eat healthy : Belum mencapai tahap yang memuaskan hati
Do you still have pictures of you & your ex : Tiada
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Diri sendiri, menyepi seketika
Are you loud or quiet most of the time : Sederhana
Are you confident : Bergantung pada situasi
5 things I was doing 10 years ago :-
1. Belajar di sekolah berasrama
2. Gembira dengan dunia remaja
3. Sibuk dengan kawan-kawan
4. Membuat persiapan untuk SPM
5. Masih confuse dengan cita-cita
5 things I would do if I were a billionaire :-
1. Berbuat lebih banyak kebajikan
2. Membuka peluang perniagaan kepada golongan yang susah
3. Mengembara ke seluruh dunia
4. Memberi kesenangan kepada keluarga
5. Berhenti berangan.. :D
5 of my bad habits :-
1. Tidur lambat
2. Suka aiskrim dan makanan manis
3. Agak kuat makan / mudah berselera
4. Agak lambat bersiap kalau mahu keluar ke mana-mana
5. Jarang memakai tali pinggang keledar semasa memandu
5 places I’ve lived/living :-
Sama seperti jawapan di tag Ummi Mien, ditambah satu lagi..
~Jitra, Kedah selama hampir 4 tahun
5 people to tag this survey -sesiapa saja yang beminat..
:: Award dari Sdr Ismail N -4 Feb 2009

:: Award dan tag dari Mama Hannah -5 Feb 2009
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
**** dari Lydzar~ mama Hannah Marissa, rakan di SBP dulu.. ^_^ ****
3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum menyampaikannya kepada pemenang seterusnya.
^1^ fakta - aku seorang wanita : )
^2^ fakta - aku dipanggil Kak Long oleh adik-adikku
^3^ fakta - aku menyambut hari jadi pada 31 Oktober setiap tahun :D
^4^ fakta - aku sangat suka ice-blended
^5^ fakta - Astro dan Internet sepertinya agak penting untukku..
^6^ fakta - aku suka berjalan tapi mudah penat.. hehe
^7^ hobi - menghias sudut/ruang untuk diri sendiri
^8^ hobi - menonton filem
^9^ hobi - window shopping di kedai perabot dan barangan hiasan dalaman
^10^ hobi - membaca dan menulis..
ingin aku sampaikan award ini kepada -sesiapa saja yang berminat..
:: Warkah Cinta; berkongsi pengalaman bersama Abang Long.. -26 Feb 2009
Mungkinkah zaman kini kurang romantiknya kerana cara ini tidak lagi menjadi keutamaan..? Haa, itu perlu ditanya kembali kepada Abang Long; pakar cinta yang lebih arif.. hehe
Ini soalan dari Abang Long, saya jawab yang mana masih terlintas di ingatan ya Abang Long..? : )
1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
~ zaman cinta monyet dulu.. sekolah menengah agaknya.. :D
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
~ tiada puisi/sajak dll, cuma yang paling diingati satu warkah yang berisi potret saya yang dilukis menggunakan pensel..
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
~ tidak.. (bukankah selalunya orang perempuan yang menabur bedak dalam lipatan warkah..? ^_^ )
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
~ ada yang hilang.. simpan dalam hati cukuplah.. :D
5 - Ada disertakan gambar ?
~ tidak, sekadar sekeping surat dan catatan ringkas.. tak macam orang lama yang hebat mengarang berjela-jela.. hehe
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
~ tidak.. (hilang tercicir ke mana agaknya..?)
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
~ ulang baca 2-3 kali sebelum disimpan kemudian hilang..
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
~ tak ingatlah Abang Long.. kalau yang zaman budak2 dulu tak dikira cinta kan..?
kalau email dari si 'dia', sekitar Oktober 2002
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
~ tidak..
10- Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
~ semuanya bisa mendebarkan.. bergantung pada isinya.. dan juga orangnya.. hehe
* Akhirnya saya bertemu jodoh dengan insan yang tidak pernah berutus warkah walau satu pun, kerana pada masa itu sudah ada Internet dan SMS.. (tidak seperti Abang Long.. yang hebat berpujangga di lembaran kertas.. hehe) Harap Abang Long berpuas hati dengan jawapan saya ya.. : )
Sekian, bersambung lagi di lain hari.. : )
:: Batman & Superman
Sudah lewat malam, aku tinggalkan kisah ini sahaja.. Tadi muncul dalam kotak emailku. Lucu. Tapi dalam hati, terdetik juga rasa kasihan.. :p
Location: Airport security
Customs Official : "May I know your name?"
Arriving passenger : "Batman"
Customs Official : "What's your name!?"
Passenger : "My name is Bat-man"
Customs Official : "Trying to be funny!? What's your surname?"
Passenger : "Super-man"
Customs Official : "So you 're telling me your name is Batman Superman?"
Passenger : "Yes"
Customs Official : "Arrest the guy... "
When they had him in custody, he was asked to show identification;

p/s: (^_^) Tak pasti ia benar atau sekadar helah dari proses editing, tapi moral dari kisah ini; kepada para ibubapa sekalian, hadiahkanlah nama yang indah dan membawa maksud yang baik kepada anak-anak kita. Selain manis untuk disebut, maknanya juga seakan menjadi cerminan keperibadian mereka di masa hadapan.. InsyaAllah~
*maaf ya En. Batman (kalau anda terbaca blog ini), jangan marah dengan publisiti di atas. :p
Tuesday, 13 January 2009
:: Anda memang genius!
Mm, aku tak rasa yang blog aku ini banyak fakta-fakta ilmu dan sebagainya. Sekadar karya ringan yang biasa-biasa. Tapi tak mengapa, bagus juga kalau ia menyatakan yang teman-teman pembaca semua dari kalangan yang genius. Takkan aku nak menafikannya pula, kan? Bagi aku, semua kita memang bijak dalam cara yang tersendiri.. ^_^
p/s: Mungkin kalian boleh mencuba.. sekadar hiburan sambil-sambil kita melayan blog.. Okay.., stop di sini dulu, nak pergi ke pasar.. (banyak kerja menanti tapi masih sempat mencuri masa untuk berblogging..hehe) : )
:: Dingin..
Sampai saja di rumah, tak sabar nak merehatkan badan. Bila tapak kaki menyentuh lantai balkoni dan juga bilik air, aduh..!terasa benar sejuknya. Belum lagi air di pili, selepas membasuh muka, hilang terus rasa mengantuk.. tidur pula tidak perlu menghidupkan aircond. Sudah cukup dingin dan nyaman.
Ketika bersembang selepas makan malam tadi, abang iparku ada mengatakan yang cuaca sebegini sementara cuma. Mungkin untuk beberapa minggu seiring dengan peralihan bulan. Beriklim monsun tropika, musim sejuk dan kering (15-27 darjah Celcius) biasanya bermula dari November hingga pertengahan Mac. Sekitar April, cuaca akan bertukar menjadi panas sehingga boleh mencecah lebih 40 darjah Celcius. Tahun lepas, ketika musim panas terik ini, sempat juga aku berkongsi kemeriahan mereka menyambut pesta Songkran~ pesta air yang sangat meriah. Harus sporting sekiranya ada percikan air mengenai kita tatkala keluar bersiar ke mana-mana..
Mm, antara cuaca panas dan sejuk, aku lebih senang dengan cuaca panas. Persekitaran yang hangat membuatkan aku tak betah duduk diam maka banyak perkara yang dapat dilakukan. Sejuk pula bagiku sinonim dengan mengantuk dan bermalas-malasan.. hehe.. Seperti malam ini, cepat saja mataku jadi berat.
........zZzZzZ, baiklah, aku berhenti di sini saja kerana tidur itu lebih nikmat. ^_^ Selamat malam semua.. Have a nice dream..~
Friday, 26 December 2008
:: Hari Kelepasan Am 2009
Tahun Baru 2009
1 Januari - Khamis
Tahun Baru Cina
26, 27 Januari - Isnin, Selasa
Maulidur Rasul
9 Mac - Isnin
Hari Pekerja
1 Mei - Jumaat
Hari Wesak
9 Mei - Sabtu
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
6 Jun - Sabtu
Hari Kebangsaan
31 Ogos - Isnin
Hari Raya Puasa*
20, 21 September - Ahad, Isnin
Deepavali*
17 Oktober - Sabtu
Hari Raya Qurban*
27, 28 November - Jumaat, Sabtu
Awal Muharram 1430H
18 Disember - Jumaat
Hari Krismas
25 Disember - Jumaat
*tertakluk pada perubahan
p/s: Cuti..? ^_^ Ramai yang ternanti-nanti.. Senarai di atas ini tidak termasuk cuti umum yang diperuntukkan bagi peringkat negeri. Yang bagusnya, banyak cuti jatuh pada hari Isnin dan Jumaat, di mana ia bersambung dengan cuti hujung minggu. Lebih mudah nak merancang sekiranya mahu ke mana-mana..
Wednesday, 10 December 2008
:: Kisah telefon..
Kalau nak diikutkan, aku bukanlah dari kategori yang suka ber'gayut' di telefon. Rasa sayang juga nak berhabis-habisan untuk aktiviti yang satu ini. Lagi-lagi kalau menggunakan handphone, naik panas telinga dibuatnya.. : ) tapi kalau mengenangkan zaman remajaku dulu.. kerap kali juga aku yang menjadi punca bil telefon rumahku naik. Asal pulang bercuti, mulalah tangan rajin mendail nombor kawan-kawan sekadar untuk bersembang kosong. Bila ibuku menjeling, aku tahu itu isyaratnya yang aku sebenarnya dah terlalu lama berbual. Membazir katanya. Lagipun melihat aku terkekeh-kekeh ketawa sambil bercerita tanpa membuat sebarang kerja membuatkannya sedikit geram.
Tersenyum aku mengingatkan kenangan dulu.. Kini bila dah berjauhan dengan keluarga, aku kerap menelefon ke rumah dan kadang kala berbual juga dengan teman-teman baikku sekadar untuk mengubat rindu. Sekejap-sekejap bolehlah, kalau ada yang perlu diceritakan panjang lebar, aku lebih senang menggunakan Yahoo Messenger.. lebih jimat kan..? ^_^
Namun begitu, aku tetap berterima kasih kepada pembangun teknologi tanpa wayar seperti ini. Cuba bayangkan, kalau telefon dan internet tiada.. bagaimana pula kehidupan kita sekarang. Mesti ramai yang hebat bersastera untuk mengutus surat pada yang tercinta, tak kurang pula yang terputus hubungan dengan yang jauh di mata. Yang bagusnya jika handphone tak dicipta, kes-kes lafaz cerai melalui SMS sudah pasti takkan terjadi. Hmm, 'mudah'nya hidup orang zaman sekarang..kan?
Okey, tamat sudah kisah telefon..kelak kita bicara hal yang lain pula. Aku titipkan kisah lucu di bawah sebagai penutup kata. Salam buat semua..
...................................................................
Kisah Bibik dan Telefon..
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami telah memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang..
Suami : Ini dah melampau.. gunakan telefon rumah sesuka hati. Ayah tak guna pun telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja sahaja.
Isteri : Saya pun sama, gunakan telefon office sahaja...
Anak : Oh sorry..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!….
p/s: Hati-hatilah dengan bibik anda..hehe.. mana tau serupa macam ni juga.. ;p



