Thursday 4 December 2008

:: Low back pain..

Dari semalam lagi aku rasa sengal-sengal belakang. Mungkin aku tak banyak bergerak kerana leka di hadapan komputer menambah helaian cerita untuk 'novel'ku. Bila tiba masa nak tidur barulah terasa lenguhnya. Emm, muda-muda lagi dah lenguh sana-sini, getusku dalam hati. Memang tak selesa kalau ia berlarutan berhari-hari, maka, bangun saja dari tidur pagi ini aku membuat senaman ringkas yang mungkin boleh membantu memulihkan keadaanku ini. Alhamdulillah lega sedikit. Semalam pun aku tidur berlapikkan dua biji bantal. Satu di kepala dan satu di bawah betis.

So, bagi mereka yang selalu sakit belakang, ini sedikit info untuk kalian. Baik untukku berkongsi kerana kesihatan yang cemerlang boleh menceriakan hari-hari kita, kan? Eloklah berjaga ketika usia masih muda ni, kerana bila dah berusia nanti, tak mendatangkan masalah pada kita.

-Firstly, bila kita mengangkat barangan yang berat, contohilah postur yang betul seperti di bawah (gambar kanan). Dengan cara ini ia tidak membebankan tulang belakang kita.


-Duduk, berdiri, dan tidurlah dengan postur yang betul.



-Sekiranya banyak aktiviti berat yang dilakukan, semasa berehat bolehlah kita lakukan seperti yang di bawah. Ternyata ia boleh melegakan stress di bahagian belakang badan.



-Amalkanlah senaman menguatkan belakang badan secara berkala.

-Ambil masa untuk berehat seketika selepas duduk atau berdiri terlalu lama.
-Gunakan kerusi yang boleh menyokong bahagian belakang badan dan pangkal leher.
-Elakkan kekerapan menggunakan kasut tinggi.
-Berjumpalah dengan doktor sekiranya perlu.

Selain itu, aku juga mengamalkan minum susu Anlene sebagai sumber bekalan kalsium, maklumlah umur dah meningkat, perlu juga zat-zat tambahan.. : )
Moga-moga kita memperolehi kesihatan yang bagus kerana ia sangat berharga dan tidak boleh ditukar ganti. InsyaAllah, dengan izin dariNya..

4 comments:

@tune® said...

waaaaa....sgtla menyihatkn!!!
thanx!!

Anonymous said...

Salam,

Ada baca jugak tip-tip ni semua. Tapi selalunya bila dah lama sikit mula lupa. That's why TDM label melayu mudah lupa..memang selalu lupa pun. Kadang2 mahu cepat, so tak fikirkan kesihatan diri. Thanks for the reminder.

nadinezuharra said...

@tune--> tgk @tune pun slim aje..mesti rajin exercise ni.. ^_^

Ismail N-->mm,masa mudalah kita nak mencegah kan,moga-moga di usia emas nanti kita mampu berjalan tanpa memerlukan tongkat.. InsyaAllah..

p/s:tp nampak comel pula kalau ternampak atuk2 kite berjalan ngan tongkat mereka kan.. ; )

Anonymous said...

hi,
mengingatkan saya zaman sekolah dulu kat asrama kena buat senaman tiap2 pagi sebelum gi sekolah... siap bawak buku panduan tu ...tapi dah abis sekolah ampeh sume tu dah tak ikut.... huhuhu naper erk? tapi sebaik2 nya amalkanlah, ianya petua yang sihat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails