Sunday 23 May 2010

:: Enak bangat lagunyaa..!!


"there is no need to compared Malaysia and Indonesia. Both country are different in every single way. To be honest nothing good music/singer or movie from malaysia as far as i remember. Malaysia way far behind Indonesia in
entertainment industry especially music and movie/ sinetron. We don't know
anything about malaysian celebrity but for sure Malay people knows everything
about Indonesian celebrity. That's my 2 cents. Peace out"


Aku terbaca komen ini di salah satu ruangan komentar di Youtube. Terfikir sejenak. Betul juga.. Banyak yang aku tahu tentang band tersohor Indonesia, namun bila memikirkan lagu kegemaran dari artis negara sendiri, payah aku nak mengingatkan judulnya.

Walaupun lagu dan filem sekadar hiburan, perlu dikaji juga sebab musabab mengapa pilihan kita masih juga terarah kepada muzik garapan artis seberang. Antara jawapan yang biasa ku dengar; Indonesia sudah lama dalam industri muzik, kerana itu lagu-lagunya jauh ke hadapan. Rakyatnya ramai, pelbagai idea boleh dicedok.. dan macam-macam lagi.

Emm, ada yang melenting bila stesen radio di Malaysia banyak memutarkan lagu - lagu popular Indonesia, katanya boleh membinasakan industri muzik kita.
Apa yang nak ditakutkan ya.., mungkin dari situ kita boleh bangkit dan bersaing..? ^_^




p/s: tetap suka Sheila Majid, Aizat, Black, Meet Uncle Hussein dan lagu rock klasik dulu-dulu.. :D

7 comments:

JMR said...

ct nurhaloiza mst diorg kenal kan..maybe yg tak kenl tu gologn bawahan kot...

maza said...

mujur juga industri hiburan di msia tidak terlalu meriah,dan mengalahkan indon itu huhuhuhu

sbb ada hadis & quran menyatakan, sekiranya Allah SWT mahu turunkan bala, Allah akan tutup hati2 mereka itu dgn liburan, nyanyian yg asyik, dan wanita2 jalang serta pemimpin yg jahat!

biarlah kita terlepas bab satu ini..agar kita dapat rahmat Tuhan dan terpelihara di dunia dan akhirat...

ameennnnn

nadinezuharra said...

JMR--> yup, Siti suaranya unik

maza--> betul tu sdr maza.. kdg2 dengar lagu terlayan feeling pulak, patutnya perbanyakkan ingatan pd Allah SWT.. InsyaAllah,sama2 kita jauhi hiburan yang melaghokan

en_me said...

teringat dulu kat osaka jepun, masa shopping nk beli suar jeans, gi kedai tewww.. tetiba lagu sheila majid 'sinaran' berkumandang uoolsss.. fuyooohh, terharu me

salam

nadinezuharra said...

en_me--> bkn senang nk jd penghibur bertaraf antarabangsa.. : )

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Anonymous said...

teringat masa matriks ko suka giler kt eross sheila on 7... rindu ko embe... (JR)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails