Sunday 21 June 2009

:: Bak laut..


Bak laut
Ada pasang
Ada surut
Ada tenang
Ada gelombang

Yang pasti
Berombak
Tak berhenti

Menempuh karang
Menuju ke tepi

Sabtu minggu sudah, dalam perjalanan menghadiri jemputan perkahwinan sepupuku di Batu Pahat, Johor, sempat kami sekeluarga singgah di Melaka. Demi melunaskan hajat adik-adikku yang kepingin melawat Menara Taming Sari, kami juga turut berkunjung ke Muzium Samudera yang berdekatan.

Baru aku sedari, begitu banyak sejarah yang dapat kita fahami di tempat sebegini. Tak rugi membawa anak-anak di kala cuti kerana banyak yang dapat mereka pelajari sementelah semua sejarah itu telah lama berlalu, walaupun kesan dan tinggalannya dapat kita saksikan sehingga hari ini.

Kata-kata indah di atas telah aku rakamkan dari suatu sudut di Muzium Samudera. Ibarat kehidupan manusia, itulah yang dapat aku tafsirkan dari olahan hati sendiri. Segala pahit manis, ranjau serta halangan perlu kita hadapi demi menggapai pengakhiran yang kita hajati. Bagaimana pendapat kalian pula..? : )

Salam manis buat semua, selamat berhujung minggu... ~

8 comments:

Arin said...

nadine, u should simpan my hp number la..me kat Melaka now..balik umah parents + melunaskan job2 yang ada..haiyo!takpe..will have kopi kat AEON Setiawangsa la gamak nye ye..

zamdotcom said...

sangat mendalam kata tu ^^


p/s: ibarat ombak

Anonymous said...

Kak tie tak pernah ke sana. Kalau ke batupahat pun, cuma lalu je... Mungkin satu hari nanti bolehlah singgah.... :P

@tune® said...

sejarah perlu diingat
supaya kita xlupa betapa susahnye sebelom kite senang

Unknown said...

skaran kamu masih di BKK atau di tanah air ?

nadinezuharra said...

Arin--> haah..bile2 free nnti bolehla tgk anak2 kak arin main2 kat playground AEON tu..sesambil kite minum kopi..hehe.. nnti nadine amik number akak yek..

zamdotcom--> saye tak pandai bersajak atau berpuisi tp suka menghayatinya.. :D

kayteeze--> best jugak melaka kak tie,utk bercuti 1-2 hari tu kira sesuai sgtlah.. : )

nadinezuharra said...

@tune®--> betul tu,mcm org kate..jgn lupa daratan.. : )

kbguy--> oh,dah tak stay di bangkok lagi kbguy.. skrang saye dah kerja di kl..back for good.. :D

13may said...

nice poem :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails