Tuesday 14 August 2012

:: Favourite!


Salam Ramadhan.. masing-masing sudah sibuk dengan persiapan raya.. bagaimana pula dengan teman-teman semua..? Harapnya semua berjalan lancar.. 

Baju untuk lebaran saja sudah ku sediakan. Yang lain-lain masih belum lagi.. sengaja menunggu last minute baru terasa keseronokannya.. Tak pasti samada petang esok atau lusa ingin menjengah Jalan TAR untuk mencari serba sedikit barangan. Selebihnya meraikan kemeriahan bersama penduduk kota yang pasti penuh sesak di sana.  : )


Juadah berbuka hari ini gulai lemak cili api daging salai. Menu favourite mungkin kerana sudah 3-4 kali aku menjamahnya dalam bulan puasa ini. Bukan air tangan sendiri tapi ku beli dari Pasar Ramadhan. : ) Alhamdulillah dengan rezeki dariNya.. dapat juga kita menikmati makanan yang enak-enak. Terkenang jua dengan nasib insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana. Kadang kala berbuka dan bersahur tiada apa yang hendak dimakan. Bersyukurlah kita kepadaNya.

Emm, saban tahun menjelang raya tertunggu-tunggu iklan kreatif di layar kaca. Nah, ini satu yang memberi pengertian yang indah. Sampai bertemu lagi.. Semoga kalian ceria bersama keluarga tersayang.





:: credits to Erna Salihuddin's photostream@flickr.com

3 comments:

maza said...

alamak! iklan ini memang superb dan fabulous lah cikgu! huhuhu

splohkali tengok pun ada juga kekaca kat mata.. ahaks.. hehehe

psst: walaupun abah suka makan itu, tapi maza tidak.. hehehe.. maaf ya, sbbnya maza ngeri dgn lemak..

oppss.. hehehe

@tune® said...

salam lebaran ...hihi...

iklan tu mmg sedey saaaaangaaaat...

nadinezuharra said...

sdr maza, alamak..takut lemak? :D raye nnti camne? lemang, rendang, dodol mcm2 lagi2..hehe

salam aidilfitri atune, tulaa, sedih kan.. awal2 tgk dulu nangis jgk..ngeee : )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails